Breaking News

Sabtu, 22 Februari 2014

Home » , , » 8 Sekawan Mangsa Mati lemas di sungai Muar ditemui

8 Sekawan Mangsa Mati lemas di sungai Muar ditemui



Hari ini dapat info dari Group Wassap KBBA ke-lapan-lapan mayat mangsa mati lemas telah di temui, mangsa yg di kenali Mohd Izoan, Mohd Noreen, Mohd Zikri, Nazrul Aminuddin, Nazrul, Mohd Shafiq, Mohd Hafizul Daniel, Mohd Zaki, dua daripada mereka adalah adik beradik, iaitu Mohd Zikri dan abangnya, Mohd Zaki.

Kejadian dipercayai berpunca daripada pasir jerlus di Sungai Muar dekat Buloh Kasap,

Kejadian dipercayai berpunca apabila salah seorang dari mereka tergelincir, dan seorang demi seorang terjun untuk menyelamatkan mangsa dan akhirnya kelapan-lapan kecundang.

kalau nak cerita pasal mitos sungai muar ni dekat kampung aku pun boleh kata kerap juga sungai muar ni makan "DARAH" kejadian mati lemas tu boleh kata kerap berlaku, sehingga ada orang-orang kampung mendakwa sungai Makan DARAH,
budak-budak kampung aku pun sekarang tak ada yg berani nak mandi sungai lagi, kira aku budak-budak generasi yg terakhir la main dan mandi kat sungai tu...

apa-apa pun cerita yg kita dengar harap menjadi tauladan yg bergunalah buat kita semua, pesan kat adik-adik dan sesiapa sahaja supaya jangan sesekali bermain di tepi sungai apatah lagi nak mandi sungai. :)

anggap sahajalah semuanya ketentuan takdir, kalau kita nak percaya dengan cerita-cerita sungai makan darah ni nanti boleh lari akidah....

walau apa-apa pun kepada reader sekalian dan seluruh warga bloges marilah sama-sama kita sedekahkan al-fatihah buat semua mangsa... dan salam takziah buat keluarga mangsa...







*Gambar dari sumber Ehsan Group WhatsApp KBBA dan Group Segamat dan warga segamat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Designed By