Breaking News
Memaparkan catatan dengan label info. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label info. Papar semua catatan

Jumaat, 2 Januari 2015

Para gadis berhati hati mungkin anda yang serusnya ?


Perlu anda ketahui terutamanya pada gadis-gadis yang comel yang gemar memuat naik gambar selfie mahupun gambar mereka dilaman sosial terutamanya facebook instagram twitter dan wechat.

selain dari page-page parody kini page yang memaparkan koleksi gambar-gambar gadis comel dan seksi giat tumbuh dan menjadikan gambar-gambar gadis yang mereka curi sebagai subjek perbincangan, kami pasti topik mereka bukanlah tentang menu memasak ayam masak kicap.

tidak kurang juga yang mengecam tindakan para gadis yang berpakaian seksi walaupun bertudung dan meng'upload dilaman sosial dengan mendedahkan aset-aset yang menghairahkan.

jadi kami nasihatkan kepada para gadis diluar sana supaya berhati-hati sebelum anda menjadi mangsa page-page yang tidak bertanggungjawap ini, dari tinjauan kami juga mendapati sumber page-page tersebut adalah dari likers mereka sendiri yang menyumbangkan "Bahan" jadi ini bermakna mungkin ada diantara rakan anda sendiri yang melakukannya?

jadi mungkin anda yang seterusnya? siapa tahu...
Read more ...

Selasa, 11 November 2014

Orang ramai berang dengan JPJ

Banyak pihak yg mengecam tindakan jpj yg dikatakan begitu "rajin menjalankan tugas" dan giat mengeluarkan saman dan banyak diantaranya yang dikatakan tidak masuk akal.

Terbaru jpj telah mengeluarkan saman atas kesalahan no plate kenderaan tidak mengikut ukuran yang di tetapkan, menurut pemilik kenderaan kereta tersebut tidak pernah diubahsuai dan 100% dari kilang.
Dan sekali lagi heboh dengan berita jpj menyaman lori membawa getah sekerap (lantun) atas alasan air sekerap meleleh, wajarkah kesalahan ini dikenakan?

Rata-rata orang ramai meluahkan rasa tidak puas hati dilaman sosial facebook yang berang dengan sikap pihak jpj, diharapkan jabatan pengangkutan jalan malaysia segera tampil memberikan penjelasan terhadap pelbagai isu yang melibatkan saman yang dikeluarkan oleh jpj.




Read more ...

Isnin, 10 November 2014

Keputusan konsert akhir Akademi Fantasia penuh kontroversi

Akademi Fantasia 2014 telahpun melabuhkan tirainya pada malam ini dengan penuh kontroversinya, Firman dinobatkan sebagai juara AF2014 manakala Aman menyandang gelaran naib juara. ramai sebenarnya yang terkejut dan tidak berpuas hati dengan keputusan AF2014 pada tahun ini.
Zahid juara AF2 juga turut mengkritik persembahan aman melalui laman Twitter miliknya "Aman perform simple je.. Nothing intresting.. Come on final kot.." yang di petik melalui akaun Twitter miliknya.

Rata-rata peminat AF2014 meluahkan rasa tidak puas hati mereka dilaman sosial Twitter, terutama apabila Ewal yang dikatakan antara pelajar yang memberikan persembahan terbaik dan konsisten saban minggu tetapi hanya memenangi tempat ketiga.

Ada juga segelintir peminat yang mengkritik persembahan Nuha sewaktu menyampaikan lagu Beribu sesalan kerana terlupa lirik walau bagaimanapun nuha berjaya memenangi tempat ke 4 dan manakala Adel yang diserap masuk minggu lalu memenangi tempat ke 5 ramai yang terkejut dengan keputusan ini kerana adel antara pelajar yang mempunya vokal yang cukup mantap.

Persoalannya adakah keputusan AF2014 kali ini telus mengikut undian peminat ataupun sudah dirancang, apa-apapun tahniah kami ucapkan kepada Firman selaku juara AF2014.

Read more ...

Rabu, 15 Oktober 2014

puting beliung melanda pendang kedah

Puting beliung melanda pendang, kedah, kejadian dipercayai berlaku pada pukul 4 petang semalam 14 October 2014, tiada kemalangan jiwa dilaporkan namun berlaku beberapa kerosakkan yang teruk pada rumah penduduk kampung.




Read more ...

Sabtu, 13 September 2014

Menara Taming Sari Warisan Melaka

Anda kini berpeluang mengelilingi bandar bersejarah negeri Melaka dalam keadaan yang selesa dan bergaya pada ketinggian 80 meter di Menara Taming Sari. Nikmati Keindahan selat Melaka yang luas dengan pembangunan yang pesat di bandar warisan dunia negeri melaka.

