Semalam hangat media masa menyiarkan kenyataan nurul izzah anwar, aku pun tak ambil port pun sampai la aku terlihat begitu banyak post di laman mukabuku yg menyuarakan rasa ketidak puas hati terhadap media masa yg kononnya memutar belit kenyataan tersebut.
lalu aku bertanya la apakah keadaan sebenarnya, nampaknya isu lain pula yg di timbulkan, lain yg di soal lain pula yg di bahas sehingga terjadi la pelbalahan pandangan dan pendapat. aku bukan pro politik dan tidak menyebelahi mana mana pihak aku cuma ingin tahu apakah maksud kenyataan nurul izzah tu, kali ini aku akan kerat sedekit kenyataan nurul izzah yg di petik dari KeadilanDaily dan kenyataan dari mstar Online.
kenyataan nurul izzah yg menjadi kontroversi di petik dari KeadilanDaily.
"Saya ucapkan terima kasih di atas pertanyaan lanjutan yang diterima setelah saya menghadiri satu forum bertajuk “Islamic State: Which version? Whose responsibility?” sebagai seorang panelis.
Sewaktu sesi soal jawab, salah satu soalan ditanya kepada saya berkait isu paksaan dalam agama melibatkan masyarakat Melayu. Jawapan saya menegaskan ungkapan – “Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)….” – daripada ayat suci Al Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 256. Ungkapan ini merangkumi seluruh umat manusia.
Namun ditambah, saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan Syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan.
Saya kesal kerana ada percubaan memutarbelitkan kenyataan saya seolah-olah saya meremehkan soal aqidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad."- sambung.
ini pula kenyataan yg di petik dari mStar Online.
"KUALA LUMPUR: Tindakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar yang didakwa mengeluarkan kenyataan berhubung kebebasan beragama termasuk kepada orang Melayu boleh dikategorikan sebagai menghina dan mempersendakan Islam.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim bagaimanapun berkata, tiada peruntukan atau enakmen khusus yang boleh digunakan kepada orang Islam jika didapati cuba mengajak orang Islam lain untuk murtad.
"Kalau seorang bukan Islam mendakyah orang Islam untuk keluar Islam, maka kita ada dalam enakmen kawalan agama.
"Tapi yang wujud hari ini bukan orang bukan Islam yang ajak orang Islam (murtad), tapi orang Islam yang mengajak dan membuka ruang untuk orang Islam sendiri memilih agama setelah ibu bapanya mendidik dan ibu bapa mewariskan agama tersebut (Islam) kepada anak. - sambung"
ok. ini pula terjemahan dari surah al-baqarah ayat 256.
"Tidak ada paksa dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh, yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."
di bawah ni ada hadis berkenaan hukum pesalah Murtad yaitu keluar dari agama (islam)
Sabda Baginda Rasulullah s.a.w :
Ertinya : “ Barang siapa sahaja yang menukar agamanya ( keluar drp Islam ) maka hendaklah dia dibunuh “ ~ Riwayat Imam al-Bukhari rh ( 2 /280) ; Imam Abu Daud rh (4351); Imam at-Tirmizi ( 145) ; Imam an-Nasaie,( 7/104) , Imam Ahmad ( 1/282) dan al-Imam asy-Syaukani rh di dalam Nailul Autor ( 7 / 190 ) .
menurut Imam Abu Hanifah rh pula , seseorang pesalah murtad drp golongan wanita tidaklah dijatuhi hukuman mati melainkan hendaklah dia dikurung sehinggalah dia kembali kepada Islam ataupun sampailah dia mati ( kalau dia enggan menerima Islam kembali ) . ~ Lihat al-Mabsut ( 10 / 98 ) , Fathul Qadir ( 4 / 385 ) , al-Badai’e ( 7 / 134 ) Tabyin al-Haqaiq oleh Imam az-Zaila’ie rh ( 3 / 383 ) , Ad-Dur al-Mukhtar ( 3 / 312 & 326 )
dari apa yg aku fahami terjemahan dari ayat surah al-baqarah ayat 256 tu jelas untuk mereka yg bukan islam,
ini soalan yg diajukan kepada nurul izzah "isu paksaan dalam agama melibatkan masyarakat Melayu." <-- yg ni jelas isu gejala murtads yg semakin berleluasa, dan nurul izzah mengeluarkan kenyataan, “Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)'' apakah maksudnya?
please explain to me. sekali lagi aku ulang aku bukan pro umno atau pembangkang, aku cuma keliru dengan kenyataan tersebut, aku yakin aku juga berhak bersuara.
-Wallahulam.
Maksudnya adalah seperti ini :
BalasPadam"Tidak ada paksa dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh, yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."
Maksudnya adalah seperti ini :
BalasPadam"Tidak ada paksa dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh, yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."