Breaking News

Sabtu, 25 Disember 2010

Home » » KELUHAN HATI ISTERI.....

KELUHAN HATI ISTERI.....



Duhai suamiku dunia dan akhirat
Kufahami bahawa kau memang berniat
Menambah cawangan di satu lagi tempat Abang,

Bukannya niatku untuk menegah
Suara hati isterimu ini dengarkanlah
Kerana tiada guna kita berbalah
Sampai bila-bila pun tak akan sudah-sudah

Memang di officemu diriku tiada
Bukankah abang juga yang menegah bekerja
Katamu jadilah surirumah sepenuh masa
Agar anak-anak menjadi manusia berguna
Kuturuti katamu walaupun aku berijazah juga
Inikah pula yang patut kuterima?

Abang,Memang abang berhak berkahwin dua ataupun tiga
Tetapi mampukah abang untuk mengeluarkan belanja
Mampukah abang menanggung semuanya
Bukan sahaja dari segi material saja
Malah merangkumi aspek segala
Kubimbang nanti akhirat disana
Abang melangkah senget sebelah bahunya
Sedang aku dapat melihat cuma…

Abang,Kurelakan abang berkahwin lagi
Sekiranya layananku padamu tidak memuaskan hati
Tetapi seperti katamu aku lengkap segala segi
Apa sebenarnya yang kau cari???

Abang,Semenjak akad telah dilafazkan
Telah kuserahkan jiwa dan perasaan
Ibubapaku juga melepaskanku dengan pesanan
Hidupku jangan disia-siakanJanjimu kini hanya tinggal kenangan

Abang,Memang nafsu itu satu godaan
Sebenarnya tiada beza tentera ataupun sarjan
Hanya tekad dan akal yang mesti digunakan
Begitulah Islam menyarankan
Sekiranya tidak, tiadalah beza antara manusia dan haiwan ataupun syaitan…

Abang,Sanggupkah kau memikirkan apa yang kufikirkan?
Sanggupkah kau berkongsi pelukan?
Sanggupkah kau berkongsi belaian?

Akhir sekali,Apa yang ingin kutegaskan di sini
Mulai daripada tika dan saat ini
Aku akan berhenti menjadi
Seorang isteri yang baik hati
Kerana nampaknya kau tidak reti-reti untuk menghargai
Sekarang buatlah apa yang kau ingini
Aku sudah tidak peduli
Daripada ku menghambakan diri
Lebih baik aku pun mula mencari pengganti

Butang baju? Sorry, cari sendiri!!

------------------------------------------------------------------------

~~ Ini hanya sekadar hiburan untuk anda... Mencari yang pasangan yang sempurna untuk diri memang susah..tiada manusia yang sempurna dalam dunia ini..oleh itu, lelaki dan wanita saling memerlukan antara satu sama lain untuk manjadikan apa yang kurang itu akan sempurna..~~

p/s: peace no war.... :)

29 ulasan:

  1. ok eddy jangan jadi buaya lagi! ahaha

    BalasPadam
  2. ciannya........kesian kat c isteri..... maw ngs baca entry nie..... :(

    BalasPadam
  3. LIKE this version compare to hubby die punya version tuh. well betol jugak pandangan bini die neh.
    sedh lak bc :/

    BalasPadam
  4. haha . lu fikirlah sendiri kata nabil !! ^^

    thumbs up ! =)

    BalasPadam
  5. lelaki cepat lupe diri...

    BalasPadam
  6. uhuhuhuuhuhuh...lelaki suke tmbah2 even wife dh cukup sempurna di mata lelaki..knp ek/??

    hehehee

    BalasPadam
  7. Butang baju? Sorry, cari sendiri!!
    hahaha

    BalasPadam
  8. @SIELA MIKAIE

    ahhaa mmg le da pmpuan sokong la pmpuan hahahahaaa....

    BalasPadam
  9. wowowooo taknak dapat suami cm gini.
    hihi

    BalasPadam
  10. awal2 sedey je..last paragraph tu xbley blah..lebih baik aku cr pengganti. LOL go isteri go!

    BalasPadam
  11. hahaa..

    Masing² sangat diperlukan untuk menjadikan sesuatu yang kurang tu kepada lengkap..

    BalasPadam
  12. Butang baju? Sorry, cari sendiri!!

    hehehe..

    sad story.
    selalu macam tu kan..
    bila depan mata susah nak hargai.
    isteri yang baik pun disia2 kan macam tu je..
    kang bila dah tak da baru nak hegeh-hegeh kan..

    BalasPadam
  13. sedihnye alahai.....tak tau nak kata apa..

    BalasPadam
  14. istirahat sambil baca-baca!!!
    gkgkgk..

    BalasPadam
  15. err....hhoho.. : )

    BalasPadam
  16. luahan hati yang makan dalam... kalau para suami tak sedar2 diri gak tak taulah yerk

    BalasPadam
  17. suke ayat butang baju cari sendiri! ;p

    BalasPadam
  18. salam

    alahaiii..cianya si isteri!
    para2 suami hargailah pengorbanan si ieteri..!

    BalasPadam
  19. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  20. besyukurlah dengan si dia yang dikurniakan olehNYA :)

    BalasPadam

Designed By