Breaking News
Memaparkan catatan dengan label Cerpen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cerpen. Papar semua catatan

Jumaat, 14 Ogos 2020

Dialah yang menjaga kamu dari kecil

 dan aku tak dapat ungkapkan bagaimana riak wajahnya, gadis kecil ini, tertunduk dan mengalir airmatanya, tidak teresak sedaya upaya ditahannya, namun wajah kecilnya tetap basah dengan linangan airmata..


"dialah yang menjaga kamu dari kecil"


itulah kataku, tidak dapat menahan sebak, bila ku tatap wajahnya, sungguh perpisahan itu menyakitkan, lebih sakit bila aku melihat insan yang ku sayangi menitiskan airmatanya..


kepergiannya sementara namun amat di rasai, begitulah jika kasih tidak pernah sekali berenggang, tidak pernah di pisah oleh masa dan jauh.


ini pertama kalinya, kerana itu sakitnya begitu terasa, saban hari dia lemparkan senyum tawa dan sendanya, tangis dan jeritnya lah yang menghiasi setiap ruang sunyi kamar ini..


walau benar dia tidak mengerti apa-apa lagi, walau benar dia rindunya hilang seketika nanti, tapi bagaimana yang disini, seeratnya kasih terikat, zalimnya dunia ini..



Read more ...

Rabu, 26 Mac 2014

Titik permulaan perjuangan bhg. 1



Masa mula-mula gua nak berjinak dalam dunia Blog ni seawal tahun 2008, bermula cerita dia masa gua tengah bukak account Myspace, gua banyak menulis kat myspace, sampai satu hari gua pergi event Indie kat situ gua jumpa membe gua, nama dia terpaksa gua palsukan atas sebab gua tak nak nanti dia kembang semacam riak dan takbur, gua namakan dia farid buntal, farid buntal ni antara penulis legend di kalangan para karyawan seni underground, banyak buku-buku dia yg laris di pasaran gelap, walaupun sekarang dia dah tenggelam dibawa arus fesbuk.

kedai kopi wan mahmud menjadi markas perbincangan antara gua dan farid buntal, farid buntal ni muka dia memang agak buruk sikit dan pendek kata memang tak hensem la, kalau nak banding dengan bobo mungkin dia hensem sikit, jadi mungkin itu antara sebab kenapa dia selalu gagal dalam percintaan, antara tajuk hangat perbualan gua dan farid buntal adalah cinta, farid buntal selalu membahaskan adakah cinta berteraskan nafsu menjadi pilihan anak muda?

gua pernah bagitau dia "antara serpihan rindu itu adalah dendam kesumat, dengan ayat gua yg ringkas tu membuatkan farid buntal kagum dan jitu dengan bakat gua, dia pun memuji gua dengan hati yg tulus seraya berkata "lu muka dah la hensem dan pandai pula berkata-kata" gua dengan rendah hati tidak berani mempersoalkan kredibiliti beliau sebagai seorang legend..

pada malam berikutnya farid buntal sms gua ada benda hangat perlu dibincangkan katanya sekali lagi gua ke kedai kopi wan mahmud, pada malam itu gua order tea o ais limau tanpa biji, kedai warung wan mahmud menyediakan air minuman pada kadar berpatutan ketika itu bayangkan tea o ais limau hanya Rm1.20..

"Platform mana yg lu gunakan untuk berkarya?".. farid buntal menyoal gua sambil menghirup tongkat ali yg pada ketika itu berharga Rm2.00 ",apa maksud lu farid,... belum habis gua bertanya farid buntal lantas memintas laluan gua tanpa memberi signal terlebih dahulu, gua kurang gemar dengan sikap segelintir pemandu seperti ini? biadap sungguh!
",begini bro, gua nampak penulis muda semakin pupus, jadi gua nak lu semarakkan sikit dunia seni penulisan, gua yakin lu boleh asah sikit-sikit.'' tanda lega mula terpancar di wajah farid buntal lantas menyandarkan dirinya di bangku kayu milik wan mahmud, ".bro gua tak ada bakat bro." soal gua dengan muka kebiruan dengan gaya ala-ala pelakon beto kusyairi.

".ok la bro macam ni, gua bagi cadangan kat lu,

......bersambung.
Read more ...

Selasa, 25 Mac 2014

Tempat terjatuh lagi dikenang

Kisahnya begini sebenarnya, alamak macam mana gua nak mula ekk, pada suatu petang tu gua duduk dekat taman seksyen 18 sebelah UITM, kat situlah tempat gua lepak petang-petang, kadang-kadang malam, kat sebelah taman tu depan mydin ke tepi ekk, ada pasarmalam selalu lepas gua cuci mata tengok awek gua beli kepok lekor bersama oren jus yg tak berapa nak jus, ciss gua marah betul dengan peniaga pasar malam ni, tak reti nak pentingkan kualiti..

gua pun lepak la kat kerusi taman, sambil usya awek-awek dan kapel kapel kat situ, musibat betul!! gua cukup hangin dengan kapel kapel ni, lepak pegang2 raba2 gua perati je, bikin line panas, jiwa gua pun jadi tak tenteram..



kalau petang-petang gua lagi suka lepak sebab gua nampak budak-budak main baling selipar, selipar mana dia sebat pun gua tak tau, teringat pula masa kecik2 dulu gua paling cempien main baling selipar, cari pasal ngan gua selipar gua attack tepat kat dahi kehkeh...
sambil termenung duduk, gua layan jus oren tadi, gua pun try la berlagak nak cipta puisi, gua tengok line clear gua menyair sensorang, gua punya performance kalau lu tengok aron ajis, lu mesti nangis sebab gua lagi power...

sedap-sedap gua layan lagu sambil tulis puisi, telefon gua berdering, kringggggg.... panjang bunyi dia henpon gua paling canggih time tu kalau nak dibanding budak rumah gua pakai henpon sembilu bajet betul, gua pakai henpon sabun, skandal gua kol, gua letak nama skandal gua pelangi, kejadah apa pelangi pun gua tak tau, kat situ la gua memadu asmara dengan skandal gua, gua break pun kat situ, sekarang gua nak tengok tempat tu pun gua rasa musibat puiiii...sebab masa gua break dulu gua teremosi lebih sampai gua ternangis kat situ, kantoi pula dengan 3 ekor awek UITM dok usya. musibat bai...
Read more ...

