Breaking News
Memaparkan catatan dengan label biografi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label biografi. Papar semua catatan

Selasa, 22 Julai 2014

#OpSaveGaza Anonymous Godam lebih 1,000 Websites kerajaan Israel

#OpSaveGaza Anonymous Godam lebih 1,000 Websites kerajaan Israel


Mereka seolah mahu Dunia lupa akan kekejaman tentera zionist israel terhadap palestine kerana tertumpu pada insiden Pesawat MAS MH17 yang di tembak jatuh pada 17 july yang lalu, kami tertanya-tanya adakah ini konspirasi mereka?.

Syabas kami ucapkan kepada Aktivis cyber yang menggelarkan diri mereka Anonymous, lebih 1000 website israel berjaya mereka godam termasuklah laman web rasmi kerajaan israel dalam operasi yang mereka panggil #OpsSaveGaza tindakan protes terhadap tentera zionist Israel yang melancarkan serangan terhadap rakyat palestin dan mengorban beratus nyawa termasuk kanak-kanak dan wanita.

apakah tanda sokongan kita kepada saudara kita di gaza? Boikot produk yang menyumbang kepada tentera zionist.

Video: Mesej Amaran dari Anonymous kepada kerajaan israel supaya menghentikan serangan terhadap gaza..












http://www.ibtimes.co.uk
Read more ...

Selasa, 10 Jun 2014

P.O.R.T (People Of Remarkable Talent) KOLONI KARYAWAN AMANJAYA

ni khas tuk blog umar kihkih.
hey bloggers.

Rumah kecil yang terdampar di tengah bandaraya Ipoh perak ini di beri nama P.O.R.T (people of remarkable talent) ataupun boleh juga di panggil rumah seni PORT terletak di bandaraya Ipoh perak, tujuan #PORT ialah untuk mengetengahkan kebudayaan dan kesesenian, modern, lama dan tujuannya ialah menjadikan PORT sebagai salah satu platform untuk bakat seni baru dan lama terutama anak negeri perak, tak kiralah seni apa, termasuklah puisi jalanan dan bermacam-macam lagi, PORT sekali sebut bunyi macam pelabuhan kapal kan hehe. tempat ni sangat ohsem, kalau korang pernah dengar JOHO? haa joho diilhamkan dari PORT, so kalau korang tau JOHO maknanya korang akan faham macam mana PORT berfungsi hehe, so kalau korang yang ke perak tu tak ada port nak lepak boleh la kunjungi port haa banyak betul kuar ayat port kan haha port baik la katakan, hai puji lebih ni harap payment pun lebih la hehehe...

info menarik: rumah kampung boy ni akan dibina tidak lama lagi, memang berkonsepkan sebijik seperti dalam siri animasi kampung boy, menarik? berkunjunglah ke PORT untuk maklumat lebih lanjut..

sekitar sidang media bersama rakan-rakan media.
inilah wajah-wajah yang mengendalikan PORT, muka je ganas hati jambu kihkih...
Read more ...

Sabtu, 24 Mei 2014

Merungkai Misteri Kellie's Castle




17 May ipoh: Seramai 38 orang sahabat media, menyertai aktiviti menjejak paranormal di istana lama Kellie's atau pun kellie's Castle, yang terletak di batu gajah perak, gua tidak ketinggalan untuk merasai sendiri berada di istana usang yang di bina pada sekitar tahun 1907 lagi haa, lama baq hang.

bila sebut pasal kellie's Castle ni mungkin asing bagi kita semua betul tak? ada yang tak pernah dengar kan? haa tapi bagi penduduk perak ianya bukanlah perkara biasa, kejadian aneh dan mistik juga sering dikaitkan dengan Kellie's Castle ni, Kelibat-kelibat bekas penghuni kellie's Castle juga sering dikatakan kelihatan terutama anak perempuan Kellie's yaitu Helen, dan juga seorang lagi dipercayai warga india yg di gelar gopal, ada juga yang mendakwa pernah bertemu dengan pengawal istana tanpa kaki terapung di udara, langsuir dan berbagai lagi kisah misteri melibatkan kellie's Castle ni.

Antara pengalaman gua yang tak dapat gua lupakan ketika mengikuti aktiviti menjejak paranormal ataupun entiti ialah apabila gua di tinggalkan selama 10 minit di bahagian Corridor atas istana kellie's, tapi gua tak berseorang, gua di temani rakan gua yang berasal dari iran, nama dia mohammad, muka dia tak ensem pun gua lagi ensem kihkih, gua panggil dia amat je.

Setiap kumpulan yang ditinggalkan tidak dibenarkan membawa lampu picit mahupun camera ataupun sebarang kelengkapan lain dan juga tidak dibenarkan membuat bising.
4 minit awal gua tak rasa apa-apa, tapi dalam minit ke 6, kami dikejutkan dengan bunyi kelawar, selang beberapa saat kemudian kami disajikan pula dengan bunyi tapak kaki apa yang menggerunkan ialah di selangi pula dengan bunyi hela nafas yang garau.
jujur kalau hela nafas nora danish gua boleh cam kihkih, ni lain macam punya, mula-mula gua ingat gua sorang je yang dengar, gua buat rilek kaver macho, si amat muka dia tiba-tiba berubah, dia pun tanya gua "Did you hear that?" gua balas, saje buat tak tau kan, "hear what, just relax man, nothing going to happen" pastu si amat jadi semakin tak keruan, jujur gua bukan takut apa tau, gua takut kalau-kalau si amat ni kena rasuk ke apa haha, gua terbayang pulak cite penunggu istana kahkah!.

lepas tu kedengaran lagi bunyi tapak kaki tadi semakin dekat, ya'allah jujur jantung gua dub dap dub dap laju baq hang, lepas tu bunyi tadi terhenti, untuk reda kan keadaan gua buat-buat sembang dengan amat, kitorang borak pasal palestin, dengan tak semena-mena si amat berani kan diri pergi ke bahagian depan corridor tu melilau-lilau mata si amat, dengan sepantas ultraman dia toleh balik ke arah gua, lepas tu muka dia gua tengok macam kena renjatan elekrik.

dia bisik kat gua, "i think someone watching us, i saw someone standing over there, she's watching us, try take a look man", gua diam je, gua cuba cari idea macam mana nak relaxkan si amat ni, gua pun cakap kat dia "mat just calm down, there's nothing there,' dia pun semakin tak keruan, "no man, did you think am gonna make this a joke, just go man take a look, there is someone over there," er are you sure? ok, i think we better stay put here, and they will coming soon it almost 10 minute already". si amat gelak kan gua, cipet betul.

gua tengok si amat macam-macam doa dia baca, demi nak memastikan apa yang si amat tu cakap kan, gua pun berani kan diri tuk toleh ke corridor yang dimaksudkan tu, sekali, perhh gua nampak 1 bayang lembaga menyerupai budak nampak bayang rambut diiringi pulak bunyi cicak? aikk cicak?, gua tanya amat balik, "is there a girl u saw over there". si amat dengan happy menjawap, ",i told u man''. gua pun fuhh, ok"we stay put and relax ok. si amat gelak lagi. ok fine.

ini gua tak reka cerita ok, seramai 38 rakan media yang join aktiviti menjejak paranormal ni cuma gua dan amat je yang mengalami kejadian aneh ni.

kepada korang yang nak merasai sendiri pengalaman menjejak paranormal, boleh berkunjung dan rasai sendiri di istana Kellie's castle yg terletak di batu gajah perak, jangan risau, selain dari petugas yang berpengalaman korang juga akan di perati oleh ustaz yang di tugaskan khas tuk memastikan keselamatan para pengunjung.

Sedikit info mengenai Kellie's castle.

Istana kellie's ni milik seorang usahawan yang bernama William Kellie Smith ( 1870 - 1926) Mendiang berasal dari Scotland dan menjadikan malaya sebagai rumah keduanya, usia istana kellie's ni dah menjangkau lebih 100 tahun.

kellie's castle juga menjadi antara tarikan pelancongan paling tinggi di negeri perak, ha bukan sahaja dari dalam negara malah turut menjadi tumpuan para pelancong dari luar enagara untuk merasai sendiri menjejak misteri kellie's.
Senibina istana kellie's juga sangat uniq kerana dikatakan menyerupai istana raja british di india dengan rekabentuk morish.

Pesanan berbayar dari gua, kalau korang yang nak pergi ke istana kellie's nanti Mulut jaga-jaga, si amat tu pun mulut dia boleh tahan juga masa mula-mula nak masuk, akibatnya taraaa, sendiri mau ingat la.




Sidang media yang berlangsung bagi mempromosikan kellie's Castle sebagai salah satu pusat pelancongan dan untuk mereka yang gemarkan aktiviti paranormal.

 gambar-gambar ni di ambil sekitar jam 1 hingga 2 pagi.




Ruangan ni adalah barangan lama milik kellie's, memang unik giler.



ni la si amat.

Para peserta dari sahabat media bersama petugas Kellie's Castle.

Rakan-rakan media.

ni ruangan atas, gambar ni gua ambil dari luar Corridor.

ni pula istana yang di bom oleh tentera jepun, kalau korang perati kan betul-betul dekat tingkap tu mesti nampak sesuatu.

ni laluan ke corridor atas. cuba tengok kat celah tingkap tu??

Jaga-jaga anda sedang di Perhatikan?

Read more ...

Selasa, 1 April 2014

7 Fenomena menggemparkan dunia (bunga azan)

ni la dia bunga yg mekar mengembang tatkala azan berkumandang....

Agak kagum gua dengan paparan dari program dari rancangan indonesia ni, yg paling gua kagum berkenaan bunga azan tu masayallah bila azan je dia kembang, bunga pun tau bangun solat bila masuk waktu ini kita hamba allah yg paling sempurna boleh mengabaikan tanggungjawap....

ada pelbagai paparan kejadian aneh dan fakta-fakta mengenai sejarah yg disiarkan betul atau tak benar atau tak terpulang la pada diri sendiri tuk menilai, sekadar tuk pengetahuan asas gua cadangkan lu layankan kejap paparan dari On the sport... kita layan k...

sumber video dari youtube.



Salam kasih sayang dari gua dan tasha shilla...
Read more ...

Selasa, 1 Oktober 2013

Apa salah aku?

apa salah aku? apa salah aku? kau tanya apa salah kau?
apa kau dah tak kenal diri kau? apa salah aku?
diri kau sendiri kau boleh tanya? apa kau dah tak kenal siapa diri kau?

apa salah aku? apa aku dah buat?
apa yg kau dah buat? segala perbuatan dan pilihan kau?
kau boleh tanya?
pada siapa kau patut tanya sebenarnya?
apa aku dah buat? kau rasa siapa yg layak jawap soalan kau ni?
apa aku dah buat? kenapa jadi macam ni? apa salah aku?

jadi demi nak melupakan masalah kau ni,
kau nak memberontak kau nak cuba tunjuk pada satu dunia?
kau silap? kau ingat ada org yg akan hulurkan tangan,
kau ingat ada org yg akan suluhkan jalan?
kau berharap pada siapa? siapa yg kau rasa mampu?

Read more ...

Rabu, 9 Januari 2013

Kenyataan Dr Yusof Al-Qardhawi berhubung isu kalimah Allah





Artikel ini diambil berdasarkan teks khutbah Jumaat Dr Yusuf Al-Qardhawi pada 22 Januari 2010 yang lalu di Masjid Umar bin Al-Khattab di Doha, ibu negara Qatar. Anda boleh melihat kenyataan penuh beliau melalui laman web rasmi Dr Yusof Al-Qardhawi dan juga saya perolehi terjemahan beliau melalui laman web saudara Ridzuan Abdul Aziz. Syukran diatas perkongsian.

Ianya merupakan penjelasan yang ringkas dan padat dalam usaha untuk memahamkan orang Malaysia keseluruhannya berkaitan dengan keadaan dan situasi sebenar menurut kaca mata Islam berkenaan dengan isu penggunaan kalimah Allah. Apa yang dinyatakan oleh beliau terdapat beberapa perkara yang boleh disimpulkan bagi menutup isu ini yang kian berlarutan di Malaysia.

Pertama, kenyataan yang dikeluarkan oleh ulama’ yang diiktiraf oleh ulama’-ulama’ seluruh dunia hendaklah di hormati dan diakui kerana ketinggian ilmu beliau jika dibandingkan dengan pendapat sesetengah ‘ustaz’ atau ulama’ mahupun sesetengah golongan di Malaysia ini.

Kedua, kalimah Allah adalah kalimah milik seluruh umat manusia, bukan milik umat Islam semata-mata. Ini dinyatakan jelas menerusi surah yang menjadi pembuka bagi kitab Al-Quran, الحمد لله رب العالمين iaitu segala pujian hanyalah bagi Tuhan sekalian alam, bukan Tuhan sekalian umat Islam.

Ketiga, mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab dalam mencetuskan rusuhan antara kaum dengan menyerang rumah-rumah ibadah antara Kristian dan juga umat Islam. Islam sendiri melarang umatnya sendiri merosakkan tempat ibadah kaum kuffar hatta di dalam perperangan sekalipun. Ini terbukti semasa Salahuddin Al-Ayubi sewaktu membebaskan Jerusalam (Baitul Maqdis) daripada cengkaman Kristian beliau tidak menyeksa tahanan perang dan memelihara gereja dan juga para pendeta kristian.
Read more ...

Isnin, 7 Januari 2013

Amaran ribut tropika sonamu sudah menghampiri terangganu.


Masa aku tengah syok layan AJL sambil belek2 laman-laman sesawang aku ternampak pada satu berita ringkas yang benar-benar begitu membuat aku tergamam seketika. amaran ribut di negeri pantai timur dan hujan yg berterusan yang bakal mengakibatkan banjir.

"Ribut Tropika (SONAMU) dikesan pada Latitud 7.1 U dan Longitud 108.8 T, pada jam 11:00 malam 6 Januari 2013, kira-kira 650 km ke Timur Laut Dungun, Terengganu dan bergerak ke arah Barat-Barat Daya dengan anggaran kelajuan 15 kmsj.

SEKSYEN A : AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KETIGA) - Kemaskini

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kmsj dengan ketinggian ombak melebihi 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Samui, Condore, Reef North, Layang-Layang & Palawan dijangka berterusan sehingga Isnin, 7 Januari 2013.


Selain daripada itu, kawasan pantai di Kelantan & Terengganu terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga Isnin,7 Januari 2013.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

SEKSYEN B: AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)-Kemaskini


Read more ...

Sabtu, 1 Disember 2012

Zekr – Perisian Al-Quran Sumber Terbuka



Full Featured Qur'an Made For Windows
Zekr Qur'an was made with coding made for Windows, giving it the feel of any other Windows application. It is fully featured with advanced searching, navigation, recitation, and commentary.

Fully Customizable
The backbone of Zekr is very generic, allowing customization in many ways. Customize the language, translation, recitation, commentary, and theme. Make Zekr perfect for you.

Free & Open Source
The Zekr project stands by the following principle: Never Profit Off The Prophet. All programs are and will always be Free and Open Source. That means that anyone can see and contribute to developing Zekr.

Downloading & Installing System Requirements


Windows 2000, XP, Vista/7.
Java (JRE) 1.5.0 or Newer.

Download :

Sumber Asal (Teman Upload Ke MediaFire Link)

1. Software Zekr Al-Quran 32Bit Here

2. Java (JRE) 1.5.0 or Newer Here

3. Translations (Malay) Here @ Here
4. Recitation by Sheikh Maher Al-Muaiqaly (Imam Masjid Al-Haram, Makkah Al-Mukarramah Here

5. Others Source Recitations (Multi via OFFLINE) Here (Sumber Asal)

Read more ...

Khamis, 29 November 2012

Tolong la jangan ganggu hidup aku, aku cakap tak nak, tak nak la!


Puiiii laa kau ingat kau cantik kau harum aku heran dengan kau, walau sehebat mana mereka berkata tentang kehebatan kau, walau seramai mana yg kata mereka tergila akan engkau, aku tidak peduli la, sikit pun aku tidak akan jatuh hanyut dengan semua godaan itu.

huh kau jangan ingat dengan haruman yg menggoda itu mampu membuat aku cair kau jangan ingat walau dengan hantaran perbelanjaan yg kau tawarkan begitu murah aku akan terpedaya, tidak sama sekali aku tidak akan pernah terpedaya dengan godaanmu..

jenis seperti kau bukan taste org yg bercitarasa tinggi seperti aku, sudahlah jangan kau coba mengganggu aku lagi aku tidak sudi dengan kau, dan sesekali kau ingat aku akan jatuh dengan godaanmu tidak sama sekali.

kau sama saja seperti yg lainnya bersepah di tepi jalan dan aku tidak pernah walau sekali memandang mu tidak walau sekali pun kau ingat itu. aku muakk melihat rupa kau yg buruk lagi mengerikan jauh lah kau dari hidup ku jangan ganggu aku lagi... sudah cukup cukup lah aku menyampah!!!!



Read more ...

Rabu, 3 Oktober 2012

10 Fakta Mengenai Tun Dr Mahathir yang perlu kita tahu??



Terima kasih, Tun Dr Mahathir

TAHUKAH ANDA??

1. Dia lah yang menggerakkan negara islam yang lain untuk membantu Bosnia & Herzogovinia ketika umat islam disana disembelih oleh pengganas Serbia.


2. Dia juga lah yg menghantar ratusan komando Malaysia yang dibawa masuk secara sulit ke Bosnia untuk membantu saudara seIslam ketika era pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bosnia ketika itu. “Kalau negara Arab ini tidak datang membantu, kita hantar sahaja askar kita,” - Tun Mahathir.

3) Dia juga lah berpakat dengan kerajaan Sultan Brunei menyediakan jumlah dana yang berjuta dollar untuk membeli senjata dan peluru anti kereta kebal untuk tentera Islam Bosnia.

4) Dia lah yang pernah menangis ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestine.

5) Dia juga lah pemimpin islam yg Yasser Arafat hubungi meminta bantuan dan pertolongan ketika diserang oleh rejim zionis.
Read more ...

Jumaat, 20 Januari 2012

Hang Tuah, Hang Li Po TIDAK WUJUD : Khoo Kay Kim

PETALING JAYA: Menurut sejarah, Cina Puteri Hang Li Po adalah isteri kelima kepada Sultan Melaka Sultan Mansur Shah yang memerintah dari tahun 1456-1477.

Dalam tempoh itu juga terdapat legenda terkenal lima pahlawan bersaudara kepada Sultan, Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu. Ia adalah sebuah kisah persahabatan dan kesetiaan, di mana setiap rakyat Malaysia telah mendengarnya.

Walau bagaimanapun, ahli sejarah yang terkenal Prof Khoo Kay Kim telah memberitahu stesen radio BFM pagi ini bahawa Hang Li Po dan lima pahlawan-pahlawan tersebut tidak pernah wujud.

Bercakap kepada FMT kemudiannya, beliau menjelaskan: "Dinasti Ming di China pada abad ke-16 tidak mempunyai sebarang rekod tentang mereka. Rekod ini adalah rekod yang dipelihara dengan sangat baik."
Read more ...

Sabtu, 2 Julai 2011

Melayu Bangsa Yang Hilang (Kalau melayu baca la)


Kebangkitan dari Timur :
Dari Tsauban R.A, dia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW, akan datang Panji Panji Hitam dari sebelah Timur, seolah olah hati mereka kepingan kepingan besi. Barangsiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka sekalipun merangkak diatas salju. (dikeluarkan dari Al Hasan bin Sofyan dari Al hafiz Abu Nuaim) (dari kitab Al Hawi lil fatawa oleh Imam Sayuti)
Tahukah anda sebenarnya orang Melayu telah wujud sejak zaman pemerintahan Nabi Sulaiman a.s iaitu ketika Kerajaan Israel Raya naik memerintah? Kerajaan ini adalah antara kuasa besar dunia ketika itu, malah kuasa dunia utama yang tidak terkalahkan. Sejak zaman-berzaman, pengetahuan tentang emas dari Nusantara telah terakam dalam kitab-kitab Ibrani dan Suryani Kuno dan ini memandu kepada penjelajah Eropah seterusnya untuk mencari 'The King Solomon's Mines' yang sebenar.
Tidak ada satu tempat di dunia yang dirakam dalam peta-peta kuno sebagai 'bumi emas' mahupun 'semenanjung emas', selain bumi di mana orang Melayu tinggal. Pulau Sumatera di mana etnik-etnik Melayu tinggal juga dijoloki sebagai 'Pulau Emas'.
"Dari mana kita tahu bahawa bumi kita ini telah disinggahi kapal-kapal dari Israel Raya?"
Read more ...
Designed By