Breaking News

Isnin, 28 April 2014

Home » , » PersoalanKu.

PersoalanKu.


Cukup tersembul kepala otak gua bila memikirkan dunia hari ini, gua tak dapat nak rungkaikan dengan kata-kata, cukup perit setiap jalan yg gua lihat terbentang mudah untuk anak-anak muda, tidak ada lagi jambatan gantung, yg di mana pada ketika gua menjalani tumbesaran gua perlu mengimbangi  setiap gerak geri kehidupan gua agar tidak jatuh terjunam ke kancah jahanam?

di mana harus hendak gua mulakan segala persoalan yg semakin kelam tertanam di benak tengkorak gua, di mana lagi hendak gua catatkan kemurungan yg bersangkar di hati gua, gua tertanya bagaimana lu semua boleh terpejam lena sedang dunia dalam gelora nafsu jahanam, bagaimana lu boleh tersenyum gembira sedang dunia dalam keperitan..

pernah sekali gua bertanya, "wahai laut, dalam mana paras dasarmu', dia menjawap, '"pejamkan matamu"', lalu gua pejamkan mata, dan kemudian dia tanya balik, "'apa yg engkau lihat'" gua jawap dengan nada agak kecewa, "suram dan gelap" lalu dia berkata lagi "'begitulah dalamnya lautan ini"' sungguh hai, persoalan ku jadi bertambah dengan seribu persoalan... terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Designed By