Breaking News

Isnin, 5 Mei 2014

Home » , , , , » Mari Melawat Negeri sembilan

Mari Melawat Negeri sembilan


Sempena tahun melawat malaysia ni, gua nak promo negeri sembilan kihkih, dengar negeri sembilan kompom ramai yg maleh kan, ye la bukan ada apa pun, obama pun tak nak datang melawat kihkih kaki makannya kang, balik-balik pun Port dickson (pd) kan, haa..
bila masuk bab pantai gejala maksiat tak dapat di elak harap pihak berwajib sila la pantau dengan lebih kerap dan perihatin ye.


Homestay kampung pelenggong.
kg kecil yg terletak di labu negeri sembilan ni antara kg yg mengekalkan adat dan budaya minangkabau, selesa dan harmoni dengan suasana riang ria macam hari-hari hari raya dan dikelilingi sawah padi merumpun hijau, selain dari suasana kg yg ohsem, korang bakal dihidangkan dan jalani sendiri kehidupan kg dengan adat dan budaya minangkabau haa, korang akan dengar sendiri ayam berkokok seawal 5pagi dan solat berjemaah dan pergi noreh gotah kihkih, dan pelbagai lagi aktivity menarik bersama keluarga angkat kg pelenggong yg ramah baq hang.. kalau nak buat weeding photoshoot or apa-apa photoshoot memang sangat terbaik, package dia tak mahal murah je, pergi google sendiri kehkeh...


Gunung angsi hulu bendul.
gunung yg penuh misteri ini tak rugi untuk diterokai, kerana menyimpan pelbagai tumbuhan hutan semulajadi yg tak mungkin korang temui di donwtown cheras, memerlukan kehebatan stamina seperti seorang pemain hoki negara kerna anda perlu hiking selama 4jam lebih kurang, kalau gua kejap je, malas nak cite lebih, anda tidak perlu membawa bekalan air, sama seperti di bukit broga, dipuncaknya ada kedai serbaneka Econdsave baq hang..

Muzium tentera darat Port Dickson.
Muzium ni antara yg menyimpan pelbagai khazanah perang dahulukala hehe, disini juga antara tempat yg menarik untuk dikunjungi seisi kelurga dan jiran tetangga, muzium tentera darat ni antara yg terbesar di malaysia, haritu gua nak pergi sekali tutup pulak, kuangajo betul, kan gua dah malas nak cite banyak kehkeh...


Istana sri menanti.
haa ni dokek ngan kg den kihkih, antara istana yg tertua di malaysia dan masih utuh berdiri gah, dibina pada sekitar tahun 1900 dan menjadi kediaman rasmi kesultanan negeri sembilan, senibina yg unik berteraskan masyarakat minangkabau dan untuk pengetahuan korang istana lama sri menanti antara istana kayu tertinggi di malaysia, di istana sri menanti ni jangan macam-macam kang kaki menanti, hee tak ada la gurau je, istana ni kini merupakan museum yg menyimpan pelbagai khazanah lama kerajaan minangkabau dari sejak era pembangunannya lagi, tak rugi bawak anak-anak melawat biar tak buta sejarah hehe..


Jeram gading.
terletak lebih kurang 20km dari jelebu negeri sembilan, jeram gading ni yg menariknya bukan pada sungai atau air terjunnya atau pada chalet yg telah ditinggal usang dan berhantu kehkeh tetapi pada pohon-pohon buah buahan yg boleh dikatakan berusia seusia kerajaan malasyia kehkeh yg akan anda saksikan dalam perjalanan ke jeram gading, suasana yg membawakan pelbagai perasaan aneh dan gumpita, tapi mohon jangan kentut kat kawasan ni, sebab ada anjing penghidu bau kentut, naya korang nanti kehkeh, bukan itu sahaja matlamat yg anda bakal dapat jika tiba disini, kejolopak kejolobu, nak cari yg joki terpikek nak buek bini kehkeh.. gadis jolobu memang ohsem bhaii.. gua dah look around tapi malang gua tak ada tenet time tu kehkeh...

Teratak za'ba.
terletak di batu kikir jalan bahau ni lagi dokek ngan umah omak den, gua tak pernah pergi lagi tapi menurut mitos yg gua dengar dari anak buah gua yg mengikuti rombongan anjuran tadika kemas, museum teratak za'ba ni bertemakan pelbagai pendidikan lama kalau korang tak kenal siapa za'ba ni dia bukan ahli sukan mahupun pemain drum kumpulan nirvana, beliau adalah cendikiawan melayu yg terkenal pada sekitar tahun 1940-an gitu, keluarga za'ba ataupun namanya Zainal Abidin Bin Ahmad dari kalangan keluarga yg berilmu dan bijak belaka antara pengasas kg linggi, kalau rajin sila la google pasal za'ba ni.

haa ada banyak lagi sebenarnya tapi malas gua nak cite, ini antara tempat pilihan gua la..
harap-harap tourism malaysia boleh kasi gua tea o ais 1 ea kehkeh...

 kat bawah ni gua kongsikan sikit pic gua di PD dan jeram gading kehkeh..









meriahkan? so apa lagi segala ada di malaysia..

4 ulasan:

Designed By