Breaking News

Khamis, 10 Julai 2014

Home » Muzium sultan abu bakar pekan pahang

Muzium sultan abu bakar pekan pahang



Muzium sultan abu bakar pekan pahang

Muzium sultan abu bakar merupakan antara penyimpanan koleksi sejarah, untuk kita semua terokai sendiri sejarah di masa silam.

sesuatu yang patut dibanggakan kepada pihak pengurusan muzium kerana bertungkus lumus menganjurkan pelbagai program menarik bagi tujuan menarik pengunjung untuk datang ke muzium sultan abu bakar.

antara koleksi menarik yang dipamerkan ialah termasuk barangan peribadi milik sultan abu bakar sendiri, bangunan yang dibina pada sekitar tahun 1888 itu dijadikan kediaman residen british yang pertama di negeri pahang.

bangunan lama ini juga pernah dijadikan markas tentera jepun pada perang dunia kedua, dan seterusnya dijadikan kediaman rasmi Almarhum Sultan Abu Bakar.

pada 1976 istana tersebut dijadikan muzium selepas keluarga diraja berpindah ke istana baru, Selepas 36 tahun berlalu, bangunan berkenaan melalui proses transformasi dan penjenamaan semulanya adalah tepat dan bersesuaian pada zaman teknologi masa kini.

Perkara itu dilaksanakan memandangkan ia merupakan institusi rujukan para mahasiswa universiti, pengkaji budaya tempatan, monumen lama dan tempat-tempat bersejarah di daerah ini.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Designed By