Breaking News

Selasa, 10 April 2012

Home » , » Zed Zaidi Jawab Balik: “Apa Hebat Sangat Ke Artis Luar Ni”

Zed Zaidi Jawab Balik: “Apa Hebat Sangat Ke Artis Luar Ni”


KUALA LUMPUR – Nampaknya perang yang tercetus secara tiba-tiba antara Zed Zaidi dengan Aaron Aziz belum nampak penghujungnya.

Bermula dengan Twitter Zed Zaidi yang meluahkan beliau lebih berbangga jika artis Malaysia yang terpilih untuk memenangi Anugerah Bintang Popular ABPBH 2011.

Walaupun beliau dalam tweetnya tidak menyebut nama anugerah atau acara mana, namun ia jelas ditujukan kepada kemenangan artis kelahiran Singapura (dan masih warganegara itu) Aaron Aziz.

Aaron bertindak menjawab kenyataan itu dengan menyifatkan Zed Zaidi sebagai tidak matang kerana menjadikan isu kewarganegaraan bagi mempertikaikan kemenangannya.

Zed Zaidi Jawab Balik: "Apa Hebat Sangat Ke Artis Luar Ni"

Terkini, Zed Zaidi melalu blognya menjelaskan secara panjang lebar mengapa beliau kurang senang dengan kehadiran artis-artis luar memonopoli anugerah dan industri hiburan negara.

Zed Zaidi menyifatkan fenomena kehadiran artis luar ke dalam industri Malaysia sebagai bentuk penjajahan yang lama-kelamaan akan hanya merugikan artis tempatan.

“WAHAI.. ARTIS ARTIS MALAYSIA, BANGKIT LA!! BERSATU LA KITA…!! KITA DI JAJAH SECARA DIAM! LAMA KELAMAAN MALAYSIA NI BUKAN MILIK KITA. SUMBER MALAYSIA DI MAKAN OLEH ORANG LUAR! APA TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA YANG MEMPUNYAI MYKAD! CUBA KITA FIKIR 5 KE 10 TAHUN AKAN DATANG APA YANG AKAN JADI PADA INDUSTRI SENI KITA INI,” katanya di sini hari ini.

Bagi memudahkan pemahaman semua, berikut adalah entri terkini Zed Zaidi di blog miliknya:

Assalamualaikum kepada semua… wah..!!! makin panas cerita aku bila balik dari ABPPH tak sangka macam pisang panas!. Tapi aku tak kisah.. “AKU KENA BUAT APA YANG AKU PERLU BUAT” dah jadi TANGGUNGJAWAB aku sebagai seorang PEMIMPIN yang harus membuat kerja dengan AMANAH, JUJUR, IKHLAS dalam PERJUANG! Ya! aku sedar ramai yang suka, dan lagi ramai yang TAK SUKA AKU!, aku tak kisah! BERANI KERANA BENAR, aku memegang prinsip ” WALAUPUN PAHIT TERPAKSA DI TELAN ” dan ” KALAU TAKUT DI LANDA OMBAK, JANGAN BERUMAH DI TEPI PANTAI!!! “.

Mengenai status di TWEETER dan FACEBOOK aku, Aku TETAP dengan PENDIRIAN AKU! oleh kerana setiap statement yang aku buat aku akan bertanggungjawab, dan untuk pengetahuan semua, ada aku sebut nama ARTIS KE? ada aku sebut EVENT MANA KE? jadi bila aku meletakan status yang aku BERBANGGA MENJADI RAKYAT MALAYSIA, menjadi pertikaian oleh RAKYAT MALAYSIA, KENAPA EH? Bukan korang pemegang MYKAD ke? ke korang pemegang ID KAD atau PASSPORT dari NEGARA LAIN? hmmm…

Pokok-pokok keduduk di tepi pagar, Memakan landak di atas kota, Harap saudara saudari cuba dengar, Saya hendak membalas kata. Itu baru nak buka bicara, cuma korang hayati pantun aku ni, BUDAK BUDAK BERMAIN GULI, MARI BERMAIN DI TENGAH LAMAN, JIKA KITA TAK BERHATI HATI, TAKUT TERGADAI KAMPUNG HALAMAN! tu maksud kalau kita tak berhati hati habis MALAYSIA ni.. Mungkin korang sedar tak sedar banyak pengaruh dari luar termasuk la.. artis artis luar bekerja di MALAYSIA ni… aku cuma nak tau, bila korang sanjung ARTIS LUAR ni adakah di negara diorang, rakyat diorang SANJUNG ARTIS MALAYSIA macam mana korang sajung diorang eh? ada ke? hmm… kadang kadang aku rasa kesian dengan ARTIS MALAYSIA ni terasa macam di anak TIRIKAN di NEGARA SENDIRI je!

WAHAI.. ARTIS ARTIS MALAYSIA, BANGKIT LA!! BERSATU LA KITA…!! KITA DI JAJAH SECARA DIAM! LAMA KELAMAAN MALAYSIA NI BUKAN MILIK KITA. SUMBER MALAYSIA DI MAKAN OLEH ORANG LUAR! APA TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA YANG MEMPUNYAI MYKAD! CUBA KITA FIKIR 5 KE 10 TAHUN AKAN DATANG APA YANG AKAN JADI PADA INDUSTRI SENI KITA INI? SIKIT SIKIT ARTIS LUAR MASUK, TAK KIRA YANG BUAT KONSERT TERMASUK YANG BERLAKON, BELUM CAMPUR JADI PENGACARA LAGI? HMMM… DI MANA ARTIS MALAYSIA NI? MEMANG PERSAINGAN ITU SIHAT, TAPI SIHAT KE KITA DI NEGARA SENDIRI? KEPADA ARTIS MALAYSIA LUAHKAN RASA TIDAK PUAS HATI ANDA DI MANA MANA PLATFORM YANG ANDA ADA TIDAK KIRA DARI TWITTER, FACEBOOK, BLOG DAN SEBAGAINYA SUPAYA PIHAK KERAJAAN AKAN PRIHATIN DENGAN KEADAAN DAN TAHU MASALAH DALAM INDUSTRI KITA!!!

Setahu aku la… kalau orang yang memegang passport sebagai pelawat di Malaysia ni tak boleh bekerjakan? macam mana artis luar ni boleh bekerja di Malaysia? dan satu lagi kalau dapat permit kerja untuk bekerja di sini, siapa yang menyokong mereka ni? produksi? atau station TV? untuk kepentingan peribadi ke atau kepentingan industri yang tak cukup ARTIS? hmm… susah nak jawab jadi pihak kerajaan tolong tolong lah cek artis luar ni diorang datang sini bercuti ke? atau bekerja pakai pas pelawat…. pihak immigration tolong tolong lah cek ye jangan makan gaji buta je.

Kesian aku tengok artis malaysia ni, nak demand sikit pun tak boleh tapi artis luar kalau demand terus bagi, untungnya jadi artis luar. itu belum termasuk kalau dah kumpul duit banyak banyak kat MALAYSIA pastu duit diorang pegi ke mana? tak bawak semua ke negara diorang ke? rosak ekonomi Malaysia! haii… macam macam.. Ada pulak ARTIS LUAR ni dah la cari makan kat sini boleh BERLAGAK pulak tu dengan ARTIS MALAYSIA. HEBATNYA KORANG NI!!! WELL DONE!!!

Jadi tolong tolong beringat sesama sendiri YANG MENJATUHKAN BANGSA KITA ADALAH BANGSA KITA SENDIRI. Nak menyokong ARTIS LUAR tak salah… cuma perlu diingatkan ARTIS MALAYSIA MESTI DI BERI KEUTAMAAN DULU!!! Aku sebenarnya bukan tak puas hati siapa menang siapa kalah, cuma aku perlu menegakkan HAK HAK ARTIS MALAYSIA di MALAYSIA ni. itu je… lepas ni aku nak CADANGKAN kalau nak buat apa saja ANUGERAH contohilah FESTIVAL FILEM MALAYSIA, syaratnya yang bertanding MESTI dan WAJIB ORANG MALAYSIA yang mempunyai MYKAD. jadi renung-renungkan dan selamat malam.
ANAK SENI PEWARIS BUDAYA, BERANI BERUBAH UNTUK TRANSFORMASI!!!


dari suara sumbang jalanan:

gua tak tau la zed zaidi ni racist ke apa tapi sedikit sebanyak gua setuju dengan beliau, kalau dulu kita lebih mengagungkan muzik luar kini pelakon luar jugak, wat de hekk,

tak yah nak terkezuttt la kalau anugerah bintang paling popular berita harian 2012 di menangi oleh johnny depp agagagaggaa...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Designed By