Selasa, 26 Ogos 2014

Lat's Place @ Puteri Harbour Family Park Restoran Kampung Boy

Lat's Place @ Puteri Harbour Family Park Restoran Kampung Boy


kampung Boy siri animasi yang cukup popular sekitar tahun 90-an ini bukan sahaja di gemari golongan kanak-kanak, malah remaja dewasa dan kanak-kanak generasi terkini juga turut meminatinya.

pastinya menggamit memori lama, kami sebagai penggemar-penggemar siri animasi tempatan sangat teruja kerana di berikan peluang untuk melawati Restoran yang bertemakan siri animasi popular kampung Boy di Lat's Place @ Puteri Harbour Family Park, Johor Bahru, hanya bersebelahan dengan legoland, bukan itu sahaja kami juga dapat beramah mesra bersama watak-watak siri animasi popular kampung Boy.

pelbagai replika yang terdapat di dalam siri animasi kampung boy dapat anda saksikan secara langsung di sini, dan juga berpeluang merasai makanan kegemaran Mat dan rakan-rakannya, menu-menu yang di sediakan juga sangat menarik dan pastinya bertema ala-ala kampung boy. macam mana menarik bukan?

pelbagai cenderahati Kampung Boy yang menarik boleh anda dapati di sini :) jadi apa tunggu lagi berkunjunglah ke Lat's Place @ Puteri Harbour Family Park Nusajaya JB.





3 ulasan:

  1. Tahun lepas ke sana tidak sempat untuk masuk restoran Lat ini.

    BalasPadam
  2. Kne try bro, mknn dia terbaik. Hehe

    BalasPadam
  3. Awesome ! Banyak info tempat-tempat menarik.
    Btw, thank for the info ya =)

    BalasPadam