Jumaat, 7 Mac 2014

Coretan lagi


Bukan diari.

kadang-kadang aku fikir hidup ni terlalu singkat...
itu bila aku lihat dari konteks masa lampau..
bila aku fikir masa hadapan... hmm...

setahun pun aku tak sanggup menunggu..

banyak yang aku lalui, satu satu cerita berganti tajuk dan nama..
watak masih sama...

perjalanan ku mungkin kan terhenti, tapi masa tak akan terhenti, mungkin bukan dalam masa terdekat ini..

jadi, apa yg perlu aku bawa.. atau apa yg perlu aku tinggalkan...
mungkin kerinduan.atau saja kebencian tapi siapa dan kenapa, mungkin persoalan yg kan ku bawa...

aku olah kan cebisan sisa sisa yg tersisa, sedikit demi sedekit, biar tak tersia.
cuma tak berhujung dan tak berpangkal.

kalian huraikan, biar tersimpul mati atau erat, agar aku mengerti apa yg kalian fahami.

aku coretkan titik titiknya, biar tak berirama, biar sumbang sekali pun..
tak akan ada ttik noktahnya..
Read more ...

Selasa, 17 Disember 2013

cinta dalam disleksia...

cinta dalam disleksia...

kenapa aku ungkapkan ayat ni, kerana seawal umur 7 tahun ku, aku mengalami disleksia, apakah disleksia, secara umumnya mungkin ramai yg tak mengetahui apakah itu disleksia, biar aku ungkapkan secara bahasa kasar manusia sejagat yg berakal tapi belum di asah, mereka menggelar kami "org yg bodoh" kerana kami sukar memahami sesuatu, lambat dalam pelajaran yg di ciptakan, senang cakap "lembab macam lembu" kami di klasifikasikan sebagai golongan "LOW CLASS" jadi kami disisihkan dari masyarakat kanak kanak sejagat, golongan seperti kami akan terlihat ciri-cirinya seperti memberontak, pembuli, diam bersama amarah, itu cara kami, melemparkan lembing tak berasah, akhirnya sampai di persimpangan kejahatan...

jadi, jika kamu melihat kanak kanak seperti ini adakah kamu memanggilnya bodoh hanya kerana kebodohan kamu yg tak mengetahui punca..

haruskah aku tandakan soal siapa yg bersalah? adakah kamu menyangka golongan seperti kami di ciptakan untuk kejahatan semata? adakah kamu menyangka golongan seperti kami di ciptakan untuk menjadi manusia yg tidak berguna?

timbang caci neraca mu, tak berpaksi di bumi.....

secebis tulisan ini biar tak berisi tak berseni, biar buta jahil, biar, asal sampai ke mata tusuk masuk ke kepala, cukup, biar kau mencaci, biar, kerna aku sudah lelah dan lelah terbiasa, biar kaki ku melangkah, biar terus kehadapan, biar terus langkah kanan walau tak berpijak di bumi...
Read more ...

Selasa, 1 Oktober 2013

Apa salah aku?

apa salah aku? apa salah aku? kau tanya apa salah kau?
apa kau dah tak kenal diri kau? apa salah aku?
diri kau sendiri kau boleh tanya? apa kau dah tak kenal siapa diri kau?

apa salah aku? apa aku dah buat?
apa yg kau dah buat? segala perbuatan dan pilihan kau?
kau boleh tanya?
pada siapa kau patut tanya sebenarnya?
apa aku dah buat? kau rasa siapa yg layak jawap soalan kau ni?
apa aku dah buat? kenapa jadi macam ni? apa salah aku?

jadi demi nak melupakan masalah kau ni,
kau nak memberontak kau nak cuba tunjuk pada satu dunia?
kau silap? kau ingat ada org yg akan hulurkan tangan,
kau ingat ada org yg akan suluhkan jalan?
kau berharap pada siapa? siapa yg kau rasa mampu?

Read more ...

Isnin, 25 Mac 2013

Coretan Seorang Banduan. +

Aku cuba tangisi setiap detik pada hari ini, aku kesali setiap jalan yg aku pilih, putih hitam, namun aku pilih kegelapan, dinding dinding, besi besi ini aku tatapi saban hari, sudah hampir luput tangisanku, aku lemparkan padanya, setiap detik waktu berlalu aku hitung, yg pada waktu dahulunya aku sering lupa akan dengan masa, mengapa hari ini aku hitung aku ingati setiap detiknya, aku nanti setiap detik seterusnya.
selang beberapa minit lagi, aku bakal dihidangkan dengan jamuan sangkar besi, tidak ada pilihan kecuali isi perut ini, atau ku biar saja tak berisi, biar sama seperti hidup ini, setiap langkah baruku, aku hitung, aku pejam mata, bila celik saja mata ini, puluhan anak-anak mata memandang tegang ke arahku, berbahaya sungguh aku pada kalian, aku tersenyum sinis, ahh siapapun kau lebelnya disini kau sama bajingan seperti aku, biar aku nyalakan lagi api ini dari aku biar ia terbakar dengan sendirinya, biar aku sedia.....

