Breaking News

Tuesday, May 20, 2014

Home » , , , , , » Casuarina @ Meru Hotel ipoh perak | Destinasi Persinggahan

Casuarina @ Meru Hotel ipoh perak | Destinasi Persinggahan





17 May Ipoh: Baru-baru ini sidang media diadakan bagi mempromosikan Casuarina@meru Hotel yang terletak di bandar meru raya ipoh perak, sidang media yang berlangsung pada jam 3.30 petang, diwakili oleh En. Malizan Hj Zakaria merangkap GM Casuarina@Meru..
Casuarina Hotel juga turut Mempromosikan Menu masakan terbaru mereka. memang sangat Ohsem.
terliur baq hang, Casuarina ni baru sahaja beroperasi selama Enam bulan gitu, Bau cat pun tak hilang lagi hehe...

Casuarina hotel terletak bersebelahan dengan Terminal amanjaya dan pasaraya besar Mydin, secara tidak langsung memudahkan para pengguna lebuhraya plus, jangan risau bandar meru raya menghubungkan kedua-dua arah dari utara mahupun selatan, dengan mengambil laluan susur keluar plaza tol jelapang, lumut, chemor.



Casuarina berkongsepkan moden dan kontemporari dan santai gitu, sesuai untuk family, ahli korporat, pasangan yang baru berkahwin, kerana casuarina turut menyediakan bilik istemewa untuk berbulan madu ada bilik yang sweet sweet gitu, pendek kata semua lapisan masyarakat sesuai la haa kan senang hehe..
bagi gua hotel casuarina sangat santai untuk beristirehat, suasana bilik pula sangat sempoi dan menarik, selesa. serious gua lentok habis hehe.
untuk pengetahuan korang bandar meru raya ni digelar Putrajaya Perak dikalangan penduduk perak, haa hebat tak. hebat kan, putrajaya baq hang....


Berikut adalah senarai Room yang disediakan.
-Superior- 45 Room.
-Deluxe- 20 Room.
-Studio Suite- 70 Room.
-Family Suite- 9 Room.
-Premier Suite- 6 Room.

Dan pelbagai lagi kemudahan yang disediakan oleh pihak Casuarina@meru, antaranya mereka turut menyediakan Package yang di panggil Pits stop (Charge Per hour) dimana para Traveler boleh berehat selama mana yang mereka mahukan, minimum ialah 1jam.



Manakala menu masakan pula pihak casuarina@meru menyediakan pelbagai jenis juadah makanan dari masakan melayu hinggalah ke western, pornFood habis kau, masakan chinese, itali etc, semuanya disediakan dalam bentuk buffet so bayar sekali makan sampai kembung nak tapaw je tak boleh hehe tapi sebut nama gua kompom lepas hehe.

Menu masakannya pula bertema-tema gitu berikut antara tema yang pihak casuarina sediakan,
Isnin - Taj mahal (north Indian Cuisine)
selasa - Greate Wall Of chinese (Chinese cuisine)
Rabu - Banana Leaf (Curry House Of cuisine)
khamis - Selera kampung (Malay Cuisine)
Jumaat - Pisa ala mamia (Italian Western Cuisine)
sabtu - Sizzling, BBQ & SteamBoat.
Ahad - Around The World.

Manakala Harga Buffet pula RM25.00 untuk makan tengahari dan RM30.00 untuk makan malam.


untuk pengetahuan korang cafe di buka 24jam setiap hari dan juga khidmat room service 24jam, selain dari cafe ada juga Club lounge di aras 2 dan ada juga persembahan akustik dari jam 8.30 hingga 12 malam, apa yang menariknya lagi di aras 2 ni terdapat ruangan dengan suasana santai sambil menikmati pemandangan sekeliling, jangan risau casuarina tidak menyediakan minuman keras, wine yang mereka sediakan juga tidak mengandungi alkohol, gua ulangi tidak mengandungi alkohol..



Nak buat majlis perkahwinan? pon boleyy tak ada masalah pihak casuarina@meru menyediakan banquet dan catering service kalau tak silap gua hall free hanya perlu bayar service banquet and catering jika anda berminat boleh hubungi pihak hotel.

sebut nama gua gerenti setel kehkeh.

faciliti lain yang terdapat disini ialah Fitness Centre, convenience shop dan Business Centre.

kawasan meru raya agak jauh dari ipoh so apa yang menariknya? haa itu soalan gua sebenarnya tapi gua jawap sendiri hehe, terdapat kawasan yang menarik berhampiran bandar meru raya antaranya ialah

Sunway lost world of tambun.
Air terjun Ulu chepor.
Meru valley Golf & country club.
dan pasaraya Mydin (ada bowling okeh :D.

 nak ke ipoh pun tak jauh sangat sebenarnya gua jalan kaki je kehkeh. (kengkonon)

sebut pasal chepor ni haa banyak yang menarik sebenarnya, tapi gua tak nak cite kat sini hehe. lain hari gua story keh.

untuk harga dan keterangan lanjut korang boleh hubungi pihak hotel casuarina@meru macam gua cakap tadilah sebut je nama gua gerenti setel kehkeh, ataupun masuk je ke web rasmi disini.

setel keje gua, harap dapat payment la ye kihkih.





 



En.Malizan Hj Zakaria (GM Casuarina@Meru Hotel)


SO menarik tak ? untuk maklumat Lanjut boleh ke http://www.casuarinahotels.com.my/ atau boleh like laman fb rasmi mereka Klick sini.

2 comments:

Designed By