Menara Taming Sari yang terletak di Jalan Merdeka, Banda Hilir, Melaka ini telah dibuka pada 18 April 2008. Menara setinggi 110 meter ini direka berinspirasikan lagenda Keris Taming Sari. Kami juga tidak ketinggalan untuk melihat keindahan bandar negeri melaka dari jarak tertinggi.

Menara Taming Sari merupakan menara pertama di negara kita yang mempunyai struktur berpusing sepenuhnya. Dan boleh memuatkan 66 orang dalam satu masa. Disini juga terdapat restoran, kedai runcit, Khidmat Photo dan juga terdapat pelbagai cenderahati yang menarik. 

Melaka Taming Sari Berhad Office

Tell: +606-288 1100

Read more ...

Melaka River Cruise Warisan Sejarah Sungai Melaka

Melaka River Cruise Warisan Sejarah Sungai Melaka.

Menyusuri laluan warisan sejarah sungai melaka merupakan satu aktiviti yang menarik selain dari dapat melihat keunikan bandar warisan melaka yang kaya dengan sejarahnya kami juga dapat mempelajari serba sedikit mengenai sejarah di negeri melaka.

Sungai melaka merupakan laluan utama pedagang pada suatu ketika dahulu, melaka merupakan kawasan perdagangan yang terkemuka di dunia, tidak hairanlah jika kita lihat pelbagai warisan yang wujud di melaka hari ini.

Sesetengah bangunan usang tersergam indah yang telah wujud sejak zaman kegemilangan negeri melaka di lihat masih utuh berdiri sehingga ke hari ini, ianya dapat anda saksikan sepanjang merentas sungai, desa dan perkampungan moden yang menyinpan pelbagai cerita.

Dengan hanya bayaran RM8 anda akan di bawa berlayar menaiki kapal persiaran selama 45minit bersama seorang "tour guide" yang akan menerangkan mengenai sejarah di sepanjang sungai tersebut.

Melaka River and Coastal Development Corporation
Telefon: +606-281 4322/ 23

Read more ...

Selasa, 9 September 2014

Disini lahirnya sebuah cinta | Rumah kelahiran Tun Abdul Razak

Rombongan kami di bawa melawati rumah tempat kelahiran Perdana menteri Malaysia yang ke-2 iaitu Tun Abdul Razak di Pekan, Pahang.

Rumah kecil yang Terletak di Pulau keladi ini kini dijadikan sebagai galeri yang mempamerkan pelbagai barangan lama dan merupakan antara salah satu destinasi pelancongan yang terdapat negeri pahang.

Turut dipamerkan di galeri rumah kelahiran Tun Abdul Razak ini ialah seperti keris lama, al-quran lama dan pelbagai lagi koleksi yang pernah digunakan oleh Tun sendiri.

Disini lahirnya sebuah cinta', bersesuaian dengan tema kemerdekaan kita pada tahun ini, jadi apakata kita lawati rumah kelahiran Bekas perdana menteri yang kedua ini iaitu Tun Abdul Razak yang juga merupakan bapa kemerdekaan.
Pekan pahang mempunya pelbagai destinasi pelancongan yang menarik.

Read more ...

Kompleks pengembangan tenun pahang Diraja

Kompleks pengembangan tenun pahang Diraja di buka pada tahun 1993 dan kini telah berkembang pesat sehingga ke peringkat antarabangsa.

Pihak Tenun pahang diraja ini juga telah berkerjasama bersama 5 pereka muda di malaysia bagi mengembangkan lagi dan mempelbagaikan fashion tenun sesuai dengan pembangunan era hari ini, dan pastinya menarik minat pada golongan penggemar fashion.

Kelebihan dan keunikan tenun diraja pahang ini pastinya dari segi kraftnya dan di perbuat 100% secara manual oleh mereka yang di latih secara professional.

Kepada anda yang gemarkan fashion terutamanya fashion yang berkonsepkan tradisional apakata berkunjung ke pusat tenun pahang diraja yang terletak di pekan pahang, di sini anda boleh lihat sendiri bagaimana proses penenunan dilakukan secara manual dan tradisional.

Read more ...

