Breaking News

Khamis, 6 Januari 2011

Home » » Dari mana asal usul bangsa melayu?

Dari mana asal usul bangsa melayu?


Sejak kes karam singh walia menyatakan yang bangsa melayu bukan berasal dari malaysia mahu pun indonesia aku tergerak hati mencari jawapan, selama ni tak pernah pulak terfikir dari mana datangnya asal usul bangsa melayu kita ni,
"Melayu mudah lupa'' fuhh! terngiang sekejap kat kepala aku dengan ayat tun d.r mahathir yang berbisa tu, yang jadi persoalan bukan setakat mudah lupa je malah tak pernah nak ambil tahu pun dari mana asal usul bangsa sendiri macammana nak tahu.
sebenarnya bukan aku nak kutuk bangsa sendiri tapi hakikatnya ramai orang-orang melayu yang terlalu merasa megah,kita patut bersyukur dengan apa yang kita kecapi bukan berbangga.
aku tak berapa setuju bila isu perkauman ni timbul,bagi aku manusia semua sama,dan setelah aku rujuk kepada sifu aku tak lain tak bukan sifu
google la dan akhirnya aku temui artikel yang menarik perhatian aku.
so aku nak mintak maaf la jika pendapat aku ni menyakiti hati mana-mana pihak.aku cuma nak mencari jawapan je dari mana asal usul bangsa kita ni,walaupun agak mustahil sebab terlalu banyak teori yang ada...jom kita layan artikel dari
hazis.wordpress.com/


Untuk mengetahui asal usul Bahasa Melayu kita perlu mengetahui asal-usul penutur aslinya terlebih dahulu, iaitu orang Melayu. Asal-usul bangsa Melayu sehingga kini masih kabur. Akan tetapi beberapa sarjana Eropah seperti Hendrik Kern (Belanda) dan Robert von Heine Geldern (Austria) telah melakukan penyelidikan secara kasar latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno.

Teori mereka menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal daripada kelompok Austronesia, iaitu kelompok manusia yang berasal dari daerah Yunan di China yang kemudiannya berhijrah dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia dan akhirnya menduduki wilayah Asia Tenggara.

Gelombang pertama dikenali sebagai Melayu-Proto dan berlaku kira-kira 2500 tahun Sebelum Masehi

Kira-kira dalam tahun 1500 tahun Sebelum Masehi, datang pula gelombang kedua yang dikenali sebagai Melayu-Deutro. Mereka mendiami daerah-daerah yang subur di pinggir pantai dan tanah lembah Asia Tenggara. Kehadiran mereka ini menyebabkan orang-orang Melayu-Proto seperti orang-orang Jakun, Mahmeri, Jahut, Temuan, Biduanda dan beberapa kelompok kecil yang lain berpindah ke kawasan pedalaman. Justeru itu, Melayu-Deutro ini merupakan masyarakat Melayu yang ada pada masa kini.

Bahasa Melayu berasal daripada rumpun bahasa Austronesia, manakala bahasa-bahasa Austronesia ini berasal daripada keluarga bahasa Austris. Selain daripada rumpun bahasa Austronesia, rumpun bahasa Austro-Asia dan rumpun bahasa Tibet-Cina.

Rumpun bahasa Austronesia ini pula terbahagi kepada empat kelompok yang lebih kecil :
1. Bahasa-bahasa Kepulauan Melayu atau Bahasa Nusantara.
Contoh : bahasa Melayu, Aceh, Jawa, Sunda, Dayak, Tagalog, Solo, Roto, Sika dan lain-lain.

2. Bahasa-bahasa Polinesia
Contoh : bahasa Hawaii, Tonga, Maori, Haiti

3. Bahasa-bahasa Melanesia
Contoh : bahasa-bahasa di Kepulauan Fiji, Irian and Kepulaun Caledonia

4. Bahasa-bahasa Mikronesia
Contoh : bahasa-bahasa di Kepulauan Marianna, Marshall, Carolina dan Gilbert.

Bahasa Melayu tergolong dalam cabang Bahasa-bahasa Nusantara yang mempunyai bahasa yang paling banyak, iaitu kira-kira 200 hingga 300 bahasa.

Bentuk Bahasa Melayu yang dituturkan di Kepulauan Melayu pada zaman dahulu dikenali sebagai Bahasa Melayu Kuno dan jauh berbeza dengan Bahasa Melayu yang moden. Bentuk Bahasa Melayu Kuno hanya dapat dilihat melalui kesan tinggalan sejarah seperti batu-batu bersurat. Batu-batu bersurat yang menggunakan Bahasa Melayu dipercayai ditulis bermula pada akhir abad ke-7. Sebanyak empat batu bersurat telah dijumpai yang mempunyai tarikh tersebut :

Baca full artikel click sini.

18 ulasan:

  1. biarlah kita berasal dari tempat lain..yang penting Malaysia adalah hak kita sekarang dan kita perlu bangga jadi orang melayu dan rakyat Malaysia

    BalasPadam
  2. semoga.. sapa yang melayu tu.. tak lupa sapa mereka... buktikan, melayu tak kan hilang didunia

    BalasPadam
  3. teringt plak dulu2 time mase blaja sjrh dulu..

    miss school!

    BalasPadam
  4. rasenye kalo asek nak tau dari mana asal melayu tu memang payah. yang penting kita dari nabi adam. hehhe.

    BalasPadam
  5. rasa nya semua bangsa pun asal dari tempat lain , tapi sekarang malaysia hak kita!

    BalasPadam
  6. saya bangga menjadi rakyat malaysia :)

    BalasPadam
  7. bangsa melayu...cuba umar yang cute kaji lak, bangsa melanau bintulu kat sarawak tu asal dari mana ek? betul nak tau ni...hehe...

    BalasPadam
  8. laa..kat swk bnyk melanau laa..hehehehe

    BalasPadam
  9. apa pun dan dari mana asal usul melayu, sejarah telah katakan tanah ini tanah melayu..
    jadi pertahankan apa yang kita ada. jangan sesekali biarkan 'tanah melayu' kita tergadai...

    BalasPadam
  10. rajinnya umar wat kajian...akak cuma tahu kita asal nabi adam jer...huhu..

    BalasPadam
  11. Bangga dan kagum bila ada kesedaran anak2 muda sekarang ini berdiri mempertahankan bangsa melayu itu sendiri. Syabas Umar cute mencari maklumat utk mendalami asal usul melayu itu. Thanks for the good info.

    BalasPadam
  12. bru blajar pasal mende ni dalam subjek bm yg fie amik sem ni.. hehehehe

    BalasPadam
  13. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  14. melayu bukan dari funan...asal bangsa melayu dikupas dgn lebih mendalam kat sini...

    www.mistisfiles.blogspot.com

    BalasPadam
  15. ralat: Yunan bukan Funan.

    BalasPadam
  16. baca artikel srikandi melalui alter rahsia melayu naa..komen kat sana kalo tak puas ati yup!but be knowledgeable and jangan cakap kosong kengkawan cite camtu haa..

    BalasPadam

Designed By