Breaking News

Khamis, 10 Mei 2012

Home » , , , » Sinopsis dan Trailer Filem Mantera 17 may 2012 (review)

Sinopsis dan Trailer Filem Mantera 17 may 2012 (review)




2012 merupakan tahun yg penuh dengan filem filem yg hebat, malaysia juga tidak ketinggalan, Mantera merupakan filem robotic ala ala transformer, mantera antara filem termahal malaysia, membariskan pelakon Tomok Shah Indrawan, shiqin kamal, faezah elai, tomok yg juga merupakan juara OIAM,

sejauh mana kehebatan dan kesan lakonan Tomok terhadap filem Mantera, adakah filem yg berkonsepkan Action SCI-FI ini mampu bersaing dengan genre seram, comedy, romantik yg menjadi trend penggiat filem malaysia, adakah filem mantera mampu menandingi kehebatan filem Hollywood?? apa-apa pun andalah yg menentukan, jangan lupa saksikan filem mantera di pawagam pawagam berhampiran pada 17 may ini...

P/S: 17 may merupakan harijadi tomok, adakah filem mantera ialah hadiah harijadi buat tomok :D untunglah badan...

Sinopsis Mantera
MANTERA mengisahkan pergolakan dua kumpulan rahsia yang menguasai dunia dari sebalik takbir iaitu Alliance of Light dan Dark Legions.

Dark Legions melalui syarikat Weston Tech membangunkan senjata rahsia, Mantera iaitu singkatan ‘Man Transformable Exo-Robotic Armor’ yang juga sistem motosikal dan sarung tangan nano dan boleh berubah menjadi baju perisai robotik.

Bagaimanapun, ketua pereka Mantera iaitu Dr Natasha yang menyedari niat jahat ketuanya cuba untuk sabotaj dan memusnahkan sistem Mantera.

Dia menghilangkan diri dengan pelan skematik dan kertas kerja Mantera. Sisa dan cebisan Mantera secara tidak sengaja dihantar kepada pelajar IT di Malaysia, Azman lakonan Tomok.

Azman dengan bantuan rakannya, Kevin membina semula Mantera sehingga menjadi motosikal berkuasa besar. Tanpa mereka sedari, motosikal itu boleh bertukar menjadi baju amor robotik yang boleh memberikan kekuatan dan kepantasan ‘superpower’ kepada pemakainya.

Dalam masa yang sama, Azman yang sinonim dengan sikapnya yang pendiam dan tidak mempunyai ramai kawan di kolejnya bertemu pula dengan seorang gadis, Deena yang juga pelajar tahun akhir dalam jurusan robotik dan kebetulan menghadiri kelas Interaksi Komputer-Insan yang sama dengan Azman bagi melengkapkan jadual kursusnya.

Mereka berkenalan dan akhirnya mengundang rasa cinta yang pada asasnya mereka berkongsi minat yang sama dalam pemasangan peralatan robotik Mantera bagi membina motosikal.

Sementara itu, Weston Tech menjejaki Dr Natasha dan Azman bersama sistem Mantera yang kini menyertai Alliance of Light sehingga ke ibu pejabat rahsia Alliance of Light di Timur Tengah.

Pertempuran sengit antara Azman yang menjadi Mantera dengan robot pembinasa Weston Tech yang dipanggil Vega akhirnya tercetus.


Pengarah Mohammad Aliyar, Miza Mohamad
Lakonan Tomok, Faezah, Jayson, Asyikin Kamal
Suntingan Sugi Compros
Mula tayangan 17 Mei 2012
Tempoh tayangan 100 minit
Negara Bendera Malaysia Malaysia
Bahasa Bahasa Melayu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Designed By