Breaking News

Isnin, 27 Disember 2010

Home » » Cabaran tahan gelak bhg.1

Cabaran tahan gelak bhg.1
















Meh kita lupakan seketika dengan isu panas yg melanda ni hehe..

aku ada cabaran tuk korang,kalau ada beran la....dan ada hadiah yang menarik
menanti para pemenang,kat sini aku ada beberapa cabaran tuk korang hadapi
cabaran dia senang je baca sume lawak tu dan jangan sampai tergelak,kalau berjaya ke x ke sila komen bagitau yer.....


CABARAN 1.
TIPS UNTUK HILANGKAN KEDUT:
Gunakan stereka biasa dan untuk kedut yang agak degil, renjiskan air. (Jangan lakukan pada kedut muka, kalau buat juga, PADAN MUKA!)

CABARAN 2.
Pen merah, pen biru, pen hitam....
Jangan marah, mata i biru, muka u hitam...
Nanti naik u punya darah tinggi, lagilah kes haru, silap-silap boleh pitam!



CABARAN 3
SAM: Apa yang tak kena tu Dol?
DOL: Termos ni haa, jurujual tu kata dia boleh simpan air sejuk dan air panas. Penipu! Milo ais dengan kopi panas aku dalam ni dah jadi apa tah!




CABARAN 4
Lawa rambut kau tu macam teknik rebonding, hitam dan bersinar! Sayangnya rambut tu tumbuh kat dada, kalau tumbuh kat kepala kau yang bersinar tu bukankan bertambah hensem!



CABARAN 5
DILEMA MEMILIH MENANTU: Anda boleh pilih yang beriman,berpelajaran, berpangkat dan sebagainya. tapi masalahnya nak ke dia pilih anda sebagai mentua?



CABARAN 6
Tulislah pada pintu tandas awam. Masa itu emas, jadi jangan buang masa. Buang apa yang patut kerana orang lain sedang menunggu untuk membuang, cuma tunggu masa saja.




CABARAN 7
Aku rasa kau kena diet laa.... Masa aku jumpa kau bersantai kat pantai aku nampak bot GREENPEACE hala ke kau! Nampak macam ikan paus tersadai kat pantai kot!





CABARAN 8
SAM: Kau nak buat apa dengan dawai penyangkut baju dalam kereta kau tu?
DOL: Manalah tau kot-kot aku tertinggal kunci dalam kerata, bolehlah aku gunakannya.....







CABARAN 9
SAM: Aku suruh kau tengokkan barang dalam rumah aku, kenapa orang boleh pecah rumah jugak?
DOL: Manalah aku sedar, aku sedang tengok TV kau.







CABARAN 10
SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum, lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.








CABARAN 11
SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit






CABARAN 12
SAM: Hantu Bungkus!
DOL: Kat mana?
SAM: Kat kedai nasi campur, aku nak beli nasi dah habis. Makcik tu kata ada orang dah beli semua. Hantu betullah!








CABARAN 13
SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?
DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa ia mati dalam air!







CABARAN 14
SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejur tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....









CABARAN 15
SAM: Macam tak caya kau dapat 200 markah dalam ujian lisan tu....
DOL: Susah apa... aku dah ambik ujian tu 20 kali.
SAM: campurkan semua markah , dapatlah 200 markah


kalau korang berjaya hadapi cabaran ni tahniah la
umar ucapkan....dan nantikan cabaran tahan gelak bhg 2 yer
tunggu hehe.....dan hadiah tuk pemenang plak berupa package
percutian selama mana yang korang nak kat rumah korang sendiri
makan minum ditanggung beres... >.<

30 ulasan:

  1. yeah..berjaya..walaupun sye ske sgt gelak....tp tadi tak pun... :)

    BalasPadam
  2. urm, i tak gelak pun. nothing can make me laugh or even smile. :(

    BalasPadam
  3. sengih adalah ... tak gelak sangat ... tapi gelak la juga

    BalasPadam
  4. LOL!! Kena troll dgn post sendiri.

    Kah kah kah. Bodoh betul!

    BalasPadam
  5. tersenyum je... huhu.. senyum itu sedekah.. peace!

    BalasPadam
  6. ok cabaran yg ke 10. . . .

    HAHA. .lawak!.

    BalasPadam
  7. ouh...bagus btl cbrn ni...dpt gk menghilangkn stress..

    BalasPadam
  8. yey saya dpt atasi cabaran, tak gelak pun :)

    BalasPadam
  9. tak gelak pun! *tutup muka dgn bantal*

    BalasPadam
  10. hahaa bagus la tuk hiburan semata..
    saje nak test ego korang... :)
    well done dude >.<

    BalasPadam
  11. Membaca dengan penuh santai, seolah-olah membaca surat khabar. Dan tidak mempunyai apa-apa perasaan. Mungkin inilah yang orang gelar sebagai hati batu. haih~ sedih... T.T

    BalasPadam
  12. hati keing.. xtaw nak gelakkk.. xlawak sangat kot...

    BalasPadam
  13. pipi tertarik siket...tp x gelak ag r...hmm...

    BalasPadam
  14. tgelak kt cabaran 6..sengal betol..hehe

    BalasPadam
  15. cabaran 9 membuatkan saye senyum. yang lain leh tahan lagi,, hehe

    BalasPadam
  16. cabaran yg bagus, tpi knpe sye x boleyh gelak?

    BalasPadam
  17. bengong je x lawak langsung pun

    BalasPadam

Designed By