Breaking News

Thursday, May 12, 2016

Nota Nota kecil ` EddyAhmad

aku manusia yang mengejar sesuatu dalam masa yang sama aku tak tahu apa yang aku kejarkan
tapi aku yakin dan pasti, aku akan temui sesuatu yang selama ini aku rasakan hilang.

kehidupan ni sempurna, tiada cacat celanya, tapi ialah sebagai manusia biasa tidak pernah rasa dunia ni adil, kita selalu rasa menjadi mangsa keadaan, bayangkan kalau dari kecil lagi kita terasa diri teraniaya oleh dunia.

takkanlah kita berani biarkan akal dan fikiran kita mencanang yang tuhan itu tidak adil. adakah tergolong kita dalam kalangan manusia yang berdosa besar,

cinta pula, dari konteks mana pula ianya sering dilihat, tapi dunia hari ini sudah terbiasa tentang dua manusia berlainan jantina yang mengejar antara satu sama lain, jika gagal sekali, selamanyalah dibangsatkan dari minda. sungguh miskin konteks cinta manusia hari ini.

rindu, terbahagi kepada berjuta cabang, cuma persoalan yang mana jadi aliran... aku ayah dan tuhan. ada yang kata rindu masa silam, tapi aku tak, masa silam aku hanya kesilapan dan mimpi gelap, kau cuma lihat dunia dari satu sisi. iaitu kebahagiaan kau dan keluarga kau.

kawan, aku pernah menangis kerana kawan yang bakal pergi, tapi kini kawan yang aku anggap kawan sebenarnya hanya mitos zaman kecil, manusia ni tak ubah seperti angin, siapa yang tahu dan mampu melihat kebenarannya,

kasih, kasih pula sering dihubungkait dengan ibu, ya ibu, kita selalu ego dengan kasih ibu, kita selalu bongkak dengan kasih ibu, kita selalu ingkar dengan kasih ibu, kita selalu menelaah dunia tanpa mereka, kita lupa kita berdiri bukan kerana hebatnya dunia.
Read more ...

Saturday, May 30, 2015

assalammualaikum

assalammualaikum dan salam sejahtera.

rasanya hampir berkurun aku tak kemas kini blog ni,
aku pun dah tak tau apa hala tuju blog ni,
kejap aku buat tu kejap aku buat ni.

sungguh haru kan. since dah berusia ni dah tak ada banyak masa nak surf internet dan mencari bahan.

mungkin dah tiba masanya aku berundur dari dunia maya yang penuh jahil ni
alhamdulillah sejak berkecimpung dalam blogger ni banyak kawan-kawan yang aku kenal ada yang dah aku anggap macam famili sendiri.

ok by, xoxo
Read more ...

Friday, January 2, 2015

Para gadis berhati hati mungkin anda yang serusnya ?


Perlu anda ketahui terutamanya pada gadis-gadis yang comel yang gemar memuat naik gambar selfie mahupun gambar mereka dilaman sosial terutamanya facebook instagram twitter dan wechat.

selain dari page-page parody kini page yang memaparkan koleksi gambar-gambar gadis comel dan seksi giat tumbuh dan menjadikan gambar-gambar gadis yang mereka curi sebagai subjek perbincangan, kami pasti topik mereka bukanlah tentang menu memasak ayam masak kicap.

tidak kurang juga yang mengecam tindakan para gadis yang berpakaian seksi walaupun bertudung dan meng'upload dilaman sosial dengan mendedahkan aset-aset yang menghairahkan.

jadi kami nasihatkan kepada para gadis diluar sana supaya berhati-hati sebelum anda menjadi mangsa page-page yang tidak bertanggungjawap ini, dari tinjauan kami juga mendapati sumber page-page tersebut adalah dari likers mereka sendiri yang menyumbangkan "Bahan" jadi ini bermakna mungkin ada diantara rakan anda sendiri yang melakukannya?

jadi mungkin anda yang seterusnya? siapa tahu...
Read more ...

Tuesday, November 11, 2014

Orang ramai berang dengan JPJ

Banyak pihak yg mengecam tindakan jpj yg dikatakan begitu "rajin menjalankan tugas" dan giat mengeluarkan saman dan banyak diantaranya yang dikatakan tidak masuk akal.

Terbaru jpj telah mengeluarkan saman atas kesalahan no plate kenderaan tidak mengikut ukuran yang di tetapkan, menurut pemilik kenderaan kereta tersebut tidak pernah diubahsuai dan 100% dari kilang.
Dan sekali lagi heboh dengan berita jpj menyaman lori membawa getah sekerap (lantun) atas alasan air sekerap meleleh, wajarkah kesalahan ini dikenakan?

Rata-rata orang ramai meluahkan rasa tidak puas hati dilaman sosial facebook yang berang dengan sikap pihak jpj, diharapkan jabatan pengangkutan jalan malaysia segera tampil memberikan penjelasan terhadap pelbagai isu yang melibatkan saman yang dikeluarkan oleh jpj.




Read more ...

Monday, November 10, 2014

Keputusan konsert akhir Akademi Fantasia penuh kontroversi

Akademi Fantasia 2014 telahpun melabuhkan tirainya pada malam ini dengan penuh kontroversinya, Firman dinobatkan sebagai juara AF2014 manakala Aman menyandang gelaran naib juara. ramai sebenarnya yang terkejut dan tidak berpuas hati dengan keputusan AF2014 pada tahun ini.
Zahid juara AF2 juga turut mengkritik persembahan aman melalui laman Twitter miliknya "Aman perform simple je.. Nothing intresting.. Come on final kot.." yang di petik melalui akaun Twitter miliknya.

Rata-rata peminat AF2014 meluahkan rasa tidak puas hati mereka dilaman sosial Twitter, terutama apabila Ewal yang dikatakan antara pelajar yang memberikan persembahan terbaik dan konsisten saban minggu tetapi hanya memenangi tempat ketiga.

Ada juga segelintir peminat yang mengkritik persembahan Nuha sewaktu menyampaikan lagu Beribu sesalan kerana terlupa lirik walau bagaimanapun nuha berjaya memenangi tempat ke 4 dan manakala Adel yang diserap masuk minggu lalu memenangi tempat ke 5 ramai yang terkejut dengan keputusan ini kerana adel antara pelajar yang mempunya vokal yang cukup mantap.

Persoalannya adakah keputusan AF2014 kali ini telus mengikut undian peminat ataupun sudah dirancang, apa-apapun tahniah kami ucapkan kepada Firman selaku juara AF2014.

Read more ...

Wednesday, October 15, 2014

puting beliung melanda pendang kedah

Puting beliung melanda pendang, kedah, kejadian dipercayai berlaku pada pukul 4 petang semalam 14 October 2014, tiada kemalangan jiwa dilaporkan namun berlaku beberapa kerosakkan yang teruk pada rumah penduduk kampung.




Read more ...
Designed By