Breaking News

Sabtu, 26 Februari 2011

Home » , , » Keganasan bahasa...

Keganasan bahasa...


kita selalu je guna ayat yang berunsur carut bagai ni sebagai bahasa harian kita,setiap hari cuma sedarkan dengan tak sahaja,kalau hipokrit tu mana nak ngaku,dia je la yg baik, contoh selalu kita dengar 'penat sial' 'macam bodoh la ko ni' 'anak haram betul lah' 'gila lapa dow' 'haram jadah nye tuttt3' 'sengal la kau dol' DLL. aku selalu je dok perati hehehehe...sama la aku kadang-kadang ekekekeke....

ni aku tolong sharekan maksud disebalik ayat-ayat yang selalu kita gunakan setiap hari tanpa mengetahui meaningnya.....sebenarnya tau, tapi buat-buat tak tahu hehehee....

haram jadah,anak haram:
a) anak yg lahir drpd ibu dan bapa yg tidak berkahwin, anak haram, anak luar nikah; b) kata makian.

sial:
1 tidak beruntung; selalu gagal utk mendapatkan sesuatu; selalu ditimpa kecelakaan: Hari ini mereka ~ benar, sehari suntuk menjala, tiada seekor ikan pun yg didapat. 2 tidak mendatangkan untung; mendatangkan celaka; buruk pengaruhnya: Keris yg dianggap ~ itu dibuangnya ke laut. 3 kata yg digunakan ketika memaki yg bermaksud jahanam, terkutuk dsb.

bodoh:
tidak mudah mengerti ketika mempelajari sesuatu; tidak pandai: Orang ~ tidak dpt membezakan mana yg baik dan mana yg tidak. membodohkan, = membodoh-bodohkan 1 membiarkan bodoh; menjadikan bodoh. 2 menganggap bodoh; memperlakukan sbg orang bodoh: Jangan suka ~ orang lain. 3 menipu; mengakali. kebodohan sifat atau keadaan bodoh; kedunguan: Beliau tertawa memikirkan ~ Pak Kaduk yg mudik ke hulu ketika air surut. sebodoh-bodoh bagaimana bodoh sekalipun: ~ aku, aku tidak akan menyerah kalah begitu saja.

bangang:
bodoh; dungu.

bahlul:
bangang, bodoh, tongong: engkau betul-betul ~, tak ada cita-cita.

sewel:
tidak begitu waras atau siuman, kegila-gilaan, kemamar.

biul:
tidak begitu waras fikiran, kemamar, sewel: dia menjadi ~ setelah lamarannya meminang Zaleha ditolak.

sengal:
berasa sakit-sakit (kaku) pd sendi-sendi tulang: ~ kaki; ~ tangan. ~ pinggang sakit pinggang. ~ tulang penyakit yg menyebabkan penghidapnya berasa sakit-sakit pd sendi-sendi, tulang dan otot.


banyak lagi la huhh penat aku menggoogle hehee....aku amek semua meaning ni kat sini kalau salah? sila salahkan pihak dewan bahasa dan pustaka yer hehehehe....aku bukan pakar bahasa,cuma nak kongsi pendapat...bukankah bahasa itu wajah bangsa :3

ni lagi satu aku ada terjumpa satu blog yg share blue melayu 3gp? ishh tepuk dahi aku tengok,macam cite tamil tu ayoyooyo.....aku pun mula pelik mana perginya pejuang-pejuang blogger yang hebat tu,kes-kes macam ni tak nak pula amek port..aku pun tak paham la... ni bukan nak kisah pasal pelakon XXX tu,yang jadi masalah yang dijaja ialah maruah bangsa melayu...

5 ulasan:

Designed By