Hotel AnCasa Royale Pekan Destinasi persinggahan Terbaik
Hotel AnCasa Royale Pekan Antara satu-satunya Hotel di bandar diraja Pekan dan bersebelahan pula dengan sungai pahang yang menjanjikan satu pengalaman yang mendamaikan disinilah anda akan merasai kelainan Hotel AnCasa Royal Pekan pahang.
Rangkaian kelima hotel butik milik syarikat gergasi UDA Holdings Bhd. (UDA) ini menjanjikan sesuatu kelainan dan pastinya memberikan kepuasan kepada anda semaksimanya.
Ini kerana hotel berkenaan menggabungkan kemudahan dan perkhidmatan terkini dengan reka bentuk warisan Melayu menerusi seni bina yang unik.
Sebaik sahaja anda memasuki hotel tujuh tingkat yang mempunyai 133 bilik itu, dekorasinya sahaja sudah cukup membuatkan anda kagum.
Hamparan permaidani khas yang direka bermotifkan bunga pekan pasti membuatkan sesiapa sahaja terpesona.
Begitu juga dengan perincian hasil tenunan dan songket yang dihias indah di beberapa penjuru hotel. Semuanya akan menggamit pengunjung kepada satu nostalgia silam.
Buat tetamu dari luar negara baik Eropah atau Asia Timur yang banyak berurusan di Pekan selaku hab automotif negara, mereka pastinya teruja dengan seni hasil tangan masyarakat Melayu.
Hotel bertaraf empat bintang yang dibina dengan kos keseluruhan sebanyak RM100 juta itu pastinya akan menjadi mercu tanda terbaharu di Bandar Diraja Pekan.
“AnCasa Royale yang berkonsepkan moden tropika cenderung untuk menarik lebih ramai pengunjung dalam kalangan ahli perniagaan terutama dari luar negara kerana Pekan merupakan hab automotif yang terkemuka di rantau ini.
“Sasaran utama kami adalah ahli-ahli perniagaan selain daripada para pelancong yang datang dari Singapura, Johor atau Terengganu.
Menariknya mengenai hotel yang berada di pesisir Sungai Pahang di atas tapak berkeluasan 2.5 hektar di Kampung Peramu itu adalah hiasan yang dipamerkan tampak moden namun masih mengekalkan ciri-ciri setempat seperti motif bunga pekan, songket dan tenun Pahang di setiap sudut.
“Hotel tujuh tingkat ini dilengkapi 133 bilik dan turut menawarkan fasiliti yang sesuai untuk pengunjung yang berkeluarga seperti kolam renang, gimnasium dan spa.
“Malah, dewan utamanya mampu menampung 500 orang dan sesuai untuk dijadikan lokasi pelbagai majlis. Turut disediakan lima buah bilik seminar yang berkapasiti 100 orang setiap satu dengan konsep yang cukup unik dan moden.
“Gabungan konsep moden kontemporari dan reka bentuk tradisional dilengkapi dengan ciri-ciri mewah yang pastinya pengunjung berasa lebih selesa,
Hotel ini juga mempunyai restoran masakan Jepun dan sebuah lagi dikenali Saffron Basserie yang pastinya memenuhi selera antarabangsa.
Hotel ini pasti menjadi pilihan kerana lokasi yang cukup strategik iaitu kira-kira 25 minit dari Kuantan dan terletak berhampiran Muzium Sultan Abu Bakar, Pusat Tenun Diraja, Galeri Air dan istana-istana lama.
Sempena pembukaannya baru-baru ini, setiap kategori bilik akan diberi potongan harga yang mengujakan iaitu bermula RM290++.
Terdapat sebanyak 22 unit bilik Deluxe Premier Single, 103 unit Deluxe Premier Twin, dua unit Junior Suite, empat unit Executive Suite dan masing-masing satu unit Presidential Suite dan Royale Suite.
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian bebas tol 1-300-880-032 atau layari laman web www.ancasahotels.com.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan