Sabtu, 24 Mei 2014

Merungkai Misteri Kellie's Castle




17 May ipoh: Seramai 38 orang sahabat media, menyertai aktiviti menjejak paranormal di istana lama Kellie's atau pun kellie's Castle, yang terletak di batu gajah perak, gua tidak ketinggalan untuk merasai sendiri berada di istana usang yang di bina pada sekitar tahun 1907 lagi haa, lama baq hang.

bila sebut pasal kellie's Castle ni mungkin asing bagi kita semua betul tak? ada yang tak pernah dengar kan? haa tapi bagi penduduk perak ianya bukanlah perkara biasa, kejadian aneh dan mistik juga sering dikaitkan dengan Kellie's Castle ni, Kelibat-kelibat bekas penghuni kellie's Castle juga sering dikatakan kelihatan terutama anak perempuan Kellie's yaitu Helen, dan juga seorang lagi dipercayai warga india yg di gelar gopal, ada juga yang mendakwa pernah bertemu dengan pengawal istana tanpa kaki terapung di udara, langsuir dan berbagai lagi kisah misteri melibatkan kellie's Castle ni.

Antara pengalaman gua yang tak dapat gua lupakan ketika mengikuti aktiviti menjejak paranormal ataupun entiti ialah apabila gua di tinggalkan selama 10 minit di bahagian Corridor atas istana kellie's, tapi gua tak berseorang, gua di temani rakan gua yang berasal dari iran, nama dia mohammad, muka dia tak ensem pun gua lagi ensem kihkih, gua panggil dia amat je.

Setiap kumpulan yang ditinggalkan tidak dibenarkan membawa lampu picit mahupun camera ataupun sebarang kelengkapan lain dan juga tidak dibenarkan membuat bising.
4 minit awal gua tak rasa apa-apa, tapi dalam minit ke 6, kami dikejutkan dengan bunyi kelawar, selang beberapa saat kemudian kami disajikan pula dengan bunyi tapak kaki apa yang menggerunkan ialah di selangi pula dengan bunyi hela nafas yang garau.
jujur kalau hela nafas nora danish gua boleh cam kihkih, ni lain macam punya, mula-mula gua ingat gua sorang je yang dengar, gua buat rilek kaver macho, si amat muka dia tiba-tiba berubah, dia pun tanya gua "Did you hear that?" gua balas, saje buat tak tau kan, "hear what, just relax man, nothing going to happen" pastu si amat jadi semakin tak keruan, jujur gua bukan takut apa tau, gua takut kalau-kalau si amat ni kena rasuk ke apa haha, gua terbayang pulak cite penunggu istana kahkah!.

lepas tu kedengaran lagi bunyi tapak kaki tadi semakin dekat, ya'allah jujur jantung gua dub dap dub dap laju baq hang, lepas tu bunyi tadi terhenti, untuk reda kan keadaan gua buat-buat sembang dengan amat, kitorang borak pasal palestin, dengan tak semena-mena si amat berani kan diri pergi ke bahagian depan corridor tu melilau-lilau mata si amat, dengan sepantas ultraman dia toleh balik ke arah gua, lepas tu muka dia gua tengok macam kena renjatan elekrik.

dia bisik kat gua, "i think someone watching us, i saw someone standing over there, she's watching us, try take a look man", gua diam je, gua cuba cari idea macam mana nak relaxkan si amat ni, gua pun cakap kat dia "mat just calm down, there's nothing there,' dia pun semakin tak keruan, "no man, did you think am gonna make this a joke, just go man take a look, there is someone over there," er are you sure? ok, i think we better stay put here, and they will coming soon it almost 10 minute already". si amat gelak kan gua, cipet betul.

gua tengok si amat macam-macam doa dia baca, demi nak memastikan apa yang si amat tu cakap kan, gua pun berani kan diri tuk toleh ke corridor yang dimaksudkan tu, sekali, perhh gua nampak 1 bayang lembaga menyerupai budak nampak bayang rambut diiringi pulak bunyi cicak? aikk cicak?, gua tanya amat balik, "is there a girl u saw over there". si amat dengan happy menjawap, ",i told u man''. gua pun fuhh, ok"we stay put and relax ok. si amat gelak lagi. ok fine.

ini gua tak reka cerita ok, seramai 38 rakan media yang join aktiviti menjejak paranormal ni cuma gua dan amat je yang mengalami kejadian aneh ni.

kepada korang yang nak merasai sendiri pengalaman menjejak paranormal, boleh berkunjung dan rasai sendiri di istana Kellie's castle yg terletak di batu gajah perak, jangan risau, selain dari petugas yang berpengalaman korang juga akan di perati oleh ustaz yang di tugaskan khas tuk memastikan keselamatan para pengunjung.

Sedikit info mengenai Kellie's castle.

Istana kellie's ni milik seorang usahawan yang bernama William Kellie Smith ( 1870 - 1926) Mendiang berasal dari Scotland dan menjadikan malaya sebagai rumah keduanya, usia istana kellie's ni dah menjangkau lebih 100 tahun.

kellie's castle juga menjadi antara tarikan pelancongan paling tinggi di negeri perak, ha bukan sahaja dari dalam negara malah turut menjadi tumpuan para pelancong dari luar enagara untuk merasai sendiri menjejak misteri kellie's.
Senibina istana kellie's juga sangat uniq kerana dikatakan menyerupai istana raja british di india dengan rekabentuk morish.

Pesanan berbayar dari gua, kalau korang yang nak pergi ke istana kellie's nanti Mulut jaga-jaga, si amat tu pun mulut dia boleh tahan juga masa mula-mula nak masuk, akibatnya taraaa, sendiri mau ingat la.




Sidang media yang berlangsung bagi mempromosikan kellie's Castle sebagai salah satu pusat pelancongan dan untuk mereka yang gemarkan aktiviti paranormal.

 gambar-gambar ni di ambil sekitar jam 1 hingga 2 pagi.




Ruangan ni adalah barangan lama milik kellie's, memang unik giler.



ni la si amat.

Para peserta dari sahabat media bersama petugas Kellie's Castle.

Rakan-rakan media.

ni ruangan atas, gambar ni gua ambil dari luar Corridor.

ni pula istana yang di bom oleh tentera jepun, kalau korang perati kan betul-betul dekat tingkap tu mesti nampak sesuatu.

ni laluan ke corridor atas. cuba tengok kat celah tingkap tu??

Jaga-jaga anda sedang di Perhatikan?

1 ulasan: