aku manusia yang mengejar sesuatu dalam masa yang sama aku tak tahu apa yang aku kejarkan
tapi aku yakin dan pasti, aku akan temui sesuatu yang selama ini aku rasakan hilang.
kehidupan ni sempurna, tiada cacat celanya, tapi ialah sebagai manusia biasa tidak pernah rasa dunia ni adil, kita selalu rasa menjadi mangsa keadaan, bayangkan kalau dari kecil lagi kita terasa diri teraniaya oleh dunia.
takkanlah kita berani biarkan akal dan fikiran kita mencanang yang tuhan itu tidak adil. adakah tergolong kita dalam kalangan manusia yang berdosa besar,
cinta pula, dari konteks mana pula ianya sering dilihat, tapi dunia hari ini sudah terbiasa tentang dua manusia berlainan jantina yang mengejar antara satu sama lain, jika gagal sekali, selamanyalah dibangsatkan dari minda. sungguh miskin konteks cinta manusia hari ini.
rindu, terbahagi kepada berjuta cabang, cuma persoalan yang mana jadi aliran... aku ayah dan tuhan. ada yang kata rindu masa silam, tapi aku tak, masa silam aku hanya kesilapan dan mimpi gelap, kau cuma lihat dunia dari satu sisi. iaitu kebahagiaan kau dan keluarga kau.
kawan, aku pernah menangis kerana kawan yang bakal pergi, tapi kini kawan yang aku anggap kawan sebenarnya hanya mitos zaman kecil, manusia ni tak ubah seperti angin, siapa yang tahu dan mampu melihat kebenarannya,
kasih, kasih pula sering dihubungkait dengan ibu, ya ibu, kita selalu ego dengan kasih ibu, kita selalu bongkak dengan kasih ibu, kita selalu ingkar dengan kasih ibu, kita selalu menelaah dunia tanpa mereka, kita lupa kita berdiri bukan kerana hebatnya dunia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan