Breaking News

Khamis, 16 Jun 2011

Home » , » Surat Bantahan Nora Elena

Surat Bantahan Nora Elena

Agak-agak korang dah baca belum pasal surat bantahan drama popular nora elena ni? haha kalau belum meh baca! sumpah naik pecah perut aku baca surat bantahan ni, macam ni punya orang pun ada LOL!


Nowa
Kakitangan Kerajaan,
Putrajaya

TV3
Sri Pentas,
No 3, Persiaran Bandar Utama
Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya

Tuan,

Per : Bantahan Terhadap Penyiaran Drama Bersiri Nora Elena

Adalah dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan drama bersiri Nora Elena adalah berkaitan.

2. Dimaklumkan, bahawa saya, Nowa dengan ini membantah penyiaran drama bersiri Nora Elena yang disiarkan setiap hari, jam 7 petang di saluran tuan. Antara sebab sebab pembantahan saya adalah seperti berikut.

i) Membuatkan jiwa isteri isteri terganggu.

Mana ada suami gitu sabo dalam dunia ini? Logik tak bila Nora tanya Seth, asal Seth tak penah dengan apa saja perbuatan Nora? Seth jawab, sebab Seth terlalu sayangkan Nora. Jadi kesimpulan, isteri-isteri mula curiga dengan suami mereka yang sepanjang masa marah marah. Ni laki aku sayang ke tak ni?

ii) Jiwa jiwa suami juga turut terganggu.

Ini kerana, apa bila tiba scene scene romantik dan tidak dapat diterima akal, seperti Nora terpeleot, Seth siap dukung bawak g sofa, tingkat bawah..(gila gagah..aritu aku nak branak, laki aku gendeng henbek aku, beg kain aku, pastu tunggu aku kat grill depan umah, aku la terkedek-kedek jalan sendiri..pastu pegang lengan aku je tau..bila suh dukung macam biasa drama atau filem buat, laki ckp, “ah gile mung, patoh pinggang!” Pastu sampai sepital, lari lari amik wilca..kalu dukung macam drama melayu kan bagus??)

Oh pasal part romantik tu, biasanya isteri akan menjeling kepada suami, disertai dengan kata kata sinis, “dedi mung ni masa dulu geletak nok ke mami, masa mami begetoh je belanar beli bunga, minyok wangi, cekelat bagai..leni doh dapat mami doh haghammmmmm!!! asal besday ke anniversary ke, pakai tektik, hadiah ai pada yu adalah sebuah cinta yang murni dan ikhlas”….itu je?? harharharharam!!

Paling koman, selepas jelingan tajam, cubitan kental di lemak perut pasti akan singgah di bahagian perut suami. Jadi, sebagai lelaki melayu, suami, mereka juga merasa hangat dengan penyiaran drama bersiri ini.

Kebiasaan jugak, malam malam yang sepatutnya diisi dengan aktiviti sukan berair akan berlalu begitu saja, pabila sang isteri makan hati, lelaki melayu dalam drama lagi romantik dari laki sendiri. Saje saje wat merajuk, ingatkan si laki pujuk cam si Seth pujuk Nora, tapi tak tau laki sendiri penat, dah, amik kau, sampai ke pagi tak dapat apa apa..laki tak pujuk satu hal, laki horny dibuat bini gitu pun satu hal..Sian Johnny!

iii) Memberi harapan pelesu kepada gadis gadis yang belum menikah.

Apabila pengaruh Seth Tan mula menular, maka ramai gadis gadis mencari pasangan hidup yang romantik nak mampus macam Seth Tan. Selepas menonton siri itu juga, kajian secara rambang mendapati kebanyakan dahi gadis gadis lebam. Ini adalah berikutan dengan tabiat sebelum tido mereka yang gemar meletakkan belakang tapak tangan ke dahi sebelum tido sambil berangankan lelaki seromantik Seth Tan, walau sebenarnya, Non Ada lelaki MELAYU seromantik itu. Yang romantik cumalah, lelaki Bangladesh, lelaki Lombok, dan Shahrukh Khan sahaja.

iv) Pasangan-pasangan bercinta kerap bergaduh.

Sang aweks memaksa jejaka untuk kerap membelikan bunga. Sedangkan boipren tu keja Kerani je kat Kementerian Kewangan. Gaji pun RM1500 jek. Kau gile sekuntum bunga brape hengget?? Kalu nak 3 kuntum sebulan, takpe jugak. Ni nak 21 roses everiday??

Kau gile, ko nak mamoh kelopak bunga ke? Kau ingat kau cantik macam Nora Elena nak demand-demand? cess

v) Tak logik punya citer..

Brape lama kawen baru bole ‘bersama’?? Ada ke lelaki sesabar Seth tu.. Ok, takde ke tunjuk scene Seth ‘tumbuk sambal’?? eh, kalu betol ada lelaki tak penah sentuh isteri, kira mesti dia ‘tumbuk sambal’ kan? hahahha…takut awak sakit belakang konon..padahal ajak tido skali..mood cameron suda mari..eh, tetiba teringat Jay….kahkahkahakha

vi ) kari hangus, nasik hangit.

Duk sibuk berkejar dari dapur ke hall, pastu ke dapur semula, pastu part ehem ehem, part ada pelangi, dah teralit, tengok sambil berangan, jeling laki, dah lupa kari kat dapur..hangit gitu je..

vii) Mengganggu tumbesaran anak kecil.

Pabila seorang isteri, terpengaruh dengan apa yang dilihat di kaca telebisi, nak perli secara derek kepada laki sendiri takut kena penampo, jadi, anak kecil dijadikan medium untuk menyampaikan isi hati

“tengok tu Alya, dulu dedi mung semart gitu ah, nok g dating siap bukak pintu bagai sume? leni? mami terkedek kedek bawok barang dia hon siap siap doh”

“owoh Alya ork? napok ngat nipu..mana ada orang kawen doh romantik gitu ork??”

Kesian la budak kecit tu terkebil kebil tak tau ape mak dia bebelkan.

3. Sekian dimajukan untuk pertimbangan dan kelulusan pihak tuan. Dan semoga dengan ini, tiada lagi kekeliruan dan kecelaruan minda penonton penonton lagi. Mana ada lelaki romantik gitu dalam dunia..kalu ada pun sebelum kawen, lepas kawen, bagi setahun, atau dah dapat anak sorang, jadi kayu la semuanya..Jadi, dimohon pihak tuan agar tidak mempermainkan perasaan kami, dan memberi harapan pelesu kepada gadis-gadis diluar sana.

Sekian,

“BERPIJAK DIDUNIA NYATA ADALAH TUNGGAK KEHIDUPAN BAHAGIA”

( NOWA)
Pengerusi,
Kelab Ibu-Ibu Menyusu Badan
Putrajaya.


'Kelab Ibu-Ibu Menyusu Badan' bhahaha nama pun drama makcik oi! Umar pun sangat romantik macam seth tan :D tapi apa-apa pun makcik punya tulisan memang Cool la.

22 ulasan:

  1. owoh...gile la sape yg tulis nie..huu,,,ade kepatut...tp mmg betol pom,ade ke yg seromantik seth tu..auuuw...

    BalasPadam
  2. dah baca aritu..memang lawak kan. hehe


    hai anuar zain! ;D

    BalasPadam
  3. @nairaariaa
    aippp sape ckp tade :D ni umar ni romantik auwww aaa =))

    BalasPadam
  4. @laskar pelangi
    makcik tu emosi lebeh =)) =))

    hehe hai laskar pelangi na sainn ta :D

    BalasPadam
  5. hek eley... kalau tak suker jangan dok layan cerite tu..berjuta lagi suke nak tngk cerite tu... dah nak abes cerite baru makcik tu nak cerite banyak...aku rase mesti makcik tu kepingin macam seth tapi malangnyer tak dapat..tu emosi lebih tu..huhu

    BalasPadam
  6. hahahaha...
    lawak tol..
    da name nye pun drama, lagi2 bile diadaptasi dari novel...
    ni mesti kes tak pernah bace novel...
    da biase kot novel romantik mcamtu...
    novel kan slah satu medium untuk mengekspresikan perasaan dalamn, khayalan kite...
    huhuhuhu....

    BalasPadam
  7. alaa, lek aa. macik ni pon saje nak buat lawak laa tu. :)) takde nye serius2 ni.. yang patot die buat bangkangan adalah cerite best tu ditayangkan pada waktu maghrib! haa yang tu patot ubah la skit kot.. ngehehehe

    BalasPadam
  8. Hahaha! Ada juga org mcm ni..so funny! Hahaha. =)) Jiwa dia x sentimental la, x cool langsung. Hehe. Anyway, it's a happy ending. Love it!

    BalasPadam
  9. @Cik Lya
    agaknye die tensen laki die x romantik dan perangai hampeh hahaha :D

    BalasPadam
  10. @LynN LoLa~~
    aaa sokong2 hehe >.<"

    @Aemy Shamy: untungla dpt tgk :)

    @salwaismail: hehe emosi die terganggu tu,sb laki die x mcm seth tan :D :D

    BalasPadam
  11. aku rs aku kenal makcik ni.. ni msti makcik urut.. yg urutkan kaki nora ni.. sah.. sah.. sahih.. miahahaha...

    BalasPadam
  12. @♥ Cik Nour Yang Baek Hati ♥
    Makcik ni kurang kasih syg kot haha :D

    @firdaus.yahaya: tu la psl kn =)) ayat die mmg xleh blah :D

    BalasPadam
  13. Apaplak xder...laki aku ni pn lbih kurang dgn seth...x yah nk tggu kaki trseliuh...bila aku tertido kat sofa dpan tv...laki aku msti dukung aku naik ats katil...mgkn laki makcik tu yg mmg xder prasaan belas dan kasih pd makcik agknya atau dh mmg dia tu jnis yg x romantikkk...

    BalasPadam
  14. nabi kiter tak romentik ker ?

    agama tunjang kebahagian dunia akhirat la macik .. harap maklum ..;;)

    BalasPadam
  15. hhahahaha...tp betul gak...aku stuju...kalu drama tb ni semuanye bg harapn pelesu lakee.....wanita skang kalu boleh semua nk cri lelaki yg macm dalam drama tb,flem2 tu....romantik,baik ati,pnyabar,pndai pujuk,.....padahal hakikat sebenarnye xde pun yg cmtu.....romantik pn mula2 nk dpt,dh dpat wat xtau jee..huhuhu

    BalasPadam
  16. kehkehkeh :D aku no komen la :D :D

    BalasPadam
  17. makcik tu yg trpgaruh..

    BalasPadam
  18. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  19. “ hαti sєorαng wαnitα Itu selembut kαpαs putih….jikα bαhαgiαn hujungnyα tєrkєnα sєtitis αir, mαkα αkαn ikut bαsαhlαh sєluruh bαhαgiαnnyα…..
    bєgitu pulα jikα tєrkєnα pєrcikαn αpi, mαkα αkαn ikut tєrbαkαrlαh sєluruhnyα….
    mαkα tєmpαtkαnlαh iα didαlαm kotαk hαtimu......jαgαlαh dαri αir ( kєsєdihαn ) dαn αpi ( kєcєmburuαn ),...nєscαyα αkαn kαu dαpαti tєrus kєlєmbutαnnyα….➷

    BalasPadam

Designed By