Breaking News

Monday, October 24, 2011

Home » » KL Dancer 2.0

KL Dancer 2.0


time: malam.
lokasi: Tepi lorong, jalan Lorong 2.

Masa tengah syok2 aku jalan punya jalan,
tiba2 aku dengar suara org mintak tolong, mcm bunyi kesakitan
'ehh bahaya2 dekat lorong gelap malam-malam mcm ni,
ini mesti mat pet aaa tak pun mat klepet"

bisik hati aku, tiba2 sayup-sayup suara mamat tu

'aku bukan mat pet la mangkok'
ehh macam mana dia tau apa yg aku fikir,
aku pun dah fikir lain aaa ni mesti hantu,

baru aku nak angkat kaki cabut,
mamat tu muncul perlahan-lahan sambil berkata,

'tolong bro aku kena belasah',

teruk jugak la nampak muka dia dah macam beruang jatuh longkang dah, aku pun tanya la dia
"ehh macam mana ko tau apa yang aku fikir tadi"

sambil tepuk dahi dengan airmata melimpah, mamat tu jawap
' T_T ko bukan orang pertama yang aku nak mintak tolong,
walupun ini bukan drama melayu tapi kita orang melayu der'


bagus jawapan mamat tu kan hehe,
haa aku pun mula pelik mamat ni apesal boleh kena belasah,
belum sempat aku nak tanya dia dah mncelah, dia ni macam tau2 je,

'aku kena pukul dengan ah long,'
ahh aku dah agak aku pun apa lagi bengang laa,

"ehh punya banyak bank yang sediakan loan,
ah long jugak yang kau tibai kenapa?
haa ehh naseb bek ah long tu bukan aku,
kalau aku, aku dah kerat-kerat kau ni,
tau hutang tak tau bayar"

dengan penuh keyakinan muka aku, rasa hebat jugak la,
bajet macam bagus sangat kan hehe, lepas tu mamat tu pun sound aku balik

'hutang bapak aku la samdol, bukn aku, aku ni jadi mangsa,
lepas bapak aku meninggal diorang datang carik aku,
aku ni mana la ada duit sangat, pasal ah long aku dah kne buang keje'

haa tu la padan muka aku melulu lagi, lain kali tanya dulu, sadis jugk cerita mamat ni aku pun bawak la dia g hospital..
.
.
.
.
.
.
ehh ehh eh dah la kan aku nak g hospital ni,
nanti-nanti la aku sambung lagi haihh bz body betul la korang ni...

No comments:

Post a Comment

Designed By