aku manusia biasa yang sentiasa melakukan kesilapan, biar kesilapan yang sama berulang kali terjadi, sekeras batu sekali pun ego ku, airmata tak pernah kering dari mengalir, sampai datang satu masa fikiran bodoh datang menghasut untuk apa hidup didunia, di balas dengan gelak dan tawa,
aku diamkan diri tanpa teman tanpa sesiapa, aku lihat bayangan, selangkah aku kehadapan dia masih di belakang, aku berlari jauh, aku lihat dia masih di belakang, aku fikir aku bodoh! akhir aku sedar bayangan ku tetap di belakang dan akan sentiasa di belakang, aku biarkan ia, aku berjalan tanpa perdulikannya,
letih yang ku rasa, sakit yang ku rasa kerna lari dari bayangan, aku tekad mambencinya, aku takut melihatnya, kerana dia aku sengsara, tapi aku sedar mana mungkin ada kehidupan tanpa bayangan, kecuali dalam kegelapan..
aku harus di persalahkan kerna aku manusia biasa, aku harus di benci kerna aku manusia biasa? kau campak aku kerna aku tak sempurna, kau buang aku kerna aku tak berguna, kau letakkan harga pada sebuah kasih sayang dan cinta, aku hanya mampu membayar dengan derita dan sengsara?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan