Breaking News

Isnin, 6 September 2010

Home » » (OffTopic) Buang Bayi Salah Siapa??

(OffTopic) Buang Bayi Salah Siapa??

Dikemaskini oleh M pada August 12th, 2010

Ini cerita lain sedikit dari biasa. Boleh dikatakan setiap hari, di akhbar dan Tv cerita buang bayi akan terpapar dimuka depan menjadi headline akhbar sampai menaikkan darah M jer, tak sanggup nak tengok Bayi yang cukup sifat di buang.

Kalau dekat rumah anak-anak yatim ok lagi, ini buang bayi kat sungai, longgokan sampah, parit kat mana-mana pun jadilah. Macam buang anak kucing, Masyallah!!!.. M tahu berita ini akan melariskan surat khabar macam cendawan goreng panas(sedap beb).

Tapi….yang M kesalkan ialah makin banyak cerita yang dipaparkan, lagi banyak insiden hitam ini berlaku. Pulak tuh, yang terlibat semua’nya orang Melayu, Islam pulak tuh.

Hari ni contoh’nya, bayi perempuan ditemui di dalam tong sampah di Air Keroh, Melaka…Melaka? Disini Segalanya Bermula. Asik-asik dekat Melaka, sampai Ketua Menteri pun dapat idea buat sekolah mengandung pulak, supaya budak-budak sekolah yang mengandung boleh meneruskan pelajaran mereka tanpa membuang bayi tersebut. Apa dah jadi lorhh. Nak kata kelakar pun ada, logik pun ada jugak.

M nih tak kahwin lagi, tapi M dapat rasakan bertapa kejam giler orang yang buang bayi ini. Adoi sedih’nya. Orang lain kahwin berpuluh tahun, seorang anak pun tak dapat sampai terpaksa buat urusan jual beli bayi secara haram, siap buat treatment sana sini. Yang termengandung ini pula senang-senang jer buang anak bersepah-sepah, macam buang kulit kacang jer.

Pada pendapat korang, siapa yang salah dalam hal ini?. Perempuan, Lelaki, Nafsu, Didikan Agama?

Dalam hal ini, masyarakat juga harus dipersalahkan kerana pengaruh-pengaruh yang tidak baik senang di lihat dan di contohi oleh para remaja yang kurang berakal dan berakal, tapi tak beriman. Contoh seperti scandal seks luar nikah Ariel Peterporn dan Luna Maya, padahal semua agama dah suruh kita jangan berzina dan jangan dekat pada zina, sebab kalau dah terlanjur, membunuh pula.

Insaflah wahai manusia-manusia sekalian, jangan asik nak syok jer, bila dah terover syok, nanti terus dapat bala. Ingat balasan Allah. Renung-renungkan, selamat beramal. Nyah~~~

=dipetik dari ohbulan

5 ulasan:

  1. x smp hati tgk pic baby tu... sedih btul..

    BalasPadam
  2. Sedih tengok gambar tu.. Apalah dosa bayi tu.. Pada mereka yg melakukan perbuatan terkutuk tu harap cepat2 bertaubat sebelum terlambat.

    BalasPadam
  3. seriously.. org yg buang bayi ni betul2 bukan manusia.. knpa? sbb manusia diberi akal fikiran, rasa berperikemanusian.. tapi dorang ni.. ah.. entah apa nak ckp lg.. makin tersiar di akbar, makin menjadi2.. sedih!!

    BalasPadam
  4. tulips: haha tu la kn buat je tau..binatang pn tau syg anak...

    BalasPadam

Designed By