Penyokong Bersih 3.0 atau lebih tepat, penyokong pembangkang nampaknya hangin satu badan dengan Johan Raja Lawak berikutan tindakannya berlakon dalam beberapa siri klip jenaka, Bangkang Dari Longkang.
Mungkin dengan anggapan hanya mereka layak menjerit-jerit di tengah bandaraya meluahkan pandangan mereka, maka tindakan Johan dilabel secara negatif.
Marah yang teramat sehinggakan ada yang telah membuka fan page memboikot pelawak terkenal itu.
Malah, sampai ke tahap mahu memaksa Johan tampil dengan video khas bagi memohon maaf kepada penyokong Bersih.
Kalau tak ikut apa yang mereka hendak, maka mereka akan memastikan Johan hilang rezeki kerana akan hilang peminat.
Seorang lagi artis, Afdlin Shauki juga terlibat daam klip berkenaan tetapi dia tidak diserang sangat. Tumpuan marah banyak berarah kepada Johan.
Namun, apa pun, dalam klip-klip berkenaan, tidak ada pun disebutkan nama Bersih 3.0, PKR, DAP, PAS atau Ambiga, entah mengapa terasa sangat.
Sampai nak paksa orang buat itu, buat ini, maki hamun apa semua.
Sabarlah, Johan seorang artis, apa yang dibuat itu sebahagian daripada kerja artis sepertinya, berlakon.
Takkan kena usik sikit dah melenting begitu sekali. Ia hanyalah klip yang dibuat secara umum, cuma siapa yang makan cili, dialah terasa pedasnya kan.
Menurut salah satu komen di fan page boikot Johan Raja Lawak, semasa Zizan bersama Ustaz Azhar Idrus dulu, dia dilihat kononnya pro Pakatan Rakyat, maka dia dipuji, Johan berlakon dalam klip berkenaan dan dilihat pro pemerintah, maka dimaki hamun.
Sikap double standard yang nyata sekali.
Jangan terbalikkan kereta Johan sudah la k.
P/S: haha kelakar laa, apa yg hangin sangat dengan Johan tu, bukan johan sorang je, ramai lagi yg berlakon tu kan kan, Johan dont worry i support u ok :D siapa makan cili dia la terasa pedasnya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan