Breaking News

Wednesday, August 20, 2014

Home » , , , , , » Gaharu tea valley Ladang Gaharu terbesar di malaysia

Gaharu tea valley Ladang Gaharu terbesar di malaysia

Gaharu tea valley Ladang Gaharu terbesar di malaysia


Gaharu tea valley Bukanlah sesuatu yang asing bagi penduduk negeri perak terutama bagi mereka yang tingal di sekitar Gopeng, Boleh di katakan antara pusat tanaman pokok gaharu terbesar di Malaysia.

seperti mana yang kita tahu gaharu merupakan satu produk yang cukup popular dan mempunyai aset nilai yang begitu tinggi, bukan sahaja wangi kayu gaharu juga di katakan mampu merawati pelbagai penyakit, Pokok gaharu juga di katakan antara pokok yang hampir pupus dan terancam dek kerakusan manusia, oleh itu pihak GAHARU TECHNOLOGIES SDN BHD (GTSB) mengambil langkah inisiatif dengan memulakan penanaman Pokok gaharu dan di komersialkan sebagai salah satu pusat pelancongan di negeri perak.

kami di berikan peluang melawati ladang tanaman pokok gaharu seluas 300 ekar dengan lebih 200,000 pokok gaharu, memang agak teruja kerana banyak info dan pengalaman yang kami perolehi di sini, antaranya bagaimana proses tanaman di lakukan dan bagaimana pokok gaharu ini menghasilkan minyaknya haa menarik bukan?

selain dari di jadikan ubat-ubatan gaharu juga di gunakan bagi produk makanan, antara yang menarik minat kami ialah maggie, aiskrim, Kuih-mueh, Nougat, aiskrim dan banyak lagi. bagi kepercayaan masyarakat cina gaharu merupakan pohon cinta, jadi ada pokok gaharu yang mereka gelarkan pokok cinta, iaitu di katakan sesiapa yang memeluknya akan bertemu jodoh dengan cepat, hmm menjeling kakak kat sebelah tu ye abang, ehh!

Antara produk Gaharu:

Gaharu Tea
Gaharu Cookies
Gaharu Instant Noodles
Gaharu Soup Mix
Gaharu Nougat
Gaharu Oil/Fragrance
Gaharu Wood Chip

Info lanjut :
Gaharu Tea Valley Gopeng
[Gaharu Technologies Sdn. Bhd.]
Lot 9840, Mukim Teja,
Kampung Pintu Padang,
31600 Gopeng Perak.
Tel : 05-357 5999







2 comments:

Designed By