Breaking News

Wednesday, March 26, 2014

Home » , , , » Titik permulaan perjuangan bhg. 1

Titik permulaan perjuangan bhg. 1



Masa mula-mula gua nak berjinak dalam dunia Blog ni seawal tahun 2008, bermula cerita dia masa gua tengah bukak account Myspace, gua banyak menulis kat myspace, sampai satu hari gua pergi event Indie kat situ gua jumpa membe gua, nama dia terpaksa gua palsukan atas sebab gua tak nak nanti dia kembang semacam riak dan takbur, gua namakan dia farid buntal, farid buntal ni antara penulis legend di kalangan para karyawan seni underground, banyak buku-buku dia yg laris di pasaran gelap, walaupun sekarang dia dah tenggelam dibawa arus fesbuk.

kedai kopi wan mahmud menjadi markas perbincangan antara gua dan farid buntal, farid buntal ni muka dia memang agak buruk sikit dan pendek kata memang tak hensem la, kalau nak banding dengan bobo mungkin dia hensem sikit, jadi mungkin itu antara sebab kenapa dia selalu gagal dalam percintaan, antara tajuk hangat perbualan gua dan farid buntal adalah cinta, farid buntal selalu membahaskan adakah cinta berteraskan nafsu menjadi pilihan anak muda?

gua pernah bagitau dia "antara serpihan rindu itu adalah dendam kesumat, dengan ayat gua yg ringkas tu membuatkan farid buntal kagum dan jitu dengan bakat gua, dia pun memuji gua dengan hati yg tulus seraya berkata "lu muka dah la hensem dan pandai pula berkata-kata" gua dengan rendah hati tidak berani mempersoalkan kredibiliti beliau sebagai seorang legend..

pada malam berikutnya farid buntal sms gua ada benda hangat perlu dibincangkan katanya sekali lagi gua ke kedai kopi wan mahmud, pada malam itu gua order tea o ais limau tanpa biji, kedai warung wan mahmud menyediakan air minuman pada kadar berpatutan ketika itu bayangkan tea o ais limau hanya Rm1.20..

"Platform mana yg lu gunakan untuk berkarya?".. farid buntal menyoal gua sambil menghirup tongkat ali yg pada ketika itu berharga Rm2.00 ",apa maksud lu farid,... belum habis gua bertanya farid buntal lantas memintas laluan gua tanpa memberi signal terlebih dahulu, gua kurang gemar dengan sikap segelintir pemandu seperti ini? biadap sungguh!
",begini bro, gua nampak penulis muda semakin pupus, jadi gua nak lu semarakkan sikit dunia seni penulisan, gua yakin lu boleh asah sikit-sikit.'' tanda lega mula terpancar di wajah farid buntal lantas menyandarkan dirinya di bangku kayu milik wan mahmud, ".bro gua tak ada bakat bro." soal gua dengan muka kebiruan dengan gaya ala-ala pelakon beto kusyairi.

".ok la bro macam ni, gua bagi cadangan kat lu,

......bersambung.

No comments:

Post a Comment

Designed By