Breaking News

Selasa, 21 Disember 2010

Home » » Updated* kesedihan dr.rozmey dgn kutipan "2 Alam"

Updated* kesedihan dr.rozmey dgn kutipan "2 Alam"



Beberapa hari lepas, Dr. Romzey telah mengumumkan di laman twitter bahawa kutipan hari pertama untuk filem pertama bangang miliknya ini sudah mencecah RM 2 juta! Namun, segalanya terbongkar apabila Finas mengeluarkan statistik kutipan filem di panggung wayang di laman web rasminya menunjukkan kutipan filem Dua Alam baru mencecah RM200 ribu pada hari keenam.

Dia mungkin boleh memperbodoh-bodohkan orang Melayu dengan produk diet JustMate 5, namun memperbodohkan rakyat Malaysia mengenai kutipan filem sangat bodoh pernah kami lihat.

Sekarang, dengan hanya kutipan kasar sebanyak RM200 ribu, bagaimana Dr. Rozmey hendak menawarkan tawaran berlakon buat Pamela Anderson. Hmm, tak dapat Pamela Anderson USA pun tak apa-lah kan kita ada Pamela Anderson Malaysia iaitu Lana Nordin yang gila-kan publisiti murahan seperti ini. Go go Lana Nordin.





PETALING JAYA: Penerbit filem 2 Alam, Datuk Dr. Che Rozmey Che Din yang tidak mahu mengadakan tayangan media filem itu kerana bimbang dikritik tentunya kecewa apabila wakil media berjaya menonton filem tersebut sewaktu tayangan perdana sempena Festival Filem Malaysia ke 23 (FFM23) di e@Curve, Damansara, di sini malam Rabu lalu.

Ramai wartawan yang terkejut menonton filem itu selepas menggambarkan angan-angan Dr. Rozmey sebelum ini yang menjangkakan filem berkenaan akan mendapat kutipan pecah panggung dengan kutipan RM40 juta apabila ia ditayangkan serentak di 83 buah pawagam pada 18 November ini.

Pihak media yang menyaksikan filem itu sekadar ingin tahu kenapa selama ini Dr. Rozmey mengelak untuk mengadakan pro-tonton seperti yang dilakukan kebayakan penerbit filem?

Adakah kerana beliau mempunyai strategi tertentu ataupun benarkan filem berkenaan sebuah karya luar biasa daripada individu yang mendakwa kreatif seperti beliau?

Beberapa wartawan yang ditemui memberi pelbagai reaksi selepas menonton filem berkenaan yang kebanyakannya menggelengkan kepala melihat hasil filem itu.

Ketua Editor portal Murai.Com, Ellyana Ali berkata, filem berkenaan tidak sesuai ditonton oleh golongan remaja kerana menampilkan adegan ranjang yang agak keterlaluan.

Katanya aksi di atas katil dan adegan-adegan rogol yang ditonjolkan hanyalah bertujuan untuk menarik perhatian penonton berbanding maksud asal filem itu untuk memberi nasihat mengenai kesan menukar jantina oleh seorang lelaki.

“Ia sama sekali tidak sesuai ditonton oleh golongan remaja kerana adegan-adegan di atas katil yang keterlaluan,” katanya.

Ellyana turut berkata Dr. Rozmey akan mendapat kutipan RM40 juta sekiranya filem itu ditayangkan di pawagam “fantasinya”.

“Saya rasa jika di campur dari 83 buah pawagam dengan pawagam-pawagam fantasinya, mungkin jumlah itu akan menepati sasaran,” katanya menyindir.

Wartawan hiburan Mingguan Malaysia, Arif Nizam Abdullah pula berpendapat kualiti filem 2 Alam tidak setanding dengan sasaran kutipan yang diuar-uarkan.

Tambahnya, berdasarkan kepada pengamatannya, untuk memperoleh RM400 ribu pun belum tentu berjaya kerana filem itu hanya setaraf sebuah drama.

“Filem ini terlalu kerap mengulang babak yang sama. Selain itu, lakonan watak transeksual yang ingin ditonjolkan tidak nampak realistik. “Apabila melihat hasil filem ini saya rasa ia boleh membuat penonton tertipu dengan sasaran RM40 juta yang diperkatakan oleh beliau,” katanya. Arif Nizam juga menambah, terdapat beberapa babak dalam filem ini tidak sesuai untuk menjadi tontonan umum.

Antaranya ialah adegan panas di atas katil, dalam tab mandi, dalam kereta serta dialog yang berunsur lucah.

Pengarang Hiburan Metro Ahad, Abie Abdullah pula berkata, 2 Alam mempunyai subjek yang baik iaitu tentang keinsafan dan keterlanjuran hidup seorang manusia tetapi persembahan subjek itu dilihat lemah sehingga mengganggu penyampaian sebenar mesej.

Katanya, ada filem lain yang lebih teruk dari 2 Alam tetapi filem ini diperkatakan kerana provokasi yang dilakukan oleh pelbagai pihak.

“Dengan provokasi demi provokasilah membuatkan orang tertanya-tanya tentang filem ini,” katanya.