Segala persoalan aku biarkan tanpa soal...


Read more ...

Jumaat, 22 Mac 2013

Coretan seorang banduan.

Aku ingin jadikan cerita ku sebagai teladan dan sempadan kepada persoalan yg bersimpang, aku digelar banduan, kiri kanan depan belakang ku besi, katil ku berlantai dan berbantalkan simen, dunia luar ku hanya tinggal imaginasi, cinta ku hanya khayalan, bukan aku tempah kehidupan ini bukan juga aku memilih, kehidupan...
Read more ...

Selasa, 18 Disember 2012

Mɪsᴛᴇʀɪ Sᴇʙᴜᴀʜ Pᴏʜᴏɴ: Aᴋᴜ ʙᴜᴋᴀɴ Sᴇᴏʀᴀɴɢ ᴘᴇᴍʙᴜɴᴜʜ.




ᴀᴋᴜ ɪɴɢɪɴ ᴋᴏɴɢsɪ ᴋᴀɴ ᴄᴇʀɪᴛᴀ sᴇʀᴀᴍ ʏᴀɴɢ ᴍᴇɴʏᴀʏᴀᴛ ʜᴀᴛɪ ɪɴɪ ᴋᴇᴘᴀᴅᴀ sᴇᴍᴜᴀ ᴘᴇᴍʙᴀᴄᴀ, ᴅɪ ʜᴀʀᴀᴘ ᴀɴᴅᴀ ᴅᴀᴘᴀᴛ ᴍᴇɴɪʟᴀɪ ᴀᴘᴀ ʏɢ ʜᴇɴᴅᴀᴋ ᴀᴋᴜ sᴀᴍᴘᴀɪᴋᴀɴ. ɴᴀᴍᴀ ᴀᴋᴜ ᴀᴍʀɪ ʀᴏᴋᴀ. ᴛᴀᴘɪ ᴛᴜ ʙᴜᴋᴀɴ ɴᴀᴍᴀ sᴇʙᴇɴᴀʀ ᴋᴜ ᴋᴇʀᴀɴᴀ ɴᴀᴍᴀ ᴀᴋᴜ ᴀᴅᴀʟᴀʜ ʀᴀʜsɪᴀ ᴅᴇᴍɪ ᴍᴇɴᴊᴀɢᴀ ᴋᴇsᴇʟᴀᴍᴀᴛᴀɴ ᴅɪʀɪ ᴋᴜ sᴇɴᴅɪʀɪ.

ᴄᴇʀɪᴛᴀɴʏᴀ ʙᴇʀᴍᴜʟᴀ ʙᴇɢɪɴɪ, ᴘᴀᴅᴀ sᴜᴀᴛᴜ ᴍᴀʟᴀᴍ ᴀᴋᴜ ʙᴇʀsᴇᴏʀᴀɴɢ ᴅɪ sᴇʙᴜᴀʜ ʀᴜᴍᴀʜ ʏᴀɴɢ ᴊᴀᴜʜ ᴅɪ ʜᴜᴊᴜɴɢ ᴋᴀᴍᴘᴜɴɢ, ᴀᴋᴜ ʙᴀʀᴜ sᴀʜᴀᴊᴀ ᴍᴇɴʏᴇᴡᴀ ᴅɪ ʀᴜᴍᴀʜ ɪɴɪ ᴋᴇʀᴀɴᴀ ɪɴɪ ᴀɴᴛᴀʀᴀ ʀᴜᴍᴀʜ ʏᴀɴɢ ᴘᴀʟɪɴɢ ᴍᴜʀᴀʜ, ʙᴀᴊᴇᴛ ᴀᴋᴜ ᴋᴇᴛɪᴋᴀ ɪᴛᴜ ᴛᴀᴋ ᴄᴜᴋᴜᴘ, ᴋᴇʀᴀɴᴀ ᴀᴋᴜ sᴇᴅᴀɴɢ ᴍᴇɴɢᴜᴍᴘᴜʟ RM 10ᴋ ᴜɴᴛᴜᴋ ʜᴀɴᴛᴀʀᴀɴ ᴋᴀᴡᴇɴ ʀᴏʜᴀɴᴀ ᴀɴᴀᴋ ᴋᴇᴛᴜᴀ ᴋᴀᴍᴘᴜɴɢ sᴇʙᴇʟᴀʜ, ᴍᴇᴍᴀɴᴅᴀɴɢᴋᴀɴ ʀᴜᴍᴀʜ ɪɴɪ ᴊᴀᴜʜ ᴅɪ ʜᴜᴊᴜɴɢ ᴋᴀᴍᴘᴜɴɢ ᴍᴀᴋᴀ ᴊᴀʀᴀɴɢ sᴇᴋᴀʟɪ ʟᴀ ᴘᴇɴᴅᴜᴅᴜᴋ ᴋᴀᴍᴘᴜɴɢ ᴍᴇʟᴀʟᴜɪ ᴊᴀʟᴀɴ ʏɢ ʙᴇʀʜᴀᴍᴘɪʀᴀɴ ʀᴜᴍᴀʜ ɴɪ, ʟᴇʙɪʜ-ʟᴇʙɪʜ ʟᴀɢɪ ᴅɪ ᴅᴇᴘᴀɴ ʀᴜᴍᴀʜ sᴇᴡᴀ ᴀᴋᴜ ɴɪ ᴛᴇʀᴅᴀᴘᴀᴛ sᴇʙᴀᴛᴀɴɢ ᴘᴏᴋᴏᴋ ʏᴀɴɢ ʙᴇsᴀʀ dan ᴀᴋᴀʀ-ᴀᴋᴀʀɴʏᴀ ʏɢ ʙᴇsᴀʀ ᴅᴀɴ ʙᴇʀsᴇʀᴀʙᴜᴛ ᴍᴇᴍʙᴜᴀᴛᴋᴀɴɴʏᴀ ᴍᴇɴᴊᴀᴅɪ ʟᴇʙɪʜ ᴋᴇʟɪʜᴀᴛᴀɴ sᴇʀᴀᴍ ᴡᴀʟᴀᴜᴘᴜɴ ᴘᴀᴅᴀ ᴡᴀᴋᴛᴜ sɪᴀɴɢ, ᴍᴇɴᴜʀᴜᴛ ᴍᴀᴋ ᴊɪʜᴀ, ᴘᴇɴᴅᴜᴅᴜᴋ ᴋᴀᴍᴘᴜɴɢ ᴛɪᴅᴀᴋ ʙᴇʀᴀɴɪ ᴜɴᴛᴜᴋ ᴍᴇɴᴇʙᴀɴɢ ᴘᴏᴋᴏᴋ ᴛᴇʀsᴇʙᴜᴛ ᴋᴇʀᴀɴᴀ ᴘᴇʀɴᴀʜ sᴇᴏʀᴀɴɢ ᴘᴇɴᴅᴜᴅᴜᴋ ᴋᴀᴍᴘᴜɴɢ ʏɢ ᴅɪ ᴋᴇɴᴀʟɪ sᴇʙᴀɢᴀɪ ᴘɪᴀɴ ᴅᴜɢᴜ ᴛᴇʟᴀʜ ᴄᴜʙᴀ ᴍᴇɴᴇʙᴀɴɢ ᴘᴏᴋᴏᴋ ᴛᴇʀsᴇʙᴜᴛ, ᴛᴀᴘɪ ᴍᴀʟᴀɴɢɴʏᴀ ᴍᴀʟᴀᴍ sᴇʙᴇʟᴜᴍ ᴅɪᴀ ᴍᴇɴᴇʙᴀɴɢ ᴘᴏᴋᴏᴋ ᴛᴇʀsᴇʙᴜᴛ ᴅɪᴀ ᴛᴇʟᴀʜ ᴅɪ ᴛᴇᴍᴜᴀɪ ᴍᴀᴛɪ ᴀᴋɪʙᴀᴛ ᴛᴇʀᴊᴀᴛᴜʜ ᴅᴀʀɪ ᴛᴀɴɢɢᴀ ᴅᴀɴ ᴅᴀᴅᴀɴʏᴀ ᴛᴇʀᴋᴇɴᴀ ᴋᴀᴘᴀᴋ ʏɢ ᴅɪ ᴘᴇɢᴀɴɢɴʏᴀ ᴜɴᴛᴜᴋ ᴍᴇɴᴇʙᴀɴɢ ᴘᴏᴋᴏᴋ ᴛᴇʀsᴇʙᴜᴛ,

ᴘᴇɴᴅᴜᴅᴜᴋ ᴋᴀᴍᴘᴜɴɢ ᴘᴇʀᴄᴀʏᴀ ɪᴀɴʏᴀ ʙᴜᴋᴀɴ ᴋᴇᴊᴀᴅɪᴀɴ ᴊᴇɴᴀʏᴀʜ ᴀᴛᴀᴜ ᴋᴇᴍᴀʟᴀɴɢᴀɴ ʙɪᴀsᴀ, ᴍᴇʀᴇᴋᴀ ᴘᴇʀᴄᴀʏᴀ ɪᴀ ᴀɴɢᴋᴀʀᴀ sɪ ᴘᴇɴᴜɴɢɢᴜ ᴘᴏᴋᴏᴋ ʙᴇsᴀʀ ᴛᴇʀsᴇʙᴜᴛ ʏɢ ᴍᴀʀᴀʜ ᴅᴇɴɢᴀɴ ᴛɪɴᴅᴀᴋᴀɴ ᴘɪᴀɴ ᴅᴜɢᴜ ʏɢ ᴄᴜʙᴀ ᴍᴇɴᴇʙᴀɴɢ ᴘᴏᴋᴏᴋ ᴛᴇʀsᴇʙᴜᴛ, ᴀᴋɪʙᴀᴛ ᴅᴀʀɪ ᴋᴇᴊᴀᴅɪᴀɴ ɪᴛᴜ ᴘᴇɴᴅᴜᴅᴜᴋ ᴋᴀᴍᴘᴜɴɢ ᴍᴇɴᴊᴀᴅɪ sᴇᴍᴀᴋɪɴ ᴛᴀᴋᴜᴛ ᴅᴇɴɢᴀɴ ᴘᴏᴋᴏᴋ ʙᴇsᴀʀ ᴍɪsᴛᴇʀɪ ɪᴛᴜ, ᴄᴇʀɪᴛᴀ ᴍᴇɴɢᴇɴᴀɪ ᴘᴏᴋᴏᴋ ʙᴇsᴀʀ ɪᴛᴜ sᴇᴍᴀᴋɪɴ ᴍᴇɴᴅᴀᴘᴀᴛ ᴘᴇʀʜᴀᴛɪᴀɴ ᴅᴀʀɪ ᴘᴇʟʙᴀɢᴀɪ ᴘɪʜᴀᴋ, ᴅᴀʀɪ ᴋᴀɴᴀᴋ-ᴋᴀɴᴀᴋ sᴇʜɪɴɢɢᴀʟᴀʜ ʏɢ ᴅᴇᴡᴀsᴀ, ᴅᴀɴ ᴘᴇʟʙᴀɢᴀɪ ᴠᴇʀsɪ ᴄᴇʀɪᴛᴀ ᴊᴜɢᴀ ʏɢ ᴛɪᴍʙᴜʟ, ᴀᴅᴀ ʏɢ ᴍᴇɴɢᴀᴛᴀᴋᴀɴ ᴘᴀᴅᴀ sᴜᴀᴛᴜ ᴍᴀsᴀ ᴅᴀʜᴜʟᴜ ᴀᴅᴀ sᴇʙᴜᴀʜ ᴋᴇʟᴜᴀʀɢᴀ ʏɢ ᴛɪɴɢɢᴀʟ ᴅɪ ʀᴜᴍᴀʜ ɪᴛᴜ ᴅᴀɴ ᴍᴇʀᴇᴋᴀ ᴅɪ ʙᴜɴᴜʜ ᴅᴇɴɢᴀɴ ᴋᴇᴊᴀᴍ ᴅᴀɴ ᴍᴀʏᴀᴛ ᴍᴇʀᴇᴋᴀ ᴅɪ ᴛᴀɴᴀᴍ ᴅɪ ʙᴀᴡᴀʜ ᴘᴏᴋᴏᴋ ʙᴇsᴀʀ ɪᴛᴜ, ᴀᴅᴀ ᴊᴜɢᴀ ᴠᴇʀsɪ ʟᴀɪɴ ʏɢ ᴍᴇɴɢᴀᴛᴀᴋᴀɴ ᴘᴀᴅᴀ ᴢᴀᴍᴀɴ ᴘᴇᴍᴇʀɪɴᴛᴀʜᴀɴ ᴊᴇᴘᴜɴ ᴅᴀʜᴜʟᴜ, ᴀᴅᴀ sᴇᴏʀᴀɴɢ ʙᴏᴍᴏʜ ʏɢ ᴍᴇɴɢᴀᴍᴀʟᴋᴀɴ ɪʟᴍᴜ ʜɪᴛᴀᴍ ᴜɴᴛᴜᴋ ᴍᴇɴʏᴀɴᴛᴀᴜ ᴘᴀʀᴀ ᴛᴇɴᴛᴇʀᴀ ᴊᴇᴘᴜɴ ɴᴀᴍᴜɴ ᴘᴀᴅᴀ sᴜᴀᴛᴜ ʜᴀʀɪ ʙᴏᴍᴏʜ ᴛᴇʀsᴇʙᴜᴛ ᴛᴇʟᴀʜ ᴅɪ ᴛᴀɴɢᴋᴀᴘ ᴏʟᴇʜ ᴛᴇɴᴛᴇʀᴀ ᴊᴇᴘᴜɴ ᴅᴀɴ ʙᴏᴍᴏʜ ᴛᴇʀsᴇʙᴜᴛ ᴛᴇʟᴀʜ ᴅɪ ᴊᴀᴛᴜʜɪ ʜᴜᴋᴜᴍᴀɴ ᴘᴀɴᴄᴜɴɢ ᴅᴀɴ sᴇʟᴇᴘᴀs ᴅɪ ᴘᴀɴᴄᴜɴɢ ʙᴀᴅᴀɴ ᴅᴀ ᴋᴇᴘᴀʟᴀ ʙᴏᴍᴏʜ ᴛᴇʀsᴇʙᴜᴛ ᴛᴇʟᴀʜ ᴅɪ ᴛᴀɴᴀᴍ sᴇᴄᴀʀᴀ ʙᴇʀsᴇʙᴇʟᴀʜᴀɴ ᴅɪ ᴘᴏᴋᴏᴋ ʙᴇsᴀʀ ᴛᴇʀsᴇʙᴜᴛ,  ɴᴀᴍᴜɴ ʜᴀʀɪ ᴅᴇᴍɪ ʜᴀʀɪ sᴇᴍᴀᴋɪɴ ʙᴀɴʏᴀᴋ ᴍɪsᴛᴇʀɪ ᴅᴀɴ ᴍɪᴛᴏs ᴍᴇɴɢᴇɴᴀɪ ᴘᴏᴋᴏᴋ ʙᴇsᴀʀ ɪᴛᴜ, ᴛᴀᴘɪ ᴀᴘᴀᴋᴀɴ ᴅᴀʏᴀ sᴇᴍᴀsᴀ ᴀᴋᴜ ʜᴇɴᴅᴀᴋ ᴍᴇɴʏᴇᴡᴀ ᴅᴀʜᴜʟᴜ ᴛᴜᴀɴ ʀᴜᴍᴀʜ ᴛɪᴅᴀᴋ ᴘᴇʀɴᴀʜ ᴍᴇɴᴄᴇʀɪᴛᴀᴋᴀɴ ᴍᴇɴɢᴇɴᴀɪ ᴍɪsᴛᴇʀɪ ᴘᴏᴋᴏᴋ ʙᴇsᴀʀ ᴛᴇʀsᴇʙᴜᴛ, ᴅᴀɴ ᴀᴋᴜ ᴘᴜɴ ᴛɪᴅᴀᴋ ᴘᴇʀɴᴀʜ ʙᴇʀᴊᴜᴍᴘᴀ ᴅᴇɴɢᴀɴ ᴛᴜᴀɴ ʀᴜᴍᴀʜ ᴋᴇʀᴀɴᴀ sᴇɢᴀʟᴀ ᴜʀᴜsᴀɴ ʜᴀɴʏᴀ ᴅɪ ᴊᴀʟᴀɴ ᴋᴀɴ ᴍᴇʟᴀʟᴜɪ ᴛᴇʟᴇғᴏɴ ᴅᴀɴ sᴜʀᴀᴛ ᴍᴇɴʏᴜʀᴀᴛ.


