Rabu, 24 September 2014
Misteri Gunung Datuk Rembau Most Wanted
Kami nak kongsikan pengalaman Misteri kami di Gunung Datuk, Nak dijadikan cerita kami ke gunung datuk pada minggu yang lepas, gunung datuk yang terletak di daerah rembau negeri sembilan ni memang terkenal dengan keindahan semulajadinya, dah alang-alang sampai kami pun nak juga terokai gunung datuk ni, dengan bayaran RM5.00 seorang perjalanan kami diteruskan, walaupun cuaca pada ketika itu agak gelap..
Di cerpen kan lagi kami tak jumpa jalan naik, terserempak pula dgn Cadbury... kita baru bukak langkah sikit lintang pukang dia lari, dia ingat kita biasa-biasa. berkerut juga dahi masing-masing.
Dan selepas mesyuarat di adakan kami dengan sebulat suara bersetuju untuk patah la balik sebab hari dah hampir gelap,dalam perjalanan berpatah balik tu jumpa air terjun kecil dengan panorama yang indah, apa lagi kami keluarkan camera amik gambar sana sini, berpuluh puluh juga la gambar yang di ambil..bila dah selesai, kami pun balik ke pangkalan utama,.
Kami tengok kawasan dah lengang tak ada orang, tapi terdengar suara meriah, kami mencari la,kami tengok kat bawah ada tempat mandi rupanya, ramai pula orang mandi manda, sempat juga la kami ambil gambar mereka, meriah sungguh.. tapi kawasan kat kaunter, dewan dan foodcourt dah kosong tak ada orang, kami rasa kami orang terakhir turun dari gunung.
Tak ada yang pelik lagi..selepas bersiap dan kami mulakan perjalanan balik ke kuala lumpur, sebaik sahaja keluar dari kawasan gunung datuk, nak belek-belek gamba tadi? dah hilang, kebingungan kami, satu folder tu je yang hilang. Yang lain ada lagi, Lepas tu baru terfikir, tadi yang mandi ramai-ramai tu datang naik apa?, selepas kami, cuma tinggal sebuah kereta dan motorsikal? ... Ok....
Dan juga dah berbagai usaha kami lakukan untuk recovery gambar yang hilang, tetap tak berjaya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan