Breaking News

Selasa, 14 Disember 2010

Home » » peringatan perokok! anda mungkin pembunuh??

peringatan perokok! anda mungkin pembunuh??


Semoga menjadi iktibar dan pengajaran untuk kita semua…..

Ini adalah kisah benar yang berlaku kepada kawan aku sendiri, harap2 dapat membuka mata sume org. Kejadian ini berlaku pada tahun lepas. Tempat dan masanya dirahsiakan bagi menutup aib keluarga sahabat aku….Aku, Ali dan Ahmad (bukan nama sebenar) adalah kawan baik dari sekolah rendah lagi. Kami dah macam adik-beradik dari dulu lagi,pegi sekolah sama2, pegi mengaji sama2, macam2 lg la…

Nak dijadikan ceritanya,pada suatu hari aku, Ali dan Ahmad telah pun mendaftar di satu pusat tuisyen yang berdekatan dengan Bandar untuk persediaan kami menghadapi SPM pada masa itu. Ali dan Ahmad telah bercadang untuk menaiki motosikal berdua ke pusat tuisyen yang telah kami bertiga daftarkan. Kami bersetuju untuk pergi bertiga dengan menaiki motosikal.
Ali dan Ahmad menaiki motosikal bersama manakala aku menunggang seorang. Sedang Ali dan Ahmad menyusuri jalan dengan gembiranya serta semangat yang berkobar-kobar untuk menuntut ilmu, aku ditinggalkan jauh ke belakang. Tiba2 aku terdengar bunyi dentuman yang sangat kuat pada satu selekoh. Rupa2nya telah berlaku kemalangan yang melibatkan motosikal dan kereta betul2 dihadapan masjid. Aku panik, dan terus memberhentikan motosikal untuk menyaksikan kemalangan tersebut. Setelah aku sampai di tempat kejadian, aku terkejut kerana orang yang terlibat dengan kemalangan itu adalah Ali dan Ahmad.

Tidak lama kemudian, ambulans tiba untuk menyelamatkan sahabat aku. Tetapi malangya Ali didapati meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami pendarahan yang teruk di kepala. Manakala Ahmad dikejarkan ke hospital berdekatan. Selepas keluarga mangsa dihubungi, aku dibenarkan untuk bersama Ahmad di dalam ambulans. Pada masa itu, aku disuruh untuk cuba berborak dengan Ahmad supaya dia tidak pengsan, kebarangkalian Ahmad mungkin akan koma sekiranya ia melelapkan mata. Ahmad mengalami pendarahan yang teruk di dalam badannya. Semasa aku berborak dengannya, Ahmad berkata “Kitorang xbawak pn laju2”. Aku mengangguk faham. Ahmad sambung lagi, “Mata Ali terkena habuk rokok yang banyak,dia cube hilangkan tapi motosikal kami hilang kawalan, mata aku pun terkena juga.

Untuk memastikan kebenaran kata2 Ahmad, aku cuba meneliti betul2 ke matanya. Semangnya betul apa yang dikatakan oleh Ahmad tu, matanya merah sangat dan masih terdapat lagi habuk rokok di dalam matanya. Selepas sampai di hospital, aku menceritaka ape yang terjadi kepada keluarga Ali dan Ahmad. Tidak lama selepas itu, Ahmad pun mengikut jejak Ali kembali Rahmatullah. Aku berasa sangat2 sedih, dan sehingga sekarang wajah mereka aku dapat bayangkan apabila aku melihat manusia yang menghisap rokok dan membuang habuknya keluar. Aku juga pernah terkena seperti apa yang pernah arwah sahabat aku alami. Memang ade kesahihannya,walaupun helmet kita mempunyai visor, habuk2 rokok ni boleh terbang ditiup angin dan seterusnya kemungkinan besar boleh memasuki mata kita.

Fikir2kanlah wahai perokok2 sume, dalam sedar xsedar dalam kita seronok menghisap rokok, kita boleh meragut nyawa yang tidak bersalah seperti arwah sahabatku. Jadi aku harap ape yang terjadi ni dapat dikongsikan oleh sume orang khususnya untuk perokok2 yang suka sangat membuang habuk ketika memandu.

P/s: aku pown penah kne habuk rokok masuk mata masa nek moto...thanx kpd beliau ni yg berkongsi cerita,wlupun aku tak tau sape beliau...sila la copy paste share dgn semua...

4 ulasan:

  1. btol tu umar..kita yg x hisap rokok ni risiko die lagi tggi akibat dok sedut asap tuh..tension tol..huhu

    BalasPadam
  2. salam..alhamdulillah suami saya bukan seorang perokok..anak2 nak mercun pun dia tak beli..katanya kalau beli mercun ibarat kita membakar duit le..hehe

    BalasPadam
  3. sedih aku bace entri...i hate smokers!

    BalasPadam
  4. sedih bila lihat sahabat kita depan mata melalui saat2 begitu.. semoga arwah mereka sentiasa dicucuri rahmat...

    BalasPadam

Designed By