Breaking News

Isnin, 6 Ogos 2012

Home » » Apa alasan kita kerana meninggalkan amal ibadah?

Apa alasan kita kerana meninggalkan amal ibadah?

persoalan yg aku sendiri tertanya pada diri aku, aku tak pernah tanya pada sesiapa pun sebelum ni, sebagai seorang lelaki, apa alasan kita kerana meninggalkan amal ibadah kita, apa alasan kita kerana letak tepi soal agama?

bila aku tanya diri aku,

aku naif tentang agama, aku tak dapat didikan agama yg cukup, aku membesar dengan mereka yg seoalah hidup tanpa agama, aku ada kesedaran tapi aku tak tahu nak pergi kemana, aku malu nak bertanya pada mereka yg berjubah putih yg alim yg arif tentang agama, setiap kali aku berdiri di depan mereka, mereka memandang aku atas bawah atas bawah, dan berlalu...

seolah aku jijik di mata mereka, jadi aku diamkan, aku yakin bukan aku sahaja mungkin ada ramai lagi di luar sana yg senasib seperti aku, apa nasib kami? siapa yg nak membimbing kami ke jalan allah?

nasib kami berbeza...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Designed By