Read more ...

Sabtu, 8 Disember 2012

Kegagalan, seungkap kata seorang anak lelaki.


Chapter One.

Mungkin azizie tak pernah terbayang akan ada hari yang teramat sedih muncul dalam hidupnya, march 2010 azizie mendapat berita akan pertunangan norul imani, tidak ada apa-apa yang mampu di bayanginya selain kesedihan dan kesakitan, penantian dan impian yg di harap musnah begitu sahaja, azizie berdiri di balkoni kondo yang tinggi sambil merenung jauh ke bawah, terfikir sejenak untuk terjun ke bawah agar segala kesakitan yang di rasa lenyap bersama, azizie lantas mencapai mp3 recorder lalu di tekan punat button merahnya, 

semua dah berkhir, mungkin benar apa yang kau bagitau dulu, cinta tak semestinya dimiliki, aku cuba menerima dengan redha dan pasrah, tapi aku tak berdaya, aku tak pernah kenal kebahgiaan sebelum ku kenal kau, setiap saat aku menanti kau, setiap malam aku menanti agar kau muncul walau dalam mimpi” 

azizie terhenti seketika, fikirannya menjadi kosong, tiba-tiba dia teringat kali terakhir dia berjumpa dengan norul setiap bait-bait ayat yang dilafaz norul segar di ingatan, 

zie, dengar sini norul tak boleh terima zie, norul sayangkan zie, sebagai seorang sahabat, norul janji akan sentiasa jadi sahabat zie norul akan jaga zie sebagai seorang sahabat, tapi norul nak zie tolong norul, jaga diri zie tuk norul, norul cuma harap zie faham dengan situasi norul, zie apa yang norul belajar dan faham cinta tak semestinya dimiliki, norul harap zie pun faham dan belajar, walaupun norul tak dapat jaga zie, tapi norul percaya zie akan tunaikan permintaan norul, teruskan hidup cari kebahgiaan zie, maafkan norul, kita akan jadi sahabat.” 

Itulah hari terakhir azizie melihat wajah norul, setelah bertahun berlalu akhirnya khabar pertunangannya tiba, walaupun azizie sedar yang hari ini akan tiba jua, namun melawan perasaan cinta bukanlah semudah yang di sangka, “norul aku akan tunaikan janji aku” dan azizie terus mematikan recordernya, sejenak dia termenung melihat akan keindahan malam yang bersinar,

“malam sungguh ceria, bintang berseri tapi sayang hatiku mati” 


Read more ...

Rabu, 7 November 2012

KERETAPI.



KERETAPI.

kami duduk bertentangan. aku tak mampu bersuara, aku tak pasti apa yg aku buat ni betul atau salah. fara amira natasya yg ingin pergi jauh kerana tak mahu di jodoh kan dengan lelaki pilihan keluarganya. fara amira natasya seorang gadis yg manja tapi agak pendiam dan banyak habis kan masa dengan melukis, dan aku adalah kawan baiknya.

walaupun aku kawan baiknya tapi ntah kenapa kami tak banyak berbual dan kalau bertemu kami banyak habiskan masa dengan mendiamkan diri, tapi dalam perjalanan kami yg tiada hala tuju ni fara kelihatan agak muram dan banyak habiskan masa dengan melukis. aku hanya memerhatikan, sepanjang 3 jam perjalanan fara hanya diam, aku terima sms dari fara pagi tadi yg tertulis "teman saya nak pergi jauh jgn tanya apa apa, jumpa kat kl sentral"

1 jam kemudian.


"fara awak dah makan" fara hanya diam dan memandang aku, lalu aku pergi membeli sedekit makanan, aku tertanya-tanya kenapa gadis yg tinggi lampai bak modeling seperti fara amira natasya ni menjadi seorang yg sangat dingin..

Sementara di rumah kedua ibu bapa fara, keadaan agak tegang, ibu fara begitu marah dengan tindakan fara, 'abg kena pergi report polis, kalau dia kawin lari ikut jantan macam mana, ini semua salah abg' marah ibu fara kepada ayah fara, 'heh elok la tu yg awak nak paksa budak tu kawin kenapa kan dia dah kawin lari saya tak nak masuk campur' kata ayah fara sambil tersenyum sinis.

sebelum fara pergi dia sempat berjumpa ayahnya dan meminta izin dari ayahnya, sejak dari kecil fara memang rapat dengan ayahnya, nasib la ayahnya seorang yg memahami.

Read more ...

Selasa, 23 Oktober 2012

Aku dan cinta EdRa.....part1



illyaz "er~~saya suka awak", 'dengan nada yang gugup'

wahi "kenapa awak cakap macam ni? awak suka saya haha? 'wahi agak terkejut'

'illyaz kaku dan terdiam'

illyaz "er~~ lawak ke,sebab awak baik" 'masih lagi gugup dan tidak yakin'

wahi "even awak tak kenal saya lagi? mane awak tau saya baik"

illyaz "saya dapat rasa"

wahi "macammane awak boleh rasa,
awak soal ni tak boleh main rasa-rasa"

illyaz "er~~hati saya yang cakap"

wahi "adakah hati awak kenal saya"

illyaz "tak,er maksud saya yer,dia hanya melihat dari mata saya"
'illyaz semakin kehilangan idea dan buntu malu pun ada hai der'

'alamak illyaz kau tak boleh suka aku,aku tau kau baik'' bisik hati wahi
Read more ...