Menara Condong warisan Teluk intan perak

Menara condong merupakan Antara salah satu tarikan pelancongan menarik di perak, Menara yang pada asalnya di bina bagi menempatkan tangki air bagi menampung seluruh kawasan bandar sekiranya berlaki musim kemarau, selain dari itu ianya juga pernah berperanan sebagai penanda waktu dan arah bagi laluan kapal ke pelabuhan telok anson.

menara yang di bina pada tahun 1885 oleh kontraktor leong Chon Chong, bayangkan menara condong ini berusia lebih 120 tahun namun keadaannya masih kekal utuh dan berdiri gah bersama era pembangunan hari ini.
kecondongan menara ini sering dibandingkan dengan menara condong Pisa di Itali, namun ketinggian menara ini hanya 25 meter dengan 110 anak tangga berbanding dengan menara condong pisa yang berketinggian 55 meter.

uniknya lagi menara condong ini senibinanya yang berkonsepkan sebuah pagoda, menara ini di perbuat dari struktur kayu dan batu, lapisan bawah bangunan pula berukuran garis pusat 13 meter dan menguncup ke atas berukuran garis pusat 8.2 meter.

dan kini menara condong teluk intan hanya berperanan sebagai menara jam yang di pasang pada tahun 1894, dan juga merupakan antara destinasi pelancongan di negeri perak, di kawasan berhampirannya pula terdapat bazaar peniaga yang menjual pelbagai cenderamata menarik.

Read more ...

Isnin, 8 September 2014

Bayou Lagoon Park Resort Alami Percutian bergaya



Bermain air merupakan aktiviti yang paling di gemari kanak-kanak, kami percaya bukan sahaja kanak-kanak malahan turut di gemari golongan remaja dan dewasa, buktinya? baru-baru ini rombongan sahabat media CC1M di bawa ke Bayou Lagoon Park Resort, untuk merasai keseronokan bermain air.

Resort yang bertaraf 4 bintang ini menyediakan pelbagai kemudahan yang menarik kepada pengunjung antaranya Shutle service sekiranya anda ingin menjelajahi bandar warisan melaka yang kaya dengan sejarah.

menariknya lagi di bayou lagoon park resort bukan sahaja terdapat aktiviti air malah terdapat juga aktiviti lain seperti team building, berbasikal,bumper car dan uji ketahanan fizikal anda dengan PaintBall, cuti sekolah anak-anak dan keluarga anda tidak akan sia-sia di sini.

selain dari bilik yang selesa dan kemudahan cafe yang menyediakan makanan yang sangat sedap dan lazat, terdapat juga gym, spa refleksologi, mini market, game station dan yang paling menarik ialah bayou 9D Theatre alami ketakutan berada di alam zombie dan pelbagai filem yang sangat mengujakan berbentuk 9D.

studio room (tahiti villa 234|amari villa 75)
2-bedrooms apartment (tahiti villa 64|amari villa 108)
3-bedeooms apartment (tahiti villa 22|amari villa 62)
Penthouse 1 (tahiti villa -|amari villa 2)
Penthouse 2 (tahiti villa -|amari villa 2)
Penthouse 3 (tahiti villa -|amari villa 2)

jika ingin mengadakan sebarang majlis rasmi di sini juga terdapat dewan yang boleh memuatkan seramai 340 orang dan facilities lain seperti banquet dan meeting rooms yang terdapat di tahiti villa 9 rooms (block B) dan amari villa 14 rooms (block A)

pastinya menjanjikan 1001 kenangan manis apakata jadikan Bayou Lagook Park Resort sebagai salah satu destinasi pelancongan mewah anda, selain itu anda berpeluang untuk terokai bandar warisan melaka yang meninggalkan kita 1001 sejarah.

untuk maklumat lanjut layari http://www.bayoulagoon.com.my/




Read more ...

Ahad, 31 Ogos 2014

Homestay Maju manik di sungai manik perak | Bukan sekadar Homestay

Ketibaan kami di homestay maju manik di sambut dengan begitu meriahnya, bagai raja sehari paluan kompang mengiringi ketibaan kami.
Homestay maju manik adalah gabungan 2 buah kampung iaitu kampung sungai batu dan kampung tanjong keramat di daerah sungai manik hanya 10KM dari bandar teluk intan, Perak.

kemeriahan dan keramahan penduduk kampung tidak habis di situ sahaja kami di hidangkan pula dengan menu istimewa mereka iaitu ubi lenyek dan jelly labu. Untuk pengetahuan anda di sungai manik ni mereka memang cukup terkenal dengan ubi lenyeknya.

Selain dari program anak angkat mereka juga akan memenuhi setiap permintaan pengunjung sekiranya tidak bersetuju dengan aktiviti yang di sediakan, ikut selera dan keselesaan andalah. Menarik bukan?

Suasana panorama yang di kelilingi sawah padi dan berhampiran dusun buah-buahan, kami percaya pastinya mendamaikan hari anda.

