Breaking News

Selasa, 13 September 2011

Home » , » Mamat Punca Sepah BerCerai! betul ke? Ikuti Penjelasan Jep sepah!

Mamat Punca Sepah BerCerai! betul ke? Ikuti Penjelasan Jep sepah!


baru-baru ni kita di gempar kan dengan isu perpisahan artis pelawak popular sepah, panas dan hot ialah mana tak hotnya mereka sedang meningkat naik berada di puncak dan senang cerita, bak kata jep dalam sketsanya "ye la melayu kan mudah lupa" sejak dari awal kemunculan sepah dalam raja lawak gua memang sentiasa up date dengan sepah sebab lawak diorang jujur, gua nampak ada potensi untuk diorang melangkah lebih jauh, terbukti dengan sepah berjaya menjuarai maharaja lawak, tapi sayang oh sayang apa bila sepah akhirnya bercerai talak 2 ! eh ye ke..

hehe.

jom kita ikuti penjelasan jep mengenai kes cerai sepah! yang di petik dari mana2 je la gua pun tak tau sumber asal ni, ramai yang share tapi tak letak sumber sorry to say bro, gua copy je hehehe...

Kisah perpisahan Mamat dan Adda bukan lagi isu baru. Namun setelah adik kepada pemain gitar kumpulan Kristal, Rody ini membuat kenyataan mengenai perpisahan mereka menerusi sebuah akhbar baru-baru ini, timbul pula kontroversi lain.

Selain mendedahkan perangai buruk Mamat, Adda juga mendakwa Mamat adalah punca utama kumpulan Sepah berpecah.

Adakah benar dakwaan bekas kekasih Mamat?

Zass mendapatkan komen ahli Sepah, Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Bin Zainal Abidin untuk mengetahui kisah sebenar. Jika sebelum ini, Jep lebih selesa menutup mulut di atas isu perpecahan mereka, kali ini Jep bersedia meluahkan konflik sebenar yang berlaku dalam kumpulannya selama ini.

“Saya tidak menafikan kenyataan itu. Sebelum ini, orang tak tahu apa masalah kami hingga saya putuskan untuk bergerak sendiri. Terus terang saya katakan, masalah disiplin dan tiada komitmen adalah faktor mengapa kumpulan ini tidak boleh bertahan lagi.

“Saya sudah pendam terlalu lama perkara ini dan tidak mampu bertahan lagi. Saya dapat rasakan kami boleh berjaya dalam industri seni ini apatah lagi kami bertiga sekampung. Masing-masing sudah mengenali keluarga serta tahu kelemahan dan kelebihan diri.

“Tapi, apa yang boleh saya katakan, saya sudah penat dengan ahli yang tiada disiplin dan komitmen dalam bekerja. Ada yang buat sambil lewa dan menganggap semua perkara itu remeh-temeh. Saya mula bosan dan takut untuk bersatu lagi,” katanya ketika dihubungi semalam.

Mengakui ada ahli yang sukar memberi kerjasama lebih-lebih lagi memberi idea untuk setiap persembahan mereka, Jep lelah dengan perkara sedemikian.

“Bayangkan dari minggu pertama hingga minggu ke enam Maharaja Lawak, idea dan jalan cerita datangnya daripada saya seorang. Shuib juga ada membantu memberi idea dan selalu berbincang. Tapi, hanya kami berdua sahaja.

“Saya penat kerana saya juga sibuk seperti yang lain. Kerana itu saya ambil keputusan untuk kuburkan sahaja Sepah. Apatah lagi, semakin banyak masalah peribadi yang timbul," katanya yang nekad berpecah selepas menjuarai Maharaja Lawak.

Hanya kerana nila setitik

Lanjutan daripada perpecahan itu, Jep turut terkena tempias lantaran pelbagai cerita kurang enak yang melanda salah seorang ahli yang bermasalah.

“Macam-macam yang saya dengar. Kaki perempuan, masalah disiplin, tak datang fotografi dan ada lagi yang membabitkan individu ini. Bukan hanya dia, malah ahli yang lain terkena juga. Hanya seorang buat hal, dua lagi akan menerima padahnya. Sepah tak ada disiplin, berlagak dan tak tepati masa.

“Sebagai kumpulan, sudah pasti saya mengambil sikap menegur di mana kurang dan silap. Tapi apa kesudahannya jika segala teguran dan nasihat tidak diendahkan? Jadi, keputusan berpecah ini adalah jalan terbaik,” katanya.

memang sangat sedih la, gua memang minat gila dengan lawak melayu sepah yang penuh dengan message, mamat tu memang gua tak berapa nak minat sebab dalam sketsa sepah dia macam buat keje senang kan, gua respect jep dengan shuib sebab nampak kerja keras dorang, apa apa pun gua tetap support u'all walau dah bergerak solo...

3 ulasan:

  1. masa Maharaja lawak dulu pun nampak yg lawak jep ngan shuib kan..kalo dorang duo cm jozan pun lawak dah

    BalasPadam
  2. ..xminat sangat dengan mamat tu..dulu masa rajalawak,suka ketuk kepala shuib....

    BalasPadam
  3. kalau jep dengan shuib memang terbaik kn.. pe kata vote jep dengan shuib jadi duo mcm jozan hhaaha.

    BalasPadam

Designed By