Selasa, 30 November 2010

Aku, kau berbeza...aku, kau istimewa...

LELAKI

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin (yg ada anak pompuan ramai kena ingat ni....pastikan anak solat, tutup aurat, etc) dan dosa anak lelaki yang belum baligh.


BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa...jangan percaya sangat)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA :

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan
anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita:

1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:

1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:

1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi
pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

40 ulasan:

  1. hoho insaf kejap.. :) bersyukur kerana lahir sebagai wanita..

    BalasPadam
  2. betul tu....tp ada wanita yg x amik berat hal2 aurat...sian kat suami yg kena tanggung dosa sang isteri....

    BalasPadam
  3. itula..untung jadi wanita..tp syg, ramai wanita masih tak sedar atas keuntungan yg diberi Tuhan ni..haih

    BalasPadam
  4. sangat bermakna..
    tengs share dng kami sume.. ^_^

    BalasPadam
  5. sekali sekala kne gk carik bahan tuk direnung2kn hehee...

    BalasPadam
  6. bgus3....post yg berilmiah...

    =)

    BalasPadam
  7. Mudah bagi perempuan tetapi ramai wanita ke neraka.. Beratnya lelaki tetapi ramai lelaki ke syurga.. Bersama-sama kita menjaga hak dan batil :)

    http://profhariz.com

    BalasPadam
  8. Ternyat Allah meletakkan darjat dan peranan wanita sesuai dengan sifatnya.. sama juga seperti lelaki.. sama2 kita renungkan peringatan umar..

    BalasPadam
  9. suke entry ni.. cara penyampaian jelas!

    BalasPadam
  10. betol ke lelaki, para bapa menanggung dosa anak gadis dan isteri mereka... rasanya sebelum copy & paste baik rujuk dulu..

    kita tidak menanggung dosa orang lain... sendiri buat dosa takkan la orang lain nak tanggung.. yang akan dipertanggungjawabkan ialah mengenai tanggungjawab sebagai seorang bapa atau suami.. kalau anak mereka atau isteri mereka melakukan kesalahan tetapi suami atau bapa tidak menegur dan membimbing mereka... itu yang menyebabkan mereka berdosa...

    Surat Al-An’am ayat 164

    قُلْ أَغَيْرَ اللَّهِ أَبْغِي رَبًّا وَهُوَ رَبُّ كُلِّ شَيْءٍ وَلا تَكْسِبُ كُلُّ نَفْسٍ إِلا عَلَيْهَا وَلا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَى ثُمَّ إِلَى رَبِّكُمْ مَرْجِعُكُمْ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ (١٦٤)

    164. Katakanlah: "Apakah aku akan mencari Tuhan selain Allah, Padahal Dia adalah Tuhan bagi segala sesuatu. dan tidaklah seorang membuat dosa melainkan kemudharatannya kembali kepada dirinya sendiri; dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. kemudian kepada Tuhanmulah kamu kembali, dan akan diberitakan-Nya kepadamu apa yang kamu perselisihkan."

    wallahu'alam

    BalasPadam
  11. internet tgh cibai skunk nie .
    dsbbkan baru loading spruh jalan blog nieyy .
    so , t'baca laa post nieyy .

    comment ; best giler . insaf nieyy .

    BalasPadam
  12. alhamdulillah...info yg sangat bagus utk dikongsi

    BalasPadam
  13. walaupun senang tuk perempuan msk syurga, tp cabarannya ckp kuat..

    1st time komen kat entry umar..slalu dtg bc n blah..hehehe

    BalasPadam
  14. suka entri ni jugak..
    thanks 4 sharing.. =)

    BalasPadam
  15. sgt suke entri nie !! :))

    BalasPadam
  16. suka entri ni jugak,,,berbangga jadi pompuan :)

    BalasPadam
  17. semoga umar menjadi anak, saudara, suami dan pemimpin yg baik

    BalasPadam
  18. hehee yg mane baik tu jd kn la tauladan,yg mna x tu, jadikan sempadan,sekadar berkongsi untuk renungan...kalau nak yg lagi terbaik p masjid dgr ceramah...peace no war....

    BalasPadam
  19. suke suke ^^
    jd perempuan paling senang dan jd perempuan jugak paling susah :)

    BalasPadam
  20. Salam

    Ya, entry yang baik untuk dikongsikan. Semoga Allah merahmatimu.

    BalasPadam
  21. Allah itu Maha Adil...
    tiap yg djadikan tu...sgt2 brssuaian dgn kjadian yg dijadikan...
    truskn mnulis yg brmnfaat utk agama...

    BalasPadam
  22. setiap manusia ade kelebihan tersendiri,,..ape yg telah Tuhan cipta teramat la sempurna...

    BalasPadam
  23. Syukur...dlm berblogging banyak ilmu pengetahuan yg diperoleh..
    seperti entry ini..
    wahai en. umar yg cute (ikut nama dlm shoutmix tu ya...) boleh x saya minta izin tuk copy entry ni masuk blog saya?sebgai sharing kepada yg lain pula?
    Saya akan nyatakan lagi sumbernya iaitu en Umar ya..?
    Beritahu kalau sudi ya...terima kasih..

    BalasPadam
  24. kata-kata yg membuat kita berfikir sedalam-dalamnya..

    BalasPadam
  25. @maisyah: sila la ambil,dan pd sesapa yg share sila la yer,tuk dijdkn renungan :)

    BalasPadam
  26. suka n3 umar ni.thanks sharing..minta izin nak buat n3 kat blog akak ye..

    BalasPadam