Berikut Antara aktiviti yang di sediakan di homestay maju manik ialah...
- jamuan makan chim chum.
- Lawatan ke IKS ( bengkel kerisik, bengkel biskut, bengkel bahulu, industri ikan dalam sangkar, burung puyuh.
- Persembahan pukong.
- Demo menanam padi cedong menggunakan kuku kambing.
- Demo menuai padi.
- Menangkap ikan menggunakan serkap dan Sukan Bendang.

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan apakata anda hubungi mereka di talian - 0124946158 / 01124139238 Email: koperasimajumanik@yahoo.com

Read more ...

Sabtu, 30 Ogos 2014

Keseronokan Lost World of Tambun

Pengalaman berada di lost world of tambun antara pengalaman yang tidak dapat kami lupakan, rombongan sahabat media kali ini di bawa menorakai keseronokan lost world of tambun, yang merupakan antara destinasi pelancongan yang terdapat di negeri perak.

Kami juga di berikan peluang untuk merasai sendiri setiap permainan yang terdapat di lost world of tambun, sama seperti sunway lagoon, lost world of tambun juga memang terkenal dengan water park dan aktiviti airnya.

Selain itu, pelbagai aktiviti lain yang menyeronokkan dapat anda nikmati di sini, antaranya petting zoo, tiger valley, team building park, lost world tin valley, Hotsping and spa, pontianak the legend dan banyak lagi.

Apa kata anda bawa seisi keluarga dan terokai keseronokan dan keunikan yang terdapat di lost world of tambun yang terletak di ipoh perak.

Read more ...

Selasa, 26 Ogos 2014

Lat's Place @ Puteri Harbour Family Park Restoran Kampung Boy

Lat's Place @ Puteri Harbour Family Park Restoran Kampung Boy


kampung Boy siri animasi yang cukup popular sekitar tahun 90-an ini bukan sahaja di gemari golongan kanak-kanak, malah remaja dewasa dan kanak-kanak generasi terkini juga turut meminatinya.

pastinya menggamit memori lama, kami sebagai penggemar-penggemar siri animasi tempatan sangat teruja kerana di berikan peluang untuk melawati Restoran yang bertemakan siri animasi popular kampung Boy di Lat's Place @ Puteri Harbour Family Park, Johor Bahru, hanya bersebelahan dengan legoland, bukan itu sahaja kami juga dapat beramah mesra bersama watak-watak siri animasi popular kampung Boy.

pelbagai replika yang terdapat di dalam siri animasi kampung boy dapat anda saksikan secara langsung di sini, dan juga berpeluang merasai makanan kegemaran Mat dan rakan-rakannya, menu-menu yang di sediakan juga sangat menarik dan pastinya bertema ala-ala kampung boy. macam mana menarik bukan?

pelbagai cenderahati Kampung Boy yang menarik boleh anda dapati di sini :) jadi apa tunggu lagi berkunjunglah ke Lat's Place @ Puteri Harbour Family Park Nusajaya JB.





Read more ...

The Banjaran Hotsprings Retreat Lokasi istirehat terbaik di ipoh.



The Banjaran Hotsprings Retreat ini terletak di kawasan pergunungan dan bersebelahan Lost world of tambun Theme park dan hotel yang terletak di bandaraya ipoh perak, tempat tarikan kawasannya merangkumi Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz dan Gua Perak.

The Banjaran Hotsprings Retreat hotel bertaraf 5 bintang ini selain dari kolam air panas semulajadinya yang menjadi tarikan utama, mereka turut menyediakan perkhidmatan spa, Pelbagai terapi rawatan disediakan, termasuk aromaterapi, Ayurveda dan hidroterapi. apa yang menarik lagi, mereka turut menyediakan perkhidmatan kereta mewah limosin. manakala pengangkutan ulang alik dari lapangan terbang (di sediakan atas permintaan) dan pengangkutan dalam kawasan lingkungan 20 km di sediakan secara percuma.

Nikmati kemewahan hidupan semulajadi dengan suasana hutan segar di kawasan pergunungan dan gua, panorama indah pastinya mendamaikan hari anda, dan ini menjadikan The banjaran Hotspring menjadi tarikan utama pelancong dalam dan luar negara.

kami rasa bertuah di bawa melihat kawasan hotel dan kolam air panas semulajadi, dan persekitaran kawasan yang di kelilingi kehijauan semulajadi.

untuk sebarang pertanyaan dan tempahan anda boleh layari - http://www.thebanjaran.com/







Boss besar Banjaran Hotsprings.
Read more ...
Designed By