Sementara itu wartawan hiburan Berita Minggu, Zul Husni Abdul Hamid berkata filem tersebut mempunyai jalan cerita yang menarik tetapi teknik imbas semula (flash back) yang ditampilkan membuatkan 2 Alam menjadi filem murahan.

Dalam masa yang sama gandingan pelakon baru Royadi Madada dan Suhaillah Salam gagal memperlihatkan filem tersebut berkualiti. Lebih ketara katanya, adegan seks murahan telah menyimpang dari konsep filem yang bertujuan untuk mendidik orang ramai supaya menjadi lebih insaf.

“Filem ini seolah-olah mengaburi mata masyarakat dengan menampilkan adegan dan teknik “flash back” mengenai seks yang keterlaluan,” katanya.

Beberapa wartawan lain yang diminta komen mengenai filem tersebut enggan memberi sebarang ulasan dengan alasan filem berkenaan tidak layak untuk diberi kritikan.

StarOnline pula berpendapat filem ini tidaklah seburuk seperti yang digambarkan tetapi cara penerbitnya melakukan promosi dengan lebih banyak mengkritik pihak-pihak tertentu adalah tidak wajar.

2 Alam turut dilakonkan oleh Aaron Aziz, Sabree Fadzil, Faizal Hussein , Rosnah Johari dan Kuswadinata. Ia mengisahkan kehidupan seorang lelaki yang menukar jantina serta mempunyai hubungan terlarang.

“Wanita” berkenaan akhirnya membunuh diri menyebabkan mayatnya sukar dikebumikan secara sempurna.

Rasa aku yg pengsan tu sampai dipapah kuar dr panggung ialah..makcik2 yg pitam yg tgk byk sgt adegan ranjang..

Dptkn tiket filem 2 ALAM selagi sempat?.



Toksah! Beli sahaja album CD-nya!



Korang mungkin tertanya-tanya - KENAPA?
Senang sahaja jawapannya: filem 2 ALAM ini sebenarnya suatu music video lagu Ramli Sarip dan Amy Search yang panjangnya 86 minit!



screenshot terbaru..



Dalam riuh-rendah siulan sindir pihak media di tayangan perdana filem 2 ALAM ketika pelancaran Festival Filem Malaysia ke-23 yang telah berlangsung minggu lepas di e@Curve, tenyata segala promosi bagi drama keluaran usahawan MLM Che Rozmey Che Din ini memang wajar diwajibkan - apa tidaknya, filem ini dilanyak habis-habisan oleh rata-rata semua wartawan yang hadir! Dengan skrip dan lakon layar yang dikreditkan kepada Imran Ismail (orang yang sama di sebalik filem JALANG tahun lepas), pengalaman menonton filem 2 ALAM ini boleh dikatakan sangat payah dan menjengkelkan, lebih-lebih lagi apabila beberapa babak out-of-focus yang mengesahkan production values yang hancur! Indah khabar dari rupa. Memang ada banyak lagi filem yang lagi teruk daripada 2 ALAM namun tindakan "syok sendiri" oleh pihak pengeluar filem dengan menjulung filem ini setinggi-tingginya (RM 40 juta sasarannya!) betul-betul telah mencetuskan kesahihan dua alam yang diperkatakan itu - alam realiti dan alam fantasi!



DDR: "Ya bagusss!!



P/s: to fan club dr.rozmey i'm so sori i kwow diz is very hard to face it..

25 ulasan:

  1. gila seks kot direktor 2 alam ni
    dr rozmey aku rasa dia xtaw pape
    dia just publish filem tu jek

    BalasPadam
  2. huhu~
    tgelak ble tgk byk page kt fb yg kutuk dye ni~

    BalasPadam
  3. seb bek tengok ngakung ritu..haha takut kalau tgok dua alam saya tertidur je :

    BalasPadam
  4. xsgup nk tgk 2alam..kalo cmtu gaya nye..tunggu kuar kt tv jer lah..tuh pun kalo lah kuar kan..hahaha~

    BalasPadam
  5. entahla.. memang keterlaluan pon.. xsesuai ditonton umun...... xkaji leklok kot untuk tontonan umun.....

    BalasPadam
  6. alahai...cian nye die..haha..nk tergelak lak bila baca

    BalasPadam
  7. haha . alala . kesiannya .

    BalasPadam
  8. xtgk lg cite tuh...tp kesian kt dia tuh..moralnya,jgn ckp besar yg melampaui batas

    BalasPadam
  9. hahaha kesian 2la padah kalo ckp besaq ! ;D

    BalasPadam
  10. mmg kesian aaa kat dokter ni...hahahaa

    BalasPadam
  11. ya ka..
    belum tengok pun...coz tengok iklan memang cam kureng..alamak..camana kalau remaja yg p tengok kan...bukanya membimbing ke jln kebaikan malah menambah pula kejijikan..

    BalasPadam
  12. nih la filem yg pecah punggung tuh.
    hahaha x ley blah la..

    BalasPadam
  13. ketiak aweks tu berkarat... tapi b**bs leh tahan... power, itulah kekuatan gadis melayu yg tak boleh disangkal lagi.. :) nice ntri, nice pic.. like it!

    BalasPadam

Designed By