KABUL — Remaja malang berusia 15 tahun yang didera oleh suami dan keluarga mertuanya kerana enggan melacurkan diri, akan dihantar ke India bagi menjalani rawatan.
Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Menteri Wanita Afghanistan yang melawat remaja itu, Shar Gul di sebuah hospital.
Beliau tidak menjelaskan bentuk rawatan yang bakal diterima Shar di India kelak.
Namun kebanyakan penduduk di Afghanistan yang terlibat dalam kecederaan serius memilih untuk menjalani rawatan di India atau Pakistan berikutan perkhidmatan kesihatan yang teruk di negara mereka.
Dalam pada itu, jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Sediq Sediqi memaklumkan, ibu mertua dan kakak iparnya kini telah ditahan sementara operasi memburu suaminya giat dilakukan pihak berkuasa.
Menurut Sediqi, remaja itu diselamatkan selepas bapa saudaranya menghubungi polis tempatan dan jika pihak berkuasa tidak menyelamatkannya pada masa itu, dia mungkin telah meninggal dunia.
“Ini adalah keganasan yang langsung tidak boleh diterima akal. Kita amat berterima kasih kepada bapa saudaranya yang begitu prihatin,” katanya.
Sediqi berkata, ibu mertua dan anggota keluarganya sebelum ini dilaporkan terlibat dalam kegiatan jenayah termasuk menjual minuman keras dan pelacuran.
“Berdasarkan keterangan jiran-jiran setempat, keluarga mertua Shar bukan orang yang baik, malah tidak mustahil jika mereka mahu remaja itu juga terlibat dalam kegiatan jenayah berkenaan,” katanya.
Kes berkenaan bukan sahaja mengejutkan Afghanistan malah mendapat liputan meluas media antarabangsa selepas remaja itu ditemui dalam keadaan nyawa-nyawa ikan akibat didera.
Selain dikurung dalam bilik air selama lima bulan dalam keadaan kebuluran, kuku jari dan rambutnya dicabut oleh keluarga mertua dan suami yang tidak berhati perut dan zalim itu.
Dalam pada itu, Presiden Hamid Karzai mengarahkan siasatan segera dilakukan bagi mencari dalang yang menyebabkan penderitaan remaja berkenaan.
Penderaan itu, katanya perlu disiasat dengan serius dan mereka yang terlibat perlu ditahan dengan segera.
#serious gile dunia sekarang ni >.<
Tiada ulasan:
Catat Ulasan