Breaking News

Jumaat, 14 Oktober 2011

Home » , , » Tips: Adakah Anda Mengalami Masalah Sukar Tidur Malam.

Tips: Adakah Anda Mengalami Masalah Sukar Tidur Malam.


Seyesly la gua cakap kan kalau kaki mukabuku, kaki blog, kaki kelepet, kaki kencing, kaki ayam dan macam - macam kaki la lagi mesti akan alami masalah susah nak tidur malam betul tak? aaa ada satu lagi kaki yang gua lupa nak mention yaitu kaki henpon aaa means yang sms|call sebelum tidur tu la hehe... ehh tu memang wajib bagi kalangan pasangan yang bercinta kan.. awat jeling-jeling hehe..

Masalah susah nak tidur ni memang dah boleh nak kira normal la bagi remaja zaman modern ni termasuk la gua yang kacak ni, tapi allhamdulillah 2 3 hari ni selepas amalkan beberapa tips yang gua jumpa kat internet, dan asyik kena marah dengan ma only one ana raffali
sebab before tidur mesti gua ngadap facebook internet and blog je hehe. (
semalam kena marah kaw2 :(

okeh kat bawah ni ada beberapa tips bagi mengatasi masalah sukar untuk tidur malam, malas nak cakap banyak, if uolls ada tips meh share kan kat oh! umar, thnx for reading :)



1. Langkah pertama ialah amalkanlah untuk keluar menikmati cahaya matahari di awal pagi. Ini dapat membantu menyelaraskan kembali sistem badan anda dan seterusnya membolehkan anda tidur lena pada waktu malam.

2. Elakkan juga daripada mendapat cahaya yang terang terutamanya pada waktu malam. Ini kerana cahaya terang boleh mengganggu pengeluaran hormon melatonin.

3. Cubalah dapatkan suasana yang baik dan kondusif untuk tidur. Tak semestinya mewah, tapi cukup andai ianya membuatkan anda berasa selesa. Pastikan bilik tidur anda berada pada keadaan nyaman dan sejuk, elakkan juga daripada dimasuki terlalu banyak cahaya.


4. Nombor empat ni pun penting. Cuba elakkan daripada berpeluh sebelum tidur. Jika cuaca agak panas, jangan bersenam selepas pukul enam petang kerana ini boleh menaikkan lagi suhu badan anda.


5. Menurut Dr. Ian Smith daripada Papworth Hospital di Cambridge, cahaya biru daripada skrin komputer atau telefon bimbit boleh menurunkan paras melatonin dan menyebabkan anda semakin sukar untuk tidur. Justeru,elakkan daripada melayari komputer terlalu kerap khususnya beberapa minit sebelum tidur.


6. Langkah yang terakhir ialah kurangkan pengambilan kafein seperti minuman ringan, kopi, coklat, teh dan sebagainya. Kalau boleh, elakkan sama sekali selepas waktu tengahari.

p/s: tapi macam ada yang tak leh pakai kan tips ni =.=' hehe, yang mana baik pakai la.


3 ulasan:

  1. hehe..cam untuk shida je tips nih =))

    skg dah lega dah boleh tido awal dan lewat hehee :X

    BalasPadam
  2. @shida'R
    mmg khas tuk shida sb tgk kul 3 4 pagi adee je muka shida kt fb hehehe..

    BalasPadam

Designed By