Breaking News

Sabtu, 29 Mac 2014

Home » , » Siapa sebenarnya zul padli?

Siapa sebenarnya zul padli?



Siapa sebenarnya zul padli ni? gua pun was was dengan dia? gua kenal dia masa pergi kenduri kawen member, gua agak musykil jugak dengan gaya rambut dia dan spek mata hitam ala rosyam noor mat ibrahim, kalau tengok dari jauh gua agak dia ni perisik dari rusia, tapi gua sentiasa berpikiran positif kerana gua dikenali dengan lelaki bersifat pemikiran kacak, dari lagak gua pun ada gaya poyo aaron ajis oleh yg demikian gua kena la kekalkan momentum kredibiliti gua...

zul padli ni dia dari pemerhatian gua agak buat-buat frendly, tapi gua pulak jenis firefrendly ayat ni pun gua belajar masa main konter strike 1.6 masa darjah 6 dulu, itu pun gua pakai cheat kod, selalu menjadi mangsa gua mamat jupiter, mamat jupiter ni dia kidal so dia ada masalah dalam AIM target, oleh sebab dia selalu melambatkan gua dan team gua yg diberi nama team pokok pisang 2, gua terpaksa tembak beliau dari jarak belakang tepat ke arah kepala..

tapi yg menghairankan gua lagi pasal si zul padli ni dia ada topeng, mula-mula gua ingat topeng batman atau cicakman tapi bila gua perati balik ternyata tekaan gua meleset jauh, demi menguatkan lagi firasat kejantanan gua yg gua warisi sejak zaman kegemilangan Awie dan Erra fazira dalam filem sembilu 1 & 2, gua cuba mencari jawapan di national geogerapi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Designed By