Breaking News

Khamis, 6 Oktober 2011

Home » » [18SX] Artis Seksi Terlampau.

[18SX] Artis Seksi Terlampau.



BARU-baru ini Joyah ada menerima e-mel daripada pembaca akhbar ni yang mengirim sekeping gambar kepada Joyah. Bila belek gambar tersebut memang Joyah tak berapa nak terkejut sebab gambar ini dah banyak kali Joyah tengok di blog dan facebook rakan-rakan Joyah.

Apa nak jadi golongan macam ni? Senang-senang nak tayang separuh badan dan siap tunjuk belakang dia cantik? Joyah rasa hanya orang yang tak berapa nak waras sahaja yang sanggup buat macam ni.

Inilah perosak golongan anak seni. Tak sanggup Joyah nak tulis nama dia, apa filem lakonan dia dan yang paling penting ramai yang bersetuju orang macam ni tak perlu wujud dalam industri kita.

Joyah tak rasa ini gambar ditangkap curi. Bila dia rela melakukan macam ni, dia sebenarnya rela dirinya ‘dilacurkan’ atas nama seni. Adakah budak setengah masak macam sedar dirinya sedang dieksploitasi, atau dia memang rela untuk dieksploitasi?

Orang lain nak popular juga. Tapi bukan dengan cara macam ni. Kalau begini artis kita sanggup buat, memang dah capai taraf Hollywood nampaknya. Silap hari bulan sanggup berbogel untuk popular.

Hmmm... Kalau inilah hasil kerja orang seni, memang Joyah kecewa. Sepatutnya orang macam ni tak perlu ada dalam industri. Kita tak perlukan manusia haprak yang sanggup melanggar batas agama dan silang budaya yang ada di sini.

Nasihat Joyah pada semua, jangan ada yang mengada-ngada nak jadikan budak macam ni idola. Paling tidak pun carilah artis lain yang ada maruah!

sumber


siapa artis ni ekk seyes aku x kenal laa, hehe seksi ke, aku malas nak komen sangat sebab dah ramai yang hentam minah ni kekeke.. jangan nak bajet kau amerika sangat la wahai melayu :D

8 ulasan:

Designed By