Breaking News

Selasa, 22 Januari 2013

Home » , , » Nak tunggu 4 tahun lagi ke.

Nak tunggu 4 tahun lagi ke.




Bukanlah aku hendak membinasakan kerusi yang ada, tetapi dari apa yang mata kasar aku lihat tentang kehidupan ini, aku nampak dengan jelas betapa mereka membinasakan kerusi-kerusi panggung yang ada, dulu aku juga di bilang agar bersyukur kerana telah di beri kerusi yang selamat dengan seat beltnya sekali, mereka membuka panggung, mereka mengolah adengan negara-negara yang sedang di landa perang, lalu mereka berkata "lihatlah bertapa amannya kamu hidup disini, aku telah berikan kamu kerusi dan seat belt".

mereka butakan mata kita dengan panggung yang mereka reka sendiri, kita tak sedar mereka letakkan pisau di tengkuk kita, mereka hanya suruh kita mendongak tanpa melihat kebawah, jadi bagaimana kita nak sedar.

bila kita tanya kenapa jiran kita kerusi tak payah pakai seat belt mampu hidup dan maju, mereka kata jiran kita dah nak muflis, kita tanya kenapa jiran kita rumah kecik tapi mampu hidup tak pakai seat belt, mereka kata mereka tak lama lagi tutup pintu dengan perang periuk nasi tak cukup.


mereka suruh kita pinjam gadaian harta pusaka nenek moyang kita, mereka jadi kan kita bangsa yang berhutang dengan harta nenekmoyang sendiri, mereka jadikan kita di bebani masalah hutang. pada hal mereka mampu nak buang seat belt dalam rumah kita..

mereka cakap ayam berlari-lari kalau reban dia roboh. mereka ingat kita ni ayam ke.

teruskan perjuangan.

2 ulasan:

Designed By