Breaking News

Sabtu, 30 Julai 2011

Home » » Review Filem: Tolong Awek Aku Pontianak.

Review Filem: Tolong Awek Aku Pontianak.


Assalamu alaikum. dan salam sejahtera di ucapkan, di kesempatan ini gua nak mengucapkan selamat menyambut bulan ramdhan al-mubarak bagi seluruh umat islam di seluruh dunia, juga selamat berpuasa di ucapkan jangan ponteng ok :D... bagi mereka yang mampu tu tunaikan kewajipan anda...

ok kali ni gua nak buat review lagi pasal movie terbaru la jugak "tolong awek aku pontianak" lakonan mantap Zahiril Adzim, Sazzy Falak dan Liyana Jasmay, seyes cakap tengok tajuk macam palat je kan, tapi gua cakap seyes! lu tengok dulu cite ni memang layan la, plot dia menarik, nak cite pasal logic dengan tak tu tak payah la sangat kan, lu ingat cite transformer tu logic ke ekekeke. cuma hantu dalam cite ni la yang agak kelakar sikit, biasalah hantu kat malaysia ni memang kelakar! adoi :D

yang penting plot jalan cerita movie ni sangat cool dan ok la, kalau nak banding dengan kongsi yang langsi buat gua sakit hati pergi panggung, movie ni lagi bagus kot, cuma mungkin diorang silap letak tajuk filem macam tak berapa nak gempak, macam kelakar pun ada. kalau lu all tak tengok lagi gua sarankan lu pergi tengok sekarang, nak sedut pun boleh nah gua kasi link leh sedut kat sini.

sinopsis:
Sebuah filem komedi seram yang mengisahkan Bob, berperwatakan lurus bendul dan baik hati yang bekerja di sebuah syarikat periklanan, di bawah penyeliaan Faizal. Selepas berpisah dengan teman wanitanya (Ina), Bob dan kawannya, Pian berpindah ke sebuah apartment lain. Kehidupan baru Bob bermula selepas berpindah dan bertemu dengan dua beradik iaitu Maya dan Liyana. Pada mulanya Liyana tidak menyenangi kehadiran Bob dan Pian kerana takut identiti mereka terbongkar.

Pelakon:
Zahiril Adzim
Sazzy Falak
Liyana Jasmay
Sufian Mohamed
Nurul
Rashidi Ishak
Yus Waisar
Syanie
Harun Salim Bachik
Faezah Elai
Nasrizal Ngasri
Dato’ Jalaluddin Hasan
Afdlin Shauki
Ruminah Sidek
Jehan Miskin

4 ulasan:

Designed By