Breaking News

Khamis, 30 Disember 2010

Home » , » Nak kategori bodoh ke bangang ke ni?

Nak kategori bodoh ke bangang ke ni?

Latih jadi pakar judi

KUALA LUMPUR: Anggota dan pegawai polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) akan dilatih menjadi pakar judi bagi membolehkan mereka menggunakan kemahiran itu untuk membanteras kegiatan perjudian di negara ini.

Ini berikutan langkah Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperkenalkan Makmal Latihan Pencegahan Perjudian bagi memberkas ahli sindiket perjudian. Makmal itu yang ditempatkan di Maktab PDRM Kuala Lumpur di sini bertujuan melahirkan pakar judi yang memahami setiap permainan yang ada kaitan dengan perjudian agar lebih efektif. Mereka juga akan menjalani amali seperti keadaan sebenar yang terdapat di kasino atau pusat perjudian di makmal itu.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, sebanyak RM198,000 diperuntukkan bagi mewujudkan makmal itu di samping peralatan dan kelengkapan seperti sebuah mesin serta peralatan roulette, tiga meja perjudian, empat mesin perjudian elektronik (slot machines), chip latihan dan beberapa peralatan perjudian lain yang ditaja Genting Malaysia Berhad yang bernilai RM110,000. “Saya berharap langkah ini dapat memberi pendedahan mencukupi kepada pegawai dan anggota untuk melayakkan mereka bergelar pakar judi.

“Mereka yang terpilih diharap dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan baik dalam usaha membanteras kegiatan perjudian di negara ini,” katanya pada sidang media selepas pada Majlis Pelancaran Manual SOP Siasatan, Portal C.I.D Update dan Makmal Latihan Pencegahan Perjudian di Maktab PDRM, di sini, semalam.


Ismail berkata, buku Manual SOP Siasatan pula diterbitkan dalam usaha memantapkan kualiti penyiasatan pegawai penyiasat dan Jabatan Siasatan Jenayah PDRM bagi kes kekerasan iaitu bunuh, rogol, samun dan samun bersenjata.


“Buat permulaan sebanyak 3,000 naskhah membabitkan kos RM150,000 diterbitkan yang menjadi panduan asas kepada pegawai penyiasat untuk mempunyai ilmu penyiasatan tinggi, cekap dan profesional.

“PDRM turut membangunkan sebuah portal dikenali Portal CID Update dengan menggunakan sistem teknologi maklumat PDRM, terkini dan dibangunkan tanpa kos,” katanya.


Beliau berkata, kewujudannya memberi kemudahan dalam pengedaran laporan dan memantau perkembangan siasatan serta mempercepatkan proses hebahan berita, laporan, aktiviti dan arahan semasa. “Portal ini juga sebagai media hebahan dan pengumuman aktiviti Jabatan Siasatan Jenayah melalui modul buletin, memantau pergerakan dan penugasan pegawai serta menjadi sumber rujukan dan perpustakaan kepada pegawai Jabatan Siasatan Jenayah,” katanya.

sumber metro

P/S: patutnyer banteras je apa jenis judi..x kira la daun terup ke @ tempat judi..ini tak..siap buat peruntukan tuk belaja..isk2 lepas ni adalah sekolah perjudian erkk..

17 ulasan:

  1. niat pihak polis tuh baik.
    tp cuba lah fikir kan?
    lepas dah pandai nanti, kang kalau addict caner?
    sekali ngn polis2 join..


    keluar kat brite dulu pun memang tak sokong lgsg.

    BalasPadam
  2. kalo nak buat pon xperlulah nak announce kot.. nanti org pakar2 judi tu tau lah,dan dorg akan lebih hati2..haish,nak buat cara bijak tp xbijak

    BalasPadam
  3. betul gak tu rossoneri. buat pe heboh heboh... nanti sindiket pun tau taktik diorang.

    BalasPadam
  4. ni la dikatan niat tidak menghalalkan care...hmmm.
    dunia2:(

    BalasPadam
  5. tak tahu la nak kategori mana . . .
    mereka kan ada pangkat siapalah kita nak bersuara.

    BalasPadam
  6. mereka rasa itu yg terbaik..
    hoho

    BalasPadam
  7. ni nk buat ala2 casino rayale la ni...sapala 007 2 ha???hehe..awek mletop kot

    BalasPadam
  8. mbazir je..rmai lg rkyat yg prlukn duit 2..nnt tkot polis plak yg jadi raja judi.opps...huhu

    BalasPadam
  9. polis skrg pun makan rasuah...nnti ajar judi, memang la banteras judi...tp belakang main judi....

    rasa ada kes: polis sepatutnya jaga makmal dadah, tapi seludup dadah jual....lbh kurg gitu la...

    BalasPadam
  10. wow.. cool..
    relax2.. da mcm stephen choww da.. cayalah..
    p/s- aku rse plis yg jadi spy nih msti la cina.. kalau mlayu pun sikit2 je la..

    BalasPadam

Designed By