Breaking News

Selasa, 26 Februari 2013

Home » TINDIH, mitos atau benar?

TINDIH, mitos atau benar?




assalamualaikum.
kehadapan kepada pengunjung laman blog ini, aku harap korang sihat dan dah ambik duit br1m hehe, perkongsian ni adalah di luar kawalan diri kita sendiri mungkin, setiap perkara yg berlaku pasti kita ingin menceritakan dengan kawan yg terdekat atau jiran-jiran tertangga, namun bagi golongan hantu bisu macam kita ni, di sinilah platformnya ya dak.

TINDIH? pernah dengar tak pasal ni, biasa la kan mungkin ada yg cakap ianya perkara normal, namun bagi mereka yg mengalaminya? bayangkan jika setiap malam anda di ganggu dengan TINDIH. ada juga yg mengatakan ianya sejenis penyakit yg akibat dari keletihan atau gangguan emosi.(sleep paralysis) kat sini aku cuba nak ceritakan dari segi logic dan bagaimana ianya terjadi dan apa pula kesannya terhadap mangsa.

ianya terjadi bila mana tiba-tiba kita rasa amat mengantuk, pada hal kalau fikir logicnya kita tak mengantuk, tak sampai 5 minit kita terlena kita akan di serang TINDIHAN, semasa ianya berlaku, kita akan rasa bunyi yg agak bising keadaannya sukar di gambarkan, tubuh badan anda bukan lagi milik anda anda tidak akan mampu walau membuka mata apatah lagi ingin menjerit, hanya minda dan fikiran anda yg mampu anda kawal, pada ketika itu anda akan rasa tubuh anda seolah di tindih,
selalunya ia akan menekan pada rusuk, semakin anda cuba melawan semakin kuat ia menekan pada rusuk anda, apa yg di maksudkan dgn melawan ialah bila mana anda membaca ayat-ayat suci dari al-quran, pada mula jika anda baca surah al-fatihah, ia akan mengejek dengan mengikut anda membacanya tapi dengan cara ejekan dan di iringi tawanya, pada ketika itulah anda akan terdengar suaranya terngiang di kepala telinga.

apa pula kesannya pada mangsa? macam biasalah penyakit berkaitan perkara alam mistik ni tak lain tak bukan ialah mental dan emosi, emosi akan sentiasa terganggu, badan akan susut, hilang selera makan, jadi kurang bergaul.

perkara ini bukan rekaan, ianya adalah benar, terpulang kepada anda sama ada ingin percaya atau tidak, jika cara tidur yg di kata kan menjadi punca cubalah pelbagai posisi, ianya tetap sama. kecuali cubalah dekatkan diri pada allah swt, atau para syaitan dan iblis pula yg cuba mendekati kita. wallahualam.

4 ulasan:

  1. salunya orang cakap bila kita penat , benda tu suka kacau kita...btul ke?

    BalasPadam
  2. Sekali je kena..masa tu suami baru balik kerja pukul 1pagi..lepas suami tido terus kena hempap..mcm benda jatuh dari siling..waaa menakutkannn! Lidah jadi kelu nak sebut Allahuakbar pun susah..

    BalasPadam

Designed By