Breaking News

Sabtu, 15 Oktober 2011

Home » , » Di Belasah Gadis - Gadis Gangster Hanya Kerana SENYUM!!

Di Belasah Gadis - Gadis Gangster Hanya Kerana SENYUM!!


KUALA LUMPUR: Dosanya amat kecil – melemparkan senyuman ke arah sekumpulan gadis, namun hukuman diterima seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun terlalu berat apabila dia dibelasah sehingga bengkak bibir dan bernanah telinga.

Dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Jalan Jelatek di sini, pada jam 5.30 petang 7 Oktober lalu, mangsa yang berada di rumah neneknya dihubungi seorang rakan yang mengajaknya bertemu di tingkat 16 pangsapuri berkenaan.

Menurut sumber, mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa memenuhi pelawaan rakan berkenaan dan sebaik tiba di tempat dijanjikan, pelajar tingkatan tiga itu terkejut apabila mendapati 10 remaja perempuan menunggu kedatangannya.

“Tiga daripada mereka meluru ke arahnya dalam keadaan marah dan mempersoalkan tindakannya yang tersenyum ketika melihat mereka beberapa hari lalu.

“Bagaimanapun, mangsa berdiam diri. Tindakan mangsa membisu mengundang marah kumpulan remaja terbabit lalu memukulnya beberapa kali di badan,” katanya.


haha =.= dasyartt betul budak perempuan zaman sekarang ni :D ni mesti pengaruh filem bini-biniku gangster ni, kalau lelaki gangster tak ada apa nak di heran sangat, haa ni dah america sangat ni, aaa sape nak jawap kes macam ni...

Renung-renungkan dan selamat beramal.

4 ulasan:

  1. ;)

    HAHA. apelah dorang ni. cm tak skolah jea

    BalasPadam
  2. bodoh punya perempuan...ooppsss.. :-t

    BalasPadam
  3. 3juta budak kacak mengomen..saya gul saya kacak ke? hehee :p

    BalasPadam
  4. hahaaaaa..!! =))
    bdk pompuan zaman skrg..

    BalasPadam

Designed By