Breaking News

Rabu, 15 Oktober 2014

puting beliung melanda pendang kedah

Puting beliung melanda pendang, kedah, kejadian dipercayai berlaku pada pukul 4 petang semalam 14 October 2014, tiada kemalangan jiwa dilaporkan namun berlaku beberapa kerosakkan yang teruk pada rumah penduduk kampung.




Read more ...

Khamis, 2 Oktober 2014

Fea iskandar AKA cik piah Penyampai Radio paling Seksi


Fea iskandar atau lebih dikenali sebagai cik piah bukanlah asing di dalam dunia hiburan hari ini, selebriti dan juga penyampai Radio Sinar FM ini begitu terkenal dengan penampilanya yang agak menonjol dan seksi...

Kontroversi mengenai keseksiannya juga kian mendapat tempat di media sosial.

Adakah ini cara cik piah mengejar glamer dan nama dengan berpakaian yang menjolok mata?  



Read more ...

Rabu, 24 September 2014

Misteri Gunung Datuk Rembau Most Wanted



Kami nak kongsikan pengalaman Misteri kami di Gunung Datuk, Nak dijadikan cerita kami ke gunung datuk pada minggu yang lepas, gunung datuk yang terletak di daerah rembau negeri sembilan ni memang terkenal dengan keindahan semulajadinya, dah alang-alang sampai kami pun nak juga terokai gunung datuk ni, dengan bayaran RM5.00 seorang perjalanan kami diteruskan, walaupun cuaca pada ketika itu agak gelap..

Di cerpen kan lagi kami tak jumpa jalan naik, terserempak pula dgn Cadbury... kita baru bukak langkah sikit lintang pukang dia lari, dia ingat kita biasa-biasa. berkerut juga dahi masing-masing.

Dan selepas mesyuarat di adakan kami dengan sebulat suara bersetuju untuk patah la balik sebab hari dah hampir gelap,dalam perjalanan berpatah balik tu jumpa air terjun kecil dengan panorama yang indah, apa lagi kami keluarkan camera amik gambar sana sini, berpuluh puluh juga la gambar yang di ambil..bila dah selesai, kami pun balik ke pangkalan utama,.

Kami tengok kawasan dah lengang tak ada orang, tapi terdengar suara meriah, kami mencari la,kami tengok kat bawah ada tempat mandi rupanya, ramai pula orang mandi manda, sempat juga la kami ambil gambar mereka, meriah sungguh.. tapi kawasan kat kaunter, dewan dan foodcourt dah kosong tak ada orang, kami rasa kami orang terakhir turun dari gunung.

Tak ada yang pelik lagi..selepas bersiap dan kami mulakan perjalanan balik ke kuala lumpur, sebaik sahaja keluar dari kawasan gunung datuk, nak belek-belek gamba tadi? dah hilang, kebingungan kami, satu folder tu je yang hilang. Yang lain ada lagi, Lepas tu baru terfikir, tadi yang mandi ramai-ramai tu datang naik apa?, selepas kami, cuma tinggal sebuah kereta dan motorsikal? ... Ok....

Dan juga dah berbagai usaha kami lakukan untuk recovery gambar yang hilang, tetap tak berjaya..
Read more ...

Sabtu, 20 September 2014

Karpet Merah Anugerah Lawak Warna

Anugerah Lawak Warna yang diadakan buat kali kedua bagi meraikan pelawak-pelawak tanahair yang menampilkan 15 anugerah terbaik, tiga anugerah popular dan dua anugerah khas juri bakal menjadi rebutan, siapakah pelawak kegemaran anda?

bertempat di teater selangor shah alam, selangor, saksikan secara langsung melalui saluran Astro Warna dan juga Astro Mustika HD bermula sekitar 8.30 malam untuk acara karpet merah.















Read more ...

Rabu, 17 September 2014

Pra Tonton Filem Nasi Tangas |Nasi Nasi kangkang| arahan Hashim Rejab


Nasi tangas ataupun nasi kangkang merupakan suatu perbuatan sihir dari si isteri terhadap si suami, ia bertujuan untuk mengawal dan menundukkan si suami dan patuh pada apa-apa sahaja perintah si isteri. Cerita sihir atau ilmu hitam ini memang agak sinonim di kalangan masyarakat melayu.

Setinggi-tinggi terima kasih kami ucapkan kepada pihak Metrowealth kerana sudi menjemput kami ke tayangan pra tonton Filem bergenre Seram arahan Hashim Rejab Nasi tangas ( Nasi kangkang ) yang menggandingkan para pelakon lama dan baru seperti Azwan Kombos, along eyzendy, Adiba yusnus, Shima Anuar, Den wahab, Delimawati dan HermanTino.

Nasi Tangas merupakan filem seram pertama arahan Hashim rejab, kalau sebelum ini beliau terkenal dengan filem-filem bergenre Romantik komedi.
Jika anda terhibur bersama gelak tawa filem-filem hashim rejab sebelum ini kami pasti kali ini anda akan rasa ketakutan dan keseraman #NasiTangas (Nasi kangkang).

SINOPSIS
Hairi ( Azwan Kombos ) dan Fatin ( Shima Anuar ) merupakan sahabat baik dari universiti lagi . Keakraban mereka membawa mereka sehingga ke alam pekerjaan dimana mereka bersama – sama membuka sebuah restoran dan mengusahakan restoran tersebut hingga berjaya . Pada masa yang sama , Hairi mempunyai seorang teman wanita , Mira ( Adiba yunus ) . 

Persahabatan Hairi dan Fatin seringkali menimbulkan rasa negatif di hati Mira kerana Fatin lebih memahami dan mengenali Hairi melebihi dirinya . Akhirnya , Hairi mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Mira dan hal ini dikemukakan kepada Fatin . Walaupun , ianya adalah keputusan yang tidak di duga namun Fatin dengan rela hati menerima keputusan Hairi tersebut .

Keseluruhannya kami rasa filem kali ini agak menjadi dan dalam seram kami juga terhibur dengan beberapa babak yang agak lucu, tahniah kepada para pelakon kerana berjaya menjayakan watak dengan begitu cemerlang, kami cuma nasihatkan kepada ibu bapa elakkan dari membawa anak kecil ye. :)


Read more ...

Sabtu, 13 September 2014

Menara Taming Sari Warisan Melaka

Anda kini berpeluang mengelilingi bandar bersejarah negeri Melaka dalam keadaan yang selesa dan bergaya pada ketinggian 80 meter di Menara Taming Sari. Nikmati Keindahan selat Melaka yang luas dengan pembangunan yang pesat di bandar warisan dunia negeri melaka.

Menara Taming Sari yang terletak di Jalan Merdeka, Banda Hilir, Melaka ini telah dibuka pada 18 April 2008. Menara setinggi 110 meter ini direka berinspirasikan lagenda Keris Taming Sari. Kami juga tidak ketinggalan untuk melihat keindahan bandar negeri melaka dari jarak tertinggi.

Menara Taming Sari merupakan menara pertama di negara kita yang mempunyai struktur berpusing sepenuhnya. Dan boleh memuatkan 66 orang dalam satu masa. Disini juga terdapat restoran, kedai runcit, Khidmat Photo dan juga terdapat pelbagai cenderahati yang menarik. 

Melaka Taming Sari Berhad Office

Tell: +606-288 1100

Read more ...
Designed By