Khamis, 19 Julai 2012

Love story gua...

biasa la love story semua org ada love story kan, gua pun ada jugak, gua nak cerita sikit la pasal love story gua, sebab gua tetiba teringat masa dengarlagu jangan pisahkan dari phyne ballerz hahaa, time tu lagu tu femeys hehe..

kalau tak silap gua la masa tu gua muda remaja lagi sekitar penghujung tahun 2004 haa, masa tu gua memang jambu habis la, peminat gua perhh ramai beb hahaha, banyak jugak gua pernah dapat surat cinta la surat nak kenal la surat nak jadi adik angkat laa, waaa plss la, zaman tu gua merasa la guna posmen karat bhahaha... tapi plss ea gua tak pernah reply...

cerita bermula masa tu gua stay kat rumah nenek sedara gua kat shah alam, adalah sorang minah ni sampai hari ni gua ingat lagi la sebab tragedi la kira, gua memang admire gila la dengan dia tapi gua tak pernah bagitau dia, sampai satu hari tu cousin dia kantoi kan gua..

time cuti2 kan gua tolong mak sedara dia buat katering oww, masa tu dia pun ada kat situ memang gua rasa heaven gila la mana taknya gua handle dengan dia bhahaha, benda normal la bagi gua, gua kalau memang suka gila aaaa, gua memang jadi bisu depan awek kelu lidah, puihhhhhh,,,

gua selalu bagi dia sakit hati adalah, ada satu hari tu gua pernah terbahan dia sampai dia nangis owww, tapi gua buat bodo innocent gua je, tapi dalam hati gua rasa
bersalah beb...

ada satu hari tu gua beli majalah utopia, dalam tu ada tulis macam ni tau, "kalau lu suka dia tapi lu tak bagitau dia, satu hari nanti lu akan menyesal sebab lu tak pernah ambik peluang tuk bagitau dia, yg lu suka dia"

gua rasa nak bakar je utopia tu, satu malam gua tak tido sebab utopia , weekend tu dia datang, gua dapat jumpa dia time weekend je hehe...

kitorang plan la reramai nak tengok wayang konon cite the lord of the ring kalau tak silap, tapi biasa la gua ego agak bangang time tu, plan tak jalan sebab gua bengang pasal apa tah dengan dia, kann... last-last kitorg lepak kat subang prade je dia tak ikot sebab bengang dengan gua jgk bhahahaa...

mengenangkan utopia punya pasal, gua ada chance tau nak bagitau dia, sebab masa tu gua kat taman padang bola, gua dengan dia je lepak budak lain main bola, gua diam dekat 1 jam 10 minit jugak laa.. bangang tak gua bhahaha

masa nak balik la gua tertanya jugak, gua tanya la kenapa lu garang sangat kat gua, dia diam, gua pun diam laa, lama sikit tu dia cakap "sebab lu selalu sakitkan hati gua".. gua pun diam... ooww ye ke.. gua pun diam.. gua kelu. lidah gua jem trafik light kat otak gua kuning jeemm hahaha...

lastly macam biasa la, gua tak tau apa sumpahan yg gua terkena kan gua memang tak habis-habis gaduh dengan dia, macam mana nak cakap aaaa gaduh macam membahan laa, dia ego, gua pun ego... dia pun boleh tahan kerek sama gua owww...

ni gua banyak cut cut tau kalau nak cerita 28 episode tak habis, ada satu detik tu laa gua call dia tapi time tu gua pakai public phone je hehe.. gua borak dengan dia lama bhaii, seyes lama, gua rasa macam heaven gilerr sebab tak gaduh langsung haha.. masa tu dah dekat sebulan tak jumpa hehe, rindu konon...

tapi asal jumpa gaduh balik wat derr heckkk, gua tensen laa jugak, gua cut la ea senang, lastly laa member baik gua potong jalan, dia ayat sampai dorang couple, lu boleh bayang laa hati gua acane ea, member gua tau yg gua syokk kat dia,

start tu la gua hidup no friend no gf.. gua benci nak ada kawan baik sebab tu laa, ikot pepatah bahasa english memang la best man win, tapi lu ada akal lu fikir la sendiri, lepas peristiwa tu gua dah tak nak jumpa dia, last gua jumpa dia taun 2005..

nasihat gua kat lu semua yg berjaya baca cite ni sampai habis ialah, kalau lu suka seseorang lu jangan buat macam yg gua dah buat, gua bukan pandai sangat bab ni gua pun selalu bad luck dalam cinta, tapi lu orang boleh nampakkan kat mana bangangnya gua, gua lebihkan ego gua, gua tak jaga hati dia gua tak ambik peluang yg ada,

lastly la gua nak cakap dia tak pernah tau yg gua pernah suka dia gilerr2...

ni based on true story k gua tak reka, just penggunaan bahasa je la, dengan gua cut cut hehe... tapi pape pun bagi gua cinta tetap ada satu yaitu cintailah dia yg maha mencintai :)
Read more ...

Rabu, 14 Mac 2012

Alamak gua Rock.

ehh "ehh lu cantik la gua nak ngorat lu boleh x?"

eiiii alamakkk dia x layan pulak, ehh gua mintak izin nak ngorat lu minah, aaaa x cukup sopan santun lagi ke,

alamakk da lapan taun gua single, alooo bro nama gua kapak, nama penuh lu boleh tengok kat profile gua, gua berasal dari mana mana je bro, sebab gua sedar sedar je gua kat tong sampah, seluar gua koyak2 bro sebab gua rrrockkk, tapi itu yang nampak bro, yang x nampak gua mana mampu nak beli seluar baru =.='

bro, kadang-kadang gua layan jugak lagu rabbani, gua solat lima waktu bro, rockk2 jugak bro, masa depan gua fikir jugak bro, tapi bro taraf rock gua masyarakat pandang sama taraf dengan mat rempit,

bro lu mesti x tau mat rock macam gua ni la yang selalu ada masalah cinta
Read more ...

Ahad, 4 Mac 2012

Drama tipikal!


kenapa awak nangis?

eh mane ada? (sambil kesat airmata) sobs3

nah (sambil menghulur tisu) ambik laa..

nak buat apa aku tak nangis pun, aku tak perlu pun,

memang laa, saya nak suruh awak lap muka awak,

kau nak apa!

saya tak nak apa-apa, boleh saya duduk sebelah awak,

tak payah laa, nanti kena tangkap basah,

ini kan tempat terbuka, awak nak saya berdiri je,

kau balik je laa,

putus cinta ke,

ehh mana ada, kau ni tengah buat drama tv ke ape?

emm boleh jugak, tapi awak jadi extra je la :)

gila aku layan kau ni,

.....terus blahh!

kalau awak nak esok saya boleh bawak tisu lagi,

ehh kau diam laa... =.='
Read more ...

Isnin, 24 Oktober 2011

KL Dancer 2.0


time: malam.
lokasi: Tepi lorong, jalan Lorong 2.

Masa tengah syok2 aku jalan punya jalan,
tiba2 aku dengar suara org mintak tolong, mcm bunyi kesakitan
'ehh bahaya2 dekat lorong gelap malam-malam mcm ni,
ini mesti mat pet aaa tak pun mat klepet"

bisik hati aku, tiba2 sayup-sayup suara mamat tu

'aku bukan mat pet la mangkok'
ehh macam mana dia tau apa yg aku fikir,
aku pun dah fikir lain aaa ni mesti hantu,

baru aku nak angkat kaki cabut,
mamat tu muncul perlahan-lahan sambil berkata,

'tolong bro aku kena belasah',
Read more ...

Sabtu, 22 Oktober 2011

KL Dancer 1.0


Kokokookookkokkkokkokk [bunyik ayam berkoko]
Aaaaghh Bangun pagi.. dengar bunyik alam, bayangkanlah macam mana perasaannya kan..
bangun pagi tak semudah macam lagu kodomo lion,
~bangun pagi gosok gigi saya guna kodomo lion~,

lebih2 lagi bila mimpi yang indah, terbantut dek kerana terpaksa bangun pagi, tapi tu la lumrah hidup, nak hidup dengan sesuap nasik kena la bangun pagi, tapi tak apa ini cerita kemudian,

Nama aku adam, bukan adam af, aku lebih hensem dari dia ok, dah hampir lima tahun aku merempatkan diri di kotaraya yg besar ni, tapi taklah sebesar kotaraya texas kan, aku berkerja di sebuah tempat letak kereta bermeter pada siang hari, pada malam hari aku adalah superhero, aaaa jangan salah paham ini bukan cerita superhero macam batman atau superman, superhero yg aku maksudkan ialah (music rap) dancer,
Read more ...

Khamis, 13 Oktober 2011

Cerita Lelaki Yang Bodoh!

Ada sebuah kisah dimana jalan ceritanya tak pernah indah macam cerita yang sedia ada, seorang lelaki yang lahir ke dunia walaupun nampak lengkap dari mata kasar yang boleh dikatakan sempurna bagi kelahiran manusia di dunia ini, tapi itu tidaklah menggambarkan dia sempurna..

Di awal cerita penuh dengan masalah dan kacau bilau, sebenarnya di tengah-tengah dan di akhir cerita pun sama..

Perjalanan bersama-sama detik-detik masa dalam mencari diri sendiri dan tujuan hidup, dugaan tak payah la nak sebut sangat, masalah dan kacau bilau yang sering di timbulkan mamat ni ialah umpama bayang-bayang yang sentiasa mengekori

Read more ...

Jumaat, 16 September 2011

biarkan aku melangkah pergi

Awak.

Awak ingat lagi tak masa saya melamar awak dahulu?

Masa tu awak tengah tidur

Saya hantar SMS kat awak

Saya kata

Saya nak melamar awak

Melamar untuk menjadi pemaisuri dalam hati saya

Saya tunggu lama msg reply dari awak

Tepat 7.00 pagi

Handset saya berbunyi tanda incoming msg

Saya ambil handset tu dan buka
Read more ...

Rabu, 14 September 2011

Tajuk Cerpen Ni: Tolonglah Baca Kejap. terima kasih.

kepala aku tengah ngiongg3..
tak tentu arah, dah dua hari rasanya since dia tak berapa nak sihat,
bukan tak berapa lagi? dia memang tak sihat,
sungguh tak tentu arah hidup aku,
ye! mana taknya aku tak mampu nak buat apa-apa,
memang teruk, tapi ada lagi yang teruk,
malas nak cerita la,

chuxx gadis yang manja comel periang, pelengkap hidup aku,
itu memang sangat jiwang dude,
tapi aku bercakap tentang kebenaran dalam hati aku,
yahh walaupun dia tak ada kat depan mata aku,
aku tak tau apa yang dia buat, dia ok ke tak,
even aku tau dia tak ok, pelbagai dugaan yang datang,
satu, satu, eh kadang-kadang sekali 3 datang,

Read more ...
Designed By