"huhh!! mimpi ni lagi, astaga!
'apa maksud semua mimpi-mimpi ni, macam ada sesuatu yang tak elok je urghh!' bisik hati illyaz, boleh dikata setiap hari dia bermimpi perkara yang sama.
illyaz: mak, ill rasa nak balik KL la..
mak: elok la tu ill dah berbulan kamu kat kampung ni, asyik termenung je..
illyaz: hai mak ni macam menghalau je kan...
mak: hehe mak gurau la ill,mak bukan apa, kamu tu macam orang sakit angau je mak tengok..
illyaz: tak ada apa la mak, mak tak payah la nak risau, anak mak ni kan kuat..
mak: hmm dah la ill kamu pergi la makan dulu.. 'pandangan sayu seorang ibu melihat anaknya yang tidak seperti dulu lagi.
hari demi hari berlalu, tapi hari ni bagai terlalu asing bagi aku, persoalan demi persoalan tapi satu pun tak pernah terungkai.. persoalan tanpa jawapan umpama malam tanpa siang..tiba-tiba.
anisa: abg ill ada orang call..
memecah lamunan illyaz yang sedang duduk dilaman rumah.
illyaz: alaa cakap la abg tak ada, abg tak ada mud la. 'jawap illyaz dengan nada yang malas sejak dikampung satu panggilan pun illyaz tak pernah jawap.
anisa: kawan abg cakap urgent, dia cakap pasal wahidah?
"wahidah?? kenapa dengan wahidah" ' bisik hati illyaz dengan penuh tanda tanya, beribu persoalan yang timbul bila illyaz terdengar nama wahidah nama yang dah hampir berbulan tidak didengarinya'
illyaz terus mendapatkan panggilan tersebut.
illyaz: hello, siapa ni?
pemanggil: saya rin kawan wahidah? ada sesuatu yang awak perlu tahu?
illyaz: apa dia?
......................................
anisa: abg siapa wahidah? tanya anisa dengan penuh persoalan melihat wajah abg kesayangannya berubah kelihatan sayu...
tanpa menjawap pertanyaan anisa, illyaz terus berlalu...
keesokan paginya illyaz terus bersiap untuk pulang ke kuala lumpur..
mak: illyaz kenapa tergesa sangat nak balik ni?
illyaz: ill ada hal penting sangat mak, mak jangan risau k. anisa jaga mak k, kalau ada apa-apa jangan lupa call abg.
'anisa hanya terdiam,seolah mengerti sesuatu yang buruk bakal berlaku'
anisa: abg jaga diri. dengan nada yang sayu..
illyaz: mak, anisa jaga diri k, ill pergi dulu..... 'kesedihan jelas terpancar diwajah illyaz...'
selepas bersalaman dengan ibu dan adiknya illyaz terus memulakan langkah ke kuala lumpur,
'ni ke sebab wahi tak dapat nak terima aku, ya'allah kenapa mesti dugaan ni yang kau berikan, terlalu besar ujian mu ini ya'allah'
sepanjang perjalanan,illyaz hanya ditemani titisan airmata, sungguh tak disangka orang yang paling disayanginya bakal berdepan dengan maut..
setelah 3 jam perjalanan illyaz tiba di HKL kuala lumpur.
illyaz: nurse boleh saya tahu dimana bilik wad pesakit bernama wahidah yusuf.
nurse: sebentar ye, boleh saya tau encik ni siapa?
illyaz: saya kawan dia.
nurse: baiklah, encik jalan terus dan belok kanan, keluarga pesakit ada di sana.
illyaz: terima kasih nurse.
illyaz terus bergegas cuba masuk ke bilik wad wahidah, tapi dia dihalang oleh nurse dan keluarga wahidah, illyaz hilang kawalan, kerana kesedihan, dia hanya melihat dari jauh wahidah yang dulunya seorang yang periang kini terlantar tidak sedarkan diri.
ayah wahidah: nak sabar nak doktor tak benarkan sesiapa pun masuk, keadaan wahidah tak stabil lagi.. tegas ayah wahidah yang cuba menenangkan illyaz.
illyaz: pakcik wahi sakit apa pakcik? kenapa dia tak pernah nak bagitau saya? kenapa?
ayah wahidah hanya mampu terdiam seribu bahasa...
ibu wahidah: sabar nak, dia tak mahu orang risau, dia hanya mahu melihat orang sekelilingnya tersenyum dan gembira.
illyaz hanya mampu terduduk diam kaku bagai orang yang hilang arah.
"kenapa aku terlalu bodoh, aku memang tak berguna? ya'allah aku sanggup korbankan apa sahaja untuk dia, selamatkanlah wahidah."
selepas beberapa jam doktor datang berjumpa kedua ibu bapa wahidah, selepas mendengar penjelasan doktor ibu wahidah menangis teresak, ibu mana yang mampu melihat anaknya terlantar sakit tidak sedarkan diri.
keadaan yang sungguh hiba, suasana yang sayu ditemani esakan tangisan ibu wahidah, illyaz pergi berjumpa doktor untuk mengetahui keadaan sebenar wahidah.
illyaz: doktor boleh saya tahu wahidah mengalami sakit apa?
doktor: encik ni siapa dan apa hubungan encik dengan pesakit?
illyaz: saya illyaz kawan baik dia doktor.
doktor: baiklah encik illyaz, wahidah mengalami sakit buah pinggang yang teruk, jika dia tidak menjalani pembedahan mungkin boleh berdepan dengan maut.
illyaz: dan apa masalahnya doktor?
doktor: dia perlukan penderma buah pinggang, dan risiko untuk penderma juga terlalu tinggi..
illyaz: doktor dah ada penderma, saya sanggup.
doktor: encik illyaz ini perkara serius encik kena fikir semasaknya ini soal hidup?
illyaz: doktor hidup saya untuk dia?
akhirnya illyaz menawarkan diri untuk menjadi penderma, seperti katanya sanggup melakukan apa sahaja...
illyaz: hello anisa mak ada, bagi abg cakap dengan mak.
mak: hello ill ada apa nak?
illyaz: mak ill nak mintak ampun dan maaf,halalkan makan minum ill ye, mak kalau apa-apa jadi kat ill mak jaga diri baik-baik.
mak: ya'allah apa yang kamu merepek ni illyaz?
illyaz: tak ada apa-apa mak, mak ill kena pergi dulu.
tak tertahan sebak illyaz mendengar suara ibunya..
"aku tak sanggup hidup tanpa dia, aku nak dia bahgia, aku sanggup korbankan walau nyawa aku"
illyaz: makcik kalau jadi apa-apa kat saya tolong bagitau wahi saya mintak maaf kat dia.
ibu wahidah hanya tersenyum dan diiringi airmata, tak mampu berkata apa-apa.
ayah wahidah: terima kasih nak semoga allah melindungi kamu.
illyaz: dan satu lagi saya nak mintak tolong sampaikan kat wahi..........
.....................
selepas 3 bulan wahidah kembali pulih seperti sediakala, tapi dia tak pernah tahu siapa pendermanya, tapi lama kelamaan menjadi tanda tanya, setelah dia mendesak akhirnya ibunya menceritakan perkara yang sebenarnya..
wahidah: mak wahi rasa ada sesuatu yang mak sorok daripada wahi kan? mak wahi nak tau siapa penderma buah pinggang ni?
mak: wahi tu semua tak penting yang penting wahi dah selamat dan sihat...
wahidah: mak, mana boleh tak penting, wahi perlu tahu mak??
mak: hmm baiklah wahi sebenarnya illyaz yang jadi penderma tu ?
wahi: ya'allah... mak betul ke ni? mana illyaz mak kenapa dia tak pernah datang tengok wahi..
airmata wahi mula berlinang,dia merasa menyesal dengan semua yang terjadi.
mak: wahi, illyaz meninggal dunia selepas menjalani pembedahan, dia mintak mak rahsiakan dari wahi, dia sanggup ambik risiko yang melibatkan nyawanya sendiri, wahi banyak-banyak la berdoa untuk arwah.. serba salah ibu wahidah menceritakan perkara sebenarnya.
wahidah hanya mampu menitiskan airmatanya, tidak mampu berkata lagi, kini dia sedar bertapa illyaz sungguh mencintainya.
ya'allah illyaz kenapa kau buat semua ni untuk aku..
mak: illyaz ada pesan kat mak dia mintak wahi tolong tengok-tengokkan mak dan adik dia kat kampung.
wahi: mak illyaz dah jadi sebahagian dari hidup wahi mak, hidup kita.....
mak: dia jugak mintak maaf kat wahi, dan dia mintak supaya wahi sentiasa ingat akan dia..
cinta dan pengorbanan, memang tak pernah lari dari kehidupan.... cinta tak semestinya untuk dimiliki. -ILLYAZ
-TAMAT-
ni yang part 1 Aku dan cinta EdRa.....part1
asal kau buat ending nak sedih. btw, tang mana EDRA nye? haha
BalasPadamni kisah benar dalam mimpi ak dow, dua hari berturut2 ak mmpi bnde nih -__-'
BalasPadamdari mimpi ker..?
BalasPadamsedih lar citer die..
Salam kenal dari rasta..
BalasPadamRasta singgah sini tanpa di undang ribuan maaf dari rasta
buat tuan umah...maaf sekali lagi......
mohon keizinan...
sedih la crita nie..aku ada komen kat part 1 gak....hhuhuh
BalasPadamok la.. but kalu ubah sikit mesti best..
BalasPadamkeep it up okeyh!
:D
nice...keep it up...
BalasPadam