Breaking News
Showing posts with label kembara darul takzim. Show all posts
Showing posts with label kembara darul takzim. Show all posts

Saturday, September 13, 2014

Tanjung Piai Penghujung Benua Asia

Kembara darul takzim di teruskan ke destinasi seterusnya iaitu Taman Negara Johor, Tanjung Piai yang juga merupakan penghujung benua asia, yang kaya dengan Hutan Paya Bakaunya. Kawasan ini juga di penuhi dengan ekologi dan persekitarannya sudah tentulah memberi ketenangan kepada sesiapa sahaja.

Disini juga terdapat pelbagai hidupan yang mendiami hutan paya bakau seperti ketam dan banyak lagi serangga lain dan tumbuh-tumbuhan pula hidup dengan sihat. Tanjung Piai Taman Negara Johor meliputi kawasan seluas lebih 926 hektar x 526 hektar yang merupakan hutan bakau di persisir pantai.

Jom jelajahi Taman Negara tanjung Piai yang kaya dengan pelbagai hidupan semula jadi serta keindahan pemandangan lautan di penghujung benua asia. selain itu Di sini juga terdapat pelbagai jenis flora dan fauna. Kawasan ini di kenali sebagai Tapak Ramsara 1289 di dunia pada 31 Januari 2003.

TAMAN NEGARA TANJUNG PIAI
MUKIM SERKAT
82030 PONTIAN, JOHOR
TEL : 07 6969712/ 6969796
FAX : 07 6969786 / 6961029

Read more ...
Designed By