Breaking News

Isnin, 10 Januari 2011

Home » » Kemenangan Ana Raffali Di AJL 25 Penuh Kontroversi

Kemenangan Ana Raffali Di AJL 25 Penuh Kontroversi

macam-macam kontroversi yang timbul dengan kemenangan ana raffali ramai yang tak berpuas hati,ahhaiii siapa yang menang tak penting yang penting kita kena support our local artist hehee.tak perlu la emo sangat.umar rasa apa yang diperkata oleh m.nassir adalah benar muzik dan lirik ana raffali sangat jujur.umar layan lagu ana raffali sebelum dia top lagi tau (dan2 keh3) apa pun tahniah sis....jom kita baca petikan dari ohbulan.com

 (Undian) Kemenangan Ana Raffali Di AJL 25 Penuh Kontroversi

Sebelum itu, izinkan kami untuk mengucapkan tahniah di atas kemenangan penyanyi berbakat ini, Ana Raffali yang berjaya membawa lagu Tolong Ingatkan Aku di malam AJL 25 sehingga dinobatkan sebagai Juara Lagu. Satu keputusan yang mengejutkan & mengagumkan ramai pihak, termasuk kami.

Namun, kemenangan ini harus dibayar dengan kritikan pelbagai pihak yang tidak berpuas hati akan kemenangan Ana Raffali. Kebanyakan peminat menyangkakan penyanyi berpengalaman seperti Faizal Tahir, Yuna, Meet Uncle Hussain (sekadar menyebut beberapa nama) yang akan berjaya merangkul Anugerah Juara Lagu.

Desas-desus yang tidak enak didengar menjadi lontaran ramai pihak di laman Twitter, ada yang menyokong, ada juga yang menentang keputusan kemenangan Ana Raffali. Kami bukan’lah pakar dalam bidang muzik, itu kami serahkan bulat-bulat kepada para juri yang didokong oleh M.Nasir, seorang artis, komposer yang terkenal & berpengalaman.

 (Undian) Kemenangan Ana Raffali Di AJL 25 Penuh Kontroversi

Menurut M.Nasir ketika sidang akhbar sebentar tadi, lagu Tolong Ingatkan Aku – Ana Raffali merupakan cutting edge untuk perkembangan industri muzik, kemenangannya satu titik pembaharuan. Liriknya jujur, satu ekspresi daripada Ana Raffali selaku pencipta lagu tersebut.

Izham, orang kuat Media Prima pula berkata, orang ramai harus menghormati keputusan para juri kerana mereka lebih berpengalaman, dan tahu selok-belok dunia seni ini.

 (Undian) Kemenangan Ana Raffali Di AJL 25 Penuh Kontroversi

Ana Raffali pula menyatakan, dia memang berharap lagu Tolong Ingatkan Aku menang di AJL 25, dan merasakan lagu itu dicipta pada landasan yang telus dan betul.

Al-kisahnya, sewaktu keputusan juara lagu menyebut nama Ana Raffali ialah pemenangnya, tidak pernah jadi dalam sejarah dimana seorang pemenang telah di-boo, ada orang yang bengang sampai baling kerusi. Pada kami, memang melampau & tak beretika langsung. Boleh marah, cuma jangan terlampau emosi.


P/s: amboi der agak-agak le dah memang rezeki dia tak kisahlah ana Raffali ni baru ke lama... umar layan album ana raffali semua tau... lagu-lagu dia memang layan la,yang paling best lagu 'ketika aku kecil' ana raffali umar yg cute sentiasa sokong anda keep it up sis :)

P/ss: umar support ana raffali sebab dia iras-iras Lisa surihani :)

35 ulasan:

  1. saya tak bape setuju ana raffali menang, igtkan faizal tahir tp takpela..dh rezeki die kan..huhu

    BalasPadam
  2. ilove ana raffali si baju kurung! AJL yg mmg penuh dgn kejutan & kntroversi...tapi kejutn yg ni mmg best...hoho!

    BalasPadam
  3. xkesah pon sape yang menang..janji drama king menang..haha

    BalasPadam
  4. Penanatian siapa juara dah tau..apapun tabik laa pd faizal tahir yg bayah kuyup tu..

    BalasPadam
  5. tak kisah ana rafali menang, sbb suke lagu tu..suke lagu FT juge..hehe

    BalasPadam
  6. ala mcm le lagu org laen xjujur..ana menang sebab m.nasir xsuke rock..m.nasir suke lagu2 puitis cmtuh pastu sebab ana suke pakai bju kurung...menyampah!!!

    BalasPadam
  7. jangan sangka m.nasir tak suka lagu rock sedangkan lagu2 rock daripada kumpulan search m.nasir yang banyak cipta....

    BalasPadam
  8. pendapat juri perlu dititik-beratkan.jgnlah terlalu emo ikut perasaan.mereka lebih arif,then barulah industri muzik tanahair boleh maju kehadapan...

    BalasPadam
  9. xkesah sapa menang janji tahun depan nak fbi jugak jadi pengacara =)

    BalasPadam
  10. memang betul itu rezeki Ana Raffali nak jadi juara AJL ke 25... kalau yang tak puas hati suruh depa masuk bertanding tahun neh... ahahahahah =))
    jgn balik kerusi meja.. baling bom terus ...

    BalasPadam
  11. yah wajar lah, ada yang menang berarti harus ada yang kalah dong...

    BalasPadam
  12. Tahniah buat Ana Raffali kerana berjaya menjadi pemenang Di AJL 25 pada malam tadi..

    Paling membanggakan Ana memenengi hadiah 3 dalam 1 sekali gus disebabkan beliau adalah pencipta lagu, penulis lirik dan penyanyi..

    Kepada semua peminat muzik tempatan diharapkan dapat bersama-sama berfikiran positif.. Anggaplah kemenangan tersebut memang rezeki beliau yang tuhan nak beri..

    BalasPadam
  13. Tapi..... macam tak adil lah kalau Anna Rafali yang nyanyi.. sebab ape tau, mase die nyanyi lagu 'Tolong Ingatkan Aku' tuh, rase macam tak brape jelas sebutannya, mcm mane die boleh menang ni??!
    tapi ape yg best AJL kali ni, yg mase Faizal Tahir basah kuyup tu.. HA-HA-HA!! =))
    Then, FBI dgn Ally Iskandar, ahahaha asyik gadoj je(bukan gadoh betul),
    biler FBI sebut diam - diam dlm bhs Inggeris?? Shut up2?? HAHAAHAHAHA =)) :))
    Ally pun layan je.. hahhaaa 8-}

    BalasPadam
  14. Yuna is the best for me..tapi Ana raffali pun tak kurang hebatnya...juri yg tau kan...

    BalasPadam
  15. Aku nak Yuna. Xmau Ana. Waaaaaaa :((

    BalasPadam
  16. nak faizal tahir menang tp ana raffali pun okay je :)

    BalasPadam
  17. sila jangan kutuk kekasih saya lebih2 yer ana raffali mmg besh :D :D

    BalasPadam
  18. really? ada yang baling kerusi ke?
    OMG

    BalasPadam
  19. tahniah ana raffali,,,,,,
    suara best..

    BalasPadam
  20. kecewa sbb black-sofea jane x menang..huhu..
    ape2 pun, tahniah kat ana raffali..=)

    BalasPadam
  21. tahniah yang menang...yng kalah boleh cuba lagi.camna pun muaz tak tengok,sibuk dgn bloghttp://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/4.gif!

    BalasPadam
  22. semuanya hebat2 dan patut menang.. tp mungkin ana rafalli yg terbaik diantara yg baik2 tu.. so mmg rezeki dialah.. kenapalah org susah nk terima yer..

    BalasPadam
  23. suka ana rafali gak...lagu dia cm masuk je...FT ??? no no no no no .... ini contest lagu bukan contest popularity...

    BalasPadam
  24. yes yes yes .. ana raffali yg menang bukannya FT .. wakakaka :D

    BalasPadam
  25. faizal tahir jugak winner.. ahhhh

    BalasPadam
  26. kpada yg xpueh ati ana mng..quote blik pa yg cheryl samad kata masa last2 tu...hehe..aku suka...

    BalasPadam
  27. Salam .. Ana Raffali menang bukan sebab dia nyanyi lagu puitis. Dia menang sebab lagu tu memang terbaek. Kalau orang lain yang nyanyi lagu tu pun akan menang. Ini bukan soal Ana Rafalli... ini soal lagu yang Ana Rafalli bawa.

    Itu sebab namanya Juara Lagu .. bukannya Juara Artis!

    BalasPadam
  28. =)) lagu best ape..layan woh..kalau nak artis popular menang, tggu abp lah.. =) hehe..

    BalasPadam
  29. kesian ana rafali...moga karya2 anda pasni bertambah meletup dan berkualiti..tahniah dan tahniah sekali lagi :)

    BalasPadam
  30. sangat tak percaya...for me...that song...takdela sedap mana pun BUT...the lyrics...memang ada makna yang tersembunyi...memang telus dan best untuk dihayati...so...she deserve to win...plus...da rezeki dia kan..:)

    BalasPadam

Designed By