Breaking News

Jumaat, 17 Jun 2011

Home » » Slot akasia: dydyardiana

Slot akasia: dydyardiana

♩♪♫"Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu"♩♪♫♬

perhh syahdukan, saya kalau boleh nak je nyanyikan lagu ni tuk awak,
tapi malangnya suara saya tak la sesedap macam anuar zain... >.<"
walaupun pada hakikatnya wajah saya kacak macam anuar zain... :D
hee~ macam ni la kan bila mata dah mula pandang ke atas haihh..
ni bukan angau lagi dah ni aihh! macam-macam...

krennng kreng! krengg! krennnnng! zztt zzttt!!

ehh zaman bila punya bunyik fon ni? adehh baru nak berangan sikit!! ada jeee...

dengan malas aku pun angkat la fon tu.


"halooo aaaa, ye dydy sini.. wassup, wat can i help u in this morning late la"


pemanggil: "bla bla blaa bla blaa blaaa la laa aa"


"aaaaaa aa aaah ta dengar taa dengarr"


ketakkkkzz' <---bunyik aku letak fon.


aikk lu ni alien ke apa pelik sangat bahasa,

macam ni pun ada, sakit jiwa melayan.

berbalik pada lamunan aku tadi, wahh indah sungguh.

awak tak tau saya rasa happy gila, walaupun saya nampak macam biasa je kan, tapi perhh dalam hati saya penuh kebahgiaan. awak mana nak tau, sebab saya tak bagitau hee~
walaupun kadang-kadang saya rasa macam 'ehh aku ni mimpi ke apa? tapi hee~.
saya dah sayang sangat kat awak kan, walau apapun terpaksalah saya hadapi,segala onak dan duri tu ala biarlah saya tak kisah la apedehal. (^^,
orang kata nasik dah jadi bubur, awak dah sah jadi milik saya pun.

kalau awak tak caya aaa tengok saya sambung lagi lagu tadi


♩♪♫"Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia

Asal masih adanya kamu"♩♪♫♬

halamakk mendayu-dayu tak, aaaa ni baru nyanyi dalam hati awak
,
kalau betul-betul perhh habis awak, tu menteri pasola tu kompem ajak nyanyi kat istana hee~ :D

"TINGTING TING TING TETT ZZZZZTTT ZTT"


halamakk erk! erk! kuatnye vibrate!! Aikkk hamboihh asal fon aku ni bunyik lain macam je ni, SMS dari menteri pasola ke apa?


"kehadapan lu yang cipeetttttt
gua ta habis cakap lagi lu letak apesal?
bukak pintu laaaa grr!"


OMG! halamakk haha aku lupa petang tadi aku tukar kunci solex rumah

haha. mamat tu tak ada kunci la rupanya :D

aku: "haa Tony baru balik ye hahahaa, maaflah fon aku rosak tadi, ni asal basah-basah ni
kena tangkap basah ke apa"

tony: "kau kalau aku tumbokk kang dy aaa, kau tak nampak hujan lebat tu, yang kau tuka solex apa hal?"


aku: "aaa da daa kau jangan nak membebel sangat kau tu extra je dalam cerita ni"


tony: arghhhh! haa ni la dia kalau asek tengok slot akasia, pengaruhh!, tak habis-habis la dengan berangan kau tu, nyusah aku je. bla bla bla bla !


tony pun membelahkan la dirinya dengan membebel, hai kesian la bakal mak mertuanya nanti yerkk dapat menantu kuat membebel macam hantu haha.


aku pun melabuhkan la diri balik kat sofa sambil mata kat atas kan, mula la imaginasi aku membuak-buak
, aku pun tanya la kat diri aku sendiri kan.. takkan asyik nak tanya sama pokok! je kan? kang macam biasala dia jawap, angin goyang! angin goyang! sekali aku tebang kang aaa!
aku ni layak ke dengan dia??, persoalan yang jadi persoalan ialah dia cukup sempurna.. perfect.
kalau nak dibandingkan dengan aku macam BMW dengan Kancil. mana la nak padan haihh!

dalam lena yang dibuai angan-angan aku pun terlelap la al-maklum la penat gunakan energy tuk imaginasi hehe
..
aku harap-harap ending cerita ni dengan penuh best la dan happy ending la senang cerita :)

musim pertama cerita ni baru je nak bermula. tak lama lagi...

adalah kat slot akasia TV3 :D nantikan keh.

3 ulasan:

Designed By