Isnin, 8 September 2014

kompleks sejarah pasir salak jelajahi Terowong sejarah





kompleks sejarah pasir salak, merupakan antara tempat bersejarah dan disini berlakunya pembunuhan terhadap j.W.W Bush dan juga makam si kuntum, bukan sahaja sejarah negeri perak, di muzium ini juga tercatat sejarah-sejarah bagi setiap negeri di malaysia.

The time tunnel of pasir salak ataupun Terowong sejarah pasir salak menceritakan perjalanan sejarah dan juga perjuangan patriotisme dan nasionalisme di negara malaysia. rombongan kami di bawa dan menjelajahi serta kami dapat mendalami sedikit sebanyak mengenai sejarah lampau yang terdapat di negara ini.

diorama yang dipamerkan bermula dengan penempatan awal di kuala selinsing, yang di percayai wujud pada tahun 200 sebelum masihi hingga 1000 masihi. kemudiannya di ikuti pula dengan kemunculan pahlawan nila, nila utama dan krishna pandita di bukit siguntang, yang mana keturunan ini menjadi raja di temasik (singapura).

dan seterusnya ia menceritakan pengasas kesultanan melaka dan perak, dan anda juga akan dapat saksikan bagaimana malaysia menghadapi serangan dan kuasa portugis, belanda dan british, di sini juga anda akan dapat saksikan bagaimana sejarah malaysia pencapai kemerdekaan.

semuanya dipamerkan dalam bentuk diorama dan alunan suara latar, setiap diorama yang dipamerkan di pilih mengikut sejarah negeri-negeri yang terdapat di malaysia. jadi, apa kata kita terokai sejarah negara kita dan jadikan kompleks sejarah pasir salak sebagai destinasi pelancongan, di sini juga terdapat pelbagai artifak lama yang di pamerkan juga kris-kris lama dan pelbagai lagi yang berkaitan dengan sejarah tamadun melayu.

Di buka setiap hari, Berkunjunglah di kompleks sejarah pasir salak yang terletak 70km dari bandaraya ipoh, perak.



2 ulasan: