Breaking News

Rabu, 12 Oktober 2011

Home » , » Bayi 23 hari diliwat bapa kandung!

Bayi 23 hari diliwat bapa kandung!


GOMBAK: Berang isteri dalam pantang enggan m...elayan kehendak seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumahnya di Taman Sunway, Batu Caves, di sini, kelmarin.

Lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itu langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya itu menggunakan tangan dengan kuat, sekali gus menambah derita si kecil.

Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan sedang berehat di ruang tamu rumah.


Sumber polis berkata, tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira jam 4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu memandikannya.

“Si ibu terkejut apabila melihat bahagian mulut mangsa lebam. Pemeriksaan wanita itu kemudian mendapati bahagian dubur mangsa turut cedera.

tragis sungguh kejadian ni, eloklah dijadikan tauladan dan sempadan, hidup didunia sementara beringat la sikit, mangkok ni bukan manusia bukan binatang lagi dah ni dah tahap iblis syaitan, elok rejam je sampai mati, tak ada perikemanusiaan langsung apa nak jadilah dunia hari ini.
sumber

8 ulasan:

  1. Kesiankan kanak2 selalu jadi mangsa bila mak bapak bergaduh... yg bapak pun dh hilang akal kut... ke gila...huhuhuhu

    BalasPadam
  2. allahuakbar. ape yang dah rasuk otak bapak dia nie hahhhhhh ???

    arghhhhh. bengang.

    BalasPadam
  3. bodo btol laa bapak dy tu..
    kesian baby tu...

    BalasPadam
  4. sedihnya dengan manusia zaman skrg...ayah kandung pun sanggup buat anak sdr cm 2...huhuhu

    BalasPadam
  5. Apa la nak jadi dengan dunia sekarang nie.. :(

    BalasPadam
  6. kesian baby tu .. kejam btl . huhuh~~~~ sabar je laaah dunia3

    BalasPadam
  7. hmmm...haiya...ish2

    BalasPadam

Designed By