Surat terbuka utk kaum Hawa
Untuk semua kaum Hawa(para isteri yg tersayang),
Ayang,
Seperti yang sedia maklum,abang setiap bulan terpaksa menghadapi perangai ayang yang berubah mengikut pasang surut bulan setiap bulan tanpa gagal.
Abang selalu menjaga hati ayang tanpa gagal ketika kedatangan period ayang tanpa soal. Abang jaga ayang bagaikan menatang minyak yang penuh.
Amat besar nya pengorbanan yang abang lakukan selama ini untuk menjaga kerukunan perhubungan kita yang telah bertapak sejak lama? Kini relakah ayang melakukan pengorbanan yang agak kecil terhadap abang?
Dr. Joseph Blatter dari Klinik FIFA telah mengesahkan yang abang akan mengalami period abang yang hanya berlaku 4 tahun sekali ini dari bulan Jun 2010 hingga Julai 2010. Kesan period ini mungkin akan berlanjutan sehingga seminggu selepas tarikh tersebut. Abang akan menghadapi masalah untuk tidur malam dan mungkin berjaga hingga ke awal pagi Untuk mengurangkan tekanan dan mood abang dalam tempoh tersebut, preskripsi dan cadangan di bawah ini telah
disarankan:-
1) Dalam tempoh tersebut ayang dikehendaki sentiasa membaca berita sukan pada akhbar harian yang menfokus tentang Piala Dunia 2010 di Africa Selatan. Jika ayang gagal melakukan perkara ini, ayang mungkin rasa terabai jika tidak dapat berkomunikasi dengan baik dengan abang pada masa tersebut.Oleh itu ayang janganlah komplen jika rasa diri diabaikan dalam masa period ini.
2) Dalam tempoh period abang ini adalah dimaklumkan bahawa ayang akan diberi kebebasan untuk menonton rancangan tv kegemaran ayang bermula dari 6 pagi hingga ke 9 malam. Manakala dari 9 malam ke 6 pagi, abang yang akan memegang remote control dan hak memilih chanel yang digemari.Ayang dilarang sama sekali mengerling ke arah remote control pada masa tersebut.
3) Jika ayang terpaksa melintasi di hadapan tv di waktu tersebut,ayang hendaklah tunggu sehingga masa rehat atau commercial break ataupun merangkak perlahan-lahan agar tidak menganggu kosentrasi abang.
4) Semasa perlawanan langsung disiarkan, abang seakan buta, pekak dan juga bisu kecuali bila abang memerlukan pertolongan ayang untuk membuat air atau mengambil makanan ringan. Kasih sayang abang akan bertambah kepada ayang jika ayang sentiasa memastikan makanan ringan sentiasa tersedia untuk abang semasa perlawanan berlangsung.
5) Ayang adalah dialu-alukan untuk duduk dan menikmati perlawanan
bersama abang tetapi ayang hanya boleh bercakap semasa half time atau commercial break. Ayang dilarang sama sekali menggoda abang pada masa ini terutama jika pasukan yang abang sokong sedang ketinggalan atau berada diambang kekalahan.
6) Replay untuk setiap gol yang dijaringkan adalah amat penting.Berapa kali replay disiarkan abang tetap mau melihatnya. Ayang tak perlu merungut mengatakan bahawa "gol tu dah tengok kenapa nak tengok lagi?".
7) Ayang perlu memberitau saudara mara atau rakan karib bahawa jemputan ke jamuan atau kenduri yang diadakan selepas 9 malam ke atas tidak dapat dipenuhi kerana abang tak nak pergi.
8) Jika kawan abang menjemput kita ke rumah mereka untuk menyaksikan perlawanan langsung bersama-sama, maka ayang perlu bersiap sedia dengan kadar segera?
9) Selepas period abang ini abis..ayang dilarang merungut,"nasib baik world cup 4 tahun sekali jer?" kerana abang telah immune dengan rungutan tersebut dan juga selepas period ini akan ada pula English Premier League,Italian League,Spain League, UEFA Champions League,Piala Malaysia dan lain-lain.
Atas kerjasama dan timbang rasa ayang ini, jika pasukan yang abang sokong menang piala dunia atau player yang abang sokong menang kasut atau bola emas..pandai-pandai la ayang bodek abang untuk dapatkan hadiah? Jika sebaliknya? hendaklah ayang turut berduka...&...dilarang menganjing2 @ mengejek2...
Akhir kata. Majulah sukan untuk negara !!
Ikhlas dari: Abang yang sentiasa menyayangimu...
keh3...tak habis2 period
BalasPadamhohohooo para hawa pasti memahami xD
BalasPadamhahahahaa..
BalasPadambongekk..
kihkihkih..
tp menarek ^_^
sengal lah kau. wahahaa
BalasPadamlelaki klu period dia dtg mmg ada berat skit...
BalasPadamsempoi r,wakakkakakakka!
BalasPadamhamboyyyhhh period bola nampak... hahahha
BalasPadamcess!!!
BalasPadamxpe..! saye teman tgk skali bola! :P
BalasPadamhaha. abg abg.
BalasPadamhahaha....funny2..ngeee
BalasPadamhaha,,, yo la tu.. harapnya tak dapat laki yang macam ni
BalasPadamcilake saje haha .
BalasPadamxpe , nasib sekaki join tgk fifa .
haha.. tgu period kat brazil plak 2014
BalasPadamhahaha cehhhh
BalasPadamjenuh dpt laki lagu ni hahaha
hahahah 4period 4thun skli
BalasPadamngengggg heeehe
macam macam hal lelaki nie kan,..hehe~
BalasPadam4period tu bukan. period je yeh. kekeke
BalasPadamhahaha...hebat2....
BalasPadamhahaha...lawak2...
BalasPadamhaha..sumpah lawak..x menahan..
BalasPadam:DD
BalasPadamhhehehehe... naseb bek laki i tak suka tengok bola... kalu tak mau gak salin nota ni tampal besar2 kat ruang tamu (saja kasi perli)
BalasPadamHahahah..
BalasPadamhampeh punye laki..
xleh nganjing ke?hahaha
BalasPadamhahahah...lelaki period lagi teruk dari perempuan rupanya. *gelak guling2
BalasPadamsangat cute la awak :) hihi
BalasPadamlove dis...!~
